1995/96: ‘Anda tidak boleh memenangi apa-apa dengan kanak-kanak’ -Alan Hansen

Selepas terlepas gelaran Liga Perdana buat kali pertama pada 1994/95 kepada Blackburn Rovers, Manchester Utd mengejutkan ramai dengan menjual trio utama pasukan.

  • 1992/93: Manchester Utd
  • 1993/94: Manchester Utd
  • 1994/95: Blackburn Rovers

Alex Ferguson menjual Paul Ince, Andrei Kanchelskis dan Mark Hughes tanpa membeli mana-mana pemain utama yang baru untuk menggantikan mereka.

  • Paul Ince (Inter Milan/£ 7.5 juta)
  • Andrei Kanchelskis (Everton/£ 5 juta)
  • Mark Hughes (Chelsea/£ 1 juta)

Pada ketika itu penjualan melibatkan harga £ 7.5 juta merupakan jumlah wang yang agak besar. £ 5 juta yang dibayar oleh Everton bagi mendapatkan Kanchelskis menjadi pembelian paling mahal dilakukan oleh Joyle Royce.

Tanpa pembelian baharu, Sir Alex Ferguson membawa masuk ramai pemain berbakat dari akademi kelab ke dalam skuad utamanya.

6 pemain akademi Manchester United yang mempunyai sejarah kejayaan yang panjang

Akhirnya Manchester Utd berjaya merampas kembali kejuaraan liga walaupun pada satu ketika mereka ketinggalan 12 mata di belakang pencabar musim itu, Newcastle Utd.

Pada musim itu juga Liga Perdana buat kali pertamanya dimainkan dengan 20 pasukan berbanding 22 sebelumnya.

Pada satu masa bekas pemain pertahanan Liverpool, Alan Hansen mengulas tentang pasukan Manchester Utd.

Anda tidak boleh memenangi apa-apa dengan kanak-kanak

Beliau merujuk kepada kepercayaan Ferguson yang mengangkat begitu ramai pemain dari akademinya untuk bermain dengan pasukan utama.

Komen Hansen hadir ketika Manchester Utd tewas 1-3 kepada Aston Villa dalam perlawanan pembukaan. Jaringan tunggal dijaringkan oleh pemain akademi, David Beckham.

Paul Scholes, Nicky Butt, Gary dan Phil Neville menyertai satu lagi Fergie’s Fledglings. Ryan Giggs menjadi pemain pertama yang memecah masuk ke dalam skuad utama.

Apa yang tidak diketahui Hansen pada ketika itu, kumpulan pemain ini akan menikmati dinasti yang panjang dan berjaya di Old Trafford.

Selepas kekalahan di perlawanan pembukaan, Manchester Utd menang 5 perlawanan berturut-turut dan naik ke tangga ke-2, termasuk menang ke atas juara bertahan Blackburn Rovers (2-1).

Blackburn Rovers agak bergelut untuk mengulangi pencapaian musim sebelumnya.

Namun Alan Shearer masih masih mampu menjaringkan 31 gol dalam kempen liganya, menjadi penjaring terbanyak pada musim tersebut.

Walaupun gagal membantu Blackburn Rovers mengulangi pencapaian 1994/95, Shearer masih mampu memenangi kasut emas 1995/96

Tanggal 1 Oktober, Eric Cantona dari kembali dari penggantungan 9 bulan untuk menjaringkan gol penyamaan ketika seri 2-2 menentang Liverpool.

Namun pada ketika itu pasukan Newcastle dibawah pengurusan Kevin Keegan merupakan pencabar terkuat kejuaraan.

Bekas penyerang Queens Park Rangers, Les Ferdinand dan pemain sayap Perancis, David Ginola membuat impak segera selepas menyertai Newcastle.

Pasukan ini merekod 9 kemenangan dari 10 perlawanan pertama dan terus berada di puncak liga. Kekalahan ke-2 Keegan hanya muncul pada 9 Disember.

Manchester Utd terus mengejar Newcastle yang berada di tangga teratas, sementara itu penyerang Belanda Dennis Bergkamp menjaringkan gol debut selepas perpindahan musim panasnya ke Arsenal.

Jaringan itu hadir pada perlawanan ke-7 ketika Arsenal menewaskan Southampton 4-2.

Pasukan lain pula, Middlesbrough yang baru dipromosikan menandatangani playmaker dari Brazil, Juninho.

Stan Collymore yang membantu Nottingham Forest menamatkan kempen liga 1994/95 di tangga ke-3 disambar oleh Liverpool.

Ia dilakukan pada musim pertama Nottingham di Liga Perdana selepas dipromosikan.

Tony Yeboah dari Leeds pula menjaringkan gol paling cantik pada musim itu dengan rembatan padu mengenai palang ketika menang 1-0 menentang Liverpool.

Pada 27 Disember Manchester United dan Newcastle United akhirnya bertemu, perlawanan penting melibatkan 2 pasukan pencabar terkuat kejuaraan.

Manchester United menang 2-0 hasil jaringan dari Roy Keane dan bekas pemain Newcastle Andy Cole.

Pada satu ketika Newcastle berada 12 mata dihadapan Manchester Utd, kemerosotan drastik skuad Keegan berlaku apabila mereka tewas 4 kali dari 6 perlawanan.

Kekalahan ke-2 Newcastle kepada Manchester Utd menyaksikan pasukan Ferguson naik ke tangga teratas.

Newcastle berada di puncak liga selama 212 hari, menjadi pasukan paling lama berada dikedudukan itu tetapi tidak dinobatkan sebagai juara.

Dalam satu perlawanan, Newcastle menentang Liverpool di Anfield pada 3 April. Newcastle mendahului 3-2, Faustino Asprilla yang dibeli pada Februari menjaringkan gol lob yang hebat.

Stan Collymore dan Andy Cole menjadi sasaran utama Alex Ferguson untuk menggantikan Mark Hughes, pengurus itu akhirnya memilih Cole.

Tetapi Collymore membalas dengan 2 gol, salah satunya jaringan dalam waktu kecederaan bagi membantu Liverpool menewaskan Newcastle 4-3.

Keputusan itu meletakan Manchester Utd memimpin carta liga dengan kelebihan 3 mata.

Walaupun Newcastle mempunyai baki 1 perlawanan dalam tangan namun kemenangan Manchester Utd dalam perlawanan derby menentang Manchester City meletakan Ferguson semakin selesa.

Persaingan kembali terbuka selepas Manchester Utd tewas 1-3 kepada Southampton pada perlawanan ke-4 terakhir.

  • PL35: Southampton 3-1 Manchester Utd
  • PL36: Manchester Utd 1-0 Leeds Utd
  • PL37: Manchester Utd 1-0 Nottm Forest
  • PL38: Middlesbrough 0-3 Manchester Utd

Dalam masa yang sama Newcastle berjaya menewaskan Aston Villa, Leeds dan Southampton. Keegan mula melancarkan serangan psikologi.

Saya suka jika kita mengalahkan mereka

Namun cita-cita Keegan hancur apabila mereka hanya mampu seri pada perlawanan ke-37 di tangan Nottingham Forest. Malah terus seri pada perlawanan terakhir ketika menentang Tottenham.

  • PL35: Newcastle Utd 1-0 Southampton
  • PL36: Leeds Utd 0-1 Newcastle Utd
  • PL37: Nottm Forest 0-0 Newcastle Utd
  • PL38: Newcastle Utd 1-1 Tottenham Hotspur

Newcastle tercicir 4 mata pada 2 perlawanan terakhir dan Manchester Utd meraih 6 mata penuh dalam tempoh yang sama.

Manchester Utd menjuarai liga dengan kelebihan 4 mata, jumlah mata yang dicicirkan oleh Keegan pada 2 perlawanan terakhirnya tadi.

Red Devils melakukan kejuaraan berganda apabila menewaskan Liverpool pada perlawanan akhir Piala FA. Liverpool menamatkan liga di tangga ke-3, 7 mata dibelakang Newcastle United.

Kegembiraan pemain Manchester United ketika meraikan gol pad perlawanan akhir Piala FA 1995/96

Steve Macmanaman menjadi pemain paling banyak melakukan bantuan gol dengan angka 15 .

Pemenang Piala Liga, Aston Villa layak ke pertandingan kelab eropah selepas berjaya menamatkan kempen di tangga ke-4.

Sementara itu penyingkiran ke Championship agak sengit dengan Southampton, Coventry dan Manchester City terikat dengan mata yang sama pada perlawanan terakhir.

Ketiga-tiga pasukan seri pada perlawan tersebut dan Manchester City jatuh ke Championship selepas menjadi pasukan paling kurang menjaringkan gol berbanding bolos.

• 2-2: Manchester City lwn Liverpool
• 0-0: Southampton lwn Wimbledon
• 0-0: Coventry lwn Leeds

Baca yang lain