1998/1999: Mengenang Kisah Sir Alex Ferguson Mengepalai United Menjuarai Treble

Kemenangan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) baru-baru ini melengkapkan musim gemilang Bayern Munich apabila menamatkan musim 2019/2020 dengan kemenangan treble ataupun memenangi 3 kejuaraan peringkat domestik dan eropah.

Ini merupakan kali kedua skuad Bavarian itu memenangi treble selepas musim 2012/2013 dibawah kendalian Jupp Hyenckes.

Di England, terdapat satu pasukan yang pernah memenangi 3 kejuaraan utama dalam satu musim. Benar telahan tuan-tuan. Tidak lain tidak bukan kelab yang penuh sejarah, Manchester United.

Jika Liverpool berbangga dengan pencapaian 6 kejuaraan UCL mereka, musuh ketat United pula boleh berbangga dengan pencapaian treble yang dicapai ketika musim 1998/1999.

Mereka merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan UCL dalam musim yang sama.ย  Sehingga kini, tiada kelab di England yang mampu menandingi pencapaian hebat Red Devils itu.

Mari bersama penulis kita imbas semula bagaimana kelab yang menggunakan jersi berona merah itu melakukannya. Jadi, Lets Talk About Treble Baby!

Pemain Baharu

Setelah menamatkan musim suram 1997/1998 tanpa sebarang piala, The Red Devils ingin bangkit untuk mencabar semua kejuaraan.

Membawa masuk Jaap Stam, Jesper Blomqvist dan Dwight Yorke bagi menambah baik setiap posisi. Brian McClair dan Gary Pallister pula berhijrah mencari pengalaman baharu.

Liga Perdana Inggeris

Memintas juara bertahan, Arsenal dari puncak klasemen ketika saingan berbaki 3 perlawanan. United menamatkan liga dengan 79 mata hasil 22 kemenangan, 13 seri dan 3 kekalahan.

2 kekalahan di tempat lawan iaitu ketika menetang Arsenal dan Sheffield Wednesday. Manakala satu lagi kekalahan diterima di Old Trafford apabila Middlesbrough mengejutkan Red Devils dengan keputusan 3-2.

<

Paling diingati ialah kemenangan besar 8-1 ke atas Nottingham Forest. Pengurus terkini United, Ole Gunnar Solskjรฆr menjaringkan 4 gol dalam tempoh 12 minit selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

United mengesahkan kejuaraan apabila bangkit menewaskan Tottenham Hotspurs 2-1 setelah ketinggalan pada minit ke 25. Ini adalah kejuaraan EPL yang ke-5 dalam tempoh 7 tahun. Settle sudah satu piala.

Piala FA

Tiada jalan mudah bagi United sepanjang kempen Piala FA. Mereka mengharungi 5 dari 6 perlawanan (8 jika dikira perlawanan ulangan)ย  menentang kelab EPL. Middlesbrough, Liverpool, Chelsea, Arsenal dan Newcastle.

Bangkit menewaskan musuh tradisi, Liverpool di Old Trafford hasil jaringan lewat The Babyface Assasin, Solskjรฆr. Ketinggalan pada minit kedua hasil jaringan Micheal Owen.

Memerlukan 2 perlawanan ulangan menentang 2 pasukan London, Chelsea dan Arsenal di peringkat suku dan separuh akhir.

Siapa boleh lupa keraian ikonik Mancheshair United oleh Ryan Giggs. Beliau menggelecek melepasi beberapa pertahanan Arsenal sebelum merebat kencang melepasi David Seaman. Giggs meraikan jaringannya dengan membuka baju lalu menampakkan bulu dada beliau yang menggiurkan itu.

Giggs menganggap itu sebagai gol paling diingatinya dalam karier. Bukan kerana keraian bulu buluan itu, tetapi bagaimana gol itu dihasilkan dan maknanya kepada kempen United.

Jangan dilupakan pula aksi akrobatik Peter Schmeichel menyelamatkan penalti Dennis Bergkamp pada minit akhir perlawanan sebenar.

United menewaskan Newcastle pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-0, terima kasih atas jaringan Teddy Sheringham dan Paul Scholes.

Settle 2 piala.

Liga Juara-Juara Eropah

Memulakan kempen UCL menentang ลKS ลรณdลบ di pusingan kelayakan dan menang mudah dengan keputusan agregat 2-0.

Diundi bertemu Bayern Munich dan Barcelona di dalam kumpulan maut. United seri dalam semua perlawanan bertemu 2 pasukan gergasi tersebut. Antara mencuri tumpuan adalah jaringan akrobatik Rivaldo ketika United bertandang ke Camp Nou.

Pada pusingan kalah mati, United diundi bertemu Inter Milan. Menang 2-0 di Old Trafford sebelum seri 1-1 di Guiseppe Meazza. United mara dengan keputusan agregat 3-1.

Satu lagi kelab Itali, Juventus menunggu di separuh akhir. The Old Lady membawa bekalan 1 gol di tempat lawan apabila mereka berjaya mengikat United 1-1 di Old Trafford. Ketika perlawanan baru berusia 11 minit, United telah ketinggalan 2-0 hasil jaringan Filippo Inzaghi.

Roy Keane dan Yorke masing-masing menjaringkan gol dalam masa 10 minit untuk menyamakan kedudukan.

United tidak memerlukan ehsan gol di tempat lawan apabila Andy Cole memastikan kemaraan ke perlawanan akhir dengan kemenangan mutlak apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-84. United menang dengan agregat 4-3.

Musim yang memenatkan dengan 62 perlawanan yang terpaksa diharungi, kini hanya tinggal 1 perlawanan untuk menamatkan musim bersejarah mereka dengan gelaran treble.

nited turun tanpa 2 tonggak tengah, Keane dan Scholes kerana digantung perlawanan. Ini juga merupakan perlawanan terakhir Schmeichel setelah mengumumkan akan meninggalkan United setelah musim tamat.

Ketinggalan sejak minit ke-6 hasil tendangan percuma Mario Basler. Bayern hampir menambah jaringan namun tiang dan palang menjadi halangan. Terdesak untuk mengejar Bayern, Ferguson memasukkan Sheringham dan Solskjรฆr.

Pada masa kecederaan, United dihadiahkan sepakan penjuru. Hasil sepakan penjuru yang diambil oleh David Beckham mengakibatkan suasana kelam kabut di dalam kotak penalti Bayern. Sheringham menjaringkan gol setelah menyambung percubaan Giggs. 1-1.

United sekali lagi mendapat sepakan penjuru dan kali ini tendangan Beckham berjaya menjumpai kepala Sheringam. Solskjรฆr menghulurkan kakinya untuk menjaringkan gol kedua dan sekaligus melengkapkan comeback United.

Rumusan

Sehingga hari ini, penyokong Manchester United masih berbangga dengan apa yang dilakukan oleh pasukan mereka pada musim 1998/1999 dan mereka tidak akan pernah melupakannya.

Pencapaian itu masih tidak dapat diulangi mana mana pasukan Inggeris sehingga ke hari ini, malah pasukan emas era Ronaldo oleh Ferguson sendiri.

Apa yang dapat kita simpulkan adalah, squad depth yang baik dan berfungsi dengan betul menjadi tunjang utama kekuatan United. Mereka memiliki bangku simpanan yang berimpak tinggi apabila kesebelasan utama buntu.

ย