Dalam aksi berdepan dengan Leicester sebelum ini, Manchester City berdepan kesukaran untuk menemui sentuhan gol dnegan pasukan lawan mereka bermain dengan taktikal blok yang sangat rendah.
Selepas tamat perlawanan, Kevin De Bruyne mengakui bahawa mereka tidak memiliki hari yang terbaik namun mujur mereka dapat memenangi perlawanan.
Jaringan daripada sepakan percuma De Bruyne memberikan 3 mata kepada Manchester City.
Menjadi cara terbaik untuk membuka sedikit kepadatan dan juga formasi bertahan dengan 11 pemain di belakang bola.
The best free-kick ever scored by a City player? 🤔@KevinDeBruyne's sublime free-kick against Leicester 👇 pic.twitter.com/C4da0tdlCb
— Manchester City (@ManCity) October 29, 2022
De Bruyne berkata: “Kami membuatkan keadaan menjadi rumit. Mereka [Leicester] bermain sangat negatif untuk 70 minit kemudian ianya berubah..”
“Kami sepatutnya boleh menjaringkan gol kedua tetapi akhirnya itu kemenangan yang bagus.”
Kevin De Bruyne: "We made it a little bit difficult. I think we were tired. They [Leicester] were negative for 70 minutes but then it changed… We still could have scored the second. In the end it was a good victory." [via @btsportfootball/@ManCity]
— City Xtra (@City_Xtra) October 29, 2022
Dalam perlawanan ini, Pep Guardiola dengan gilanya telah mengaktifkan sistem serangan 2-2-6 dengan meletakkan 4 pemain di zon serangan dalam dan 2 lagi di kawasan wingback.
2 pemain di sayap berada di zon sangat tinggi. Sistem itu mulai kelihatan seawal minit kelima lagi. Guardiola ternyata sudah menjangka lawannya akan bermain dengan sistem yang sangat negatif.
Sebelum ini City cenderung dengan sistem 3-2-5 atau 3-3-4 atau 2-3-5 sebagai formasi ultra offensive mereka.
Kali ini Guardiola kegeraman dengan benteng pertahanan Leicester yang beterusan berdiri di belakang bola kesemuanya. Mereka tidak berminat untuk menekan di zon tinggi atau zon tengah
Brendan Rodgers menggunakan sistem bek berlima ketika menentang Manchester City. Masih juga City melakukan 15 percubaan ke arah gol mereka dan 5 percubaan tepat.
Selepas tamat perlawanan, James Meaddison mendedahkan apa yang dikatakan oleh Guardiola kepadanya.
Maddison menjadi pemain yang berjaya mencipta beberapa peluang untuk pasukannya walaupun memiliki peluang terhad.
Maddison menjelaskan: “Dia [Guardiola] bertanya kepada saya, kenapa saya tidak bermain macam 15 minit terakhir untuk keseluruhan perlawanan,” Maddison merujuk kepada Leicester akhirnya lebih terbuka pada 15 minit terakhir.
“Dia pasti sedar, tak mudah seperti yang disangka. Dia pengurus berkelas dunia dan memiliki pasukan berkelas dunia, ianya akan sentiasa menjadi sangat sukar.”
Guardiola kemudian menjelaskan komennya. Dia menafikan dia mempersoalkan taktikal Brendan Rodgers. Sebaliknya sudah menyediakan perancangan taktikal mereka sendiri dan percaya pasukannya sudah melaksanakan perancangan mereka sebaiknya.
“Saya sangat menghormati Brendan Rodgers. Kami banyak berbalas teks dengan satu sama lain dan rapat.”
“Cara dia tentukan bagaimana pasukannya bermain, saya tak pernah menghakimi mereka. Ianya adalah tugas kita untuk cuba memecahkan pertahanan mereka. Kita harus beradaptasi.”
“Leicester boleh bermain dengan 4 di pertahanan atau 5 macam hari ini.”
“Kita bercakap tentang kesabaran dan ruang yang sangat kecil kita ada. Kemudian tiada tempat untuk pergi. Dan kita tahu kerana mereka pernah melakukannya berdepan kita sebelum ini dan mengalahkan kita pada fasa transisi. Akhirnya, Kevin memenangkannya dengan sepakan percuma.”