Barcelona dilaporkan akan dapat mendaftarkan semua pemain mereka, termasuk lima pemain baharu musim panas mereka jika mereka menandatangani tuil [lever] ekonomi keempat ataupun suntikan dana baharu untuk mengimbangi hutang mereka.
Satu lagi kunci kepada perkara ini ialah Gerard Pique yang dilaporkan bersetuju dengan pemotongan gaji.
Gergasi Catalan itu aktif dalam jendela perpindahan walaupun masalah kewangan yang semakin meningkat dan telah menambah rekrut baharu iaitu Franck Kessie, Andreas Christensen, Raphinha, Robert Lewandowski dan Jules Kounde ke dalam skuad mereka.
Ramai yang mempersoalkan dari mana mereka mendapat dana? Kemudian minggu lalu, La Liga menghalang percubaan Barcelona untuk mendaftarkan pemain baharu mereka.
Gerard Romero mendakwa tuil ekonomi keempat dan tindakan legenda kelab Pique yang sedia mengurangkan gajinya akan membolehkan mereka mendaftarkan lima pemain baharu itu.
Pique sebelum ini telah bersetuju dengan pemotongan gaji yang dilabel sebagai ‘banyak’, pada Ogos lalu untuk membantu Barcelona mendaftarkan Eric Garcia, Rey Manaj dan Memphis Depay.
Pemain legenda berusia 35 tahun itu malah menyiarkan imej penyata bank pada bulan Januari untuk membuktikan dia memang telah mengambil pemotongan gaji, selepas dia diejek peminat sendiri di media sosial dan di dalam stadium, dituduh mementingkan diri sendiri, tak nak dipotong gaji, sehingga mereka kehilangan Messi.
Barcelona telah mengaktifkan tiga tuil ekonomi setakat ini, dengan yang ketiga menyaksikan mereka menjual 25 peratus cabang komersial Barca Studios kepada Socios.com dengan harga €100 juta Isnin lepas.
Story @TheAthleticUK : 🚨Gerard Pique, who took a wage cut last summer to help Barcelona register Memphis Depay, is now agreeing a second pay cut in 12 months as his club scramble to register new signings before La Liga starts. New deal getting sorted. https://t.co/DwAtM0EA7a
— Adam Crafton (@AdamCrafton_) August 8, 2022
Tuil keempat boleh menyaksikan mereka menjual sehingga 49 peratus daripada Barca Studios — menurut laporan The Athletic.
Kelab itu juga telah menjual 25 peratus hak TV La Liga mereka kepada firma AS, Six Street untuk 25 tahun akan datang.
Barcelona dilaporkan sedang menekan beberapa pemain untuk pergi dan antara nama berprofil tinggi ialah Frenkie de Jong.
Pemain antarabangsa Belanda itu dikehendaki oleh Manchester United dan Chelsea, tetapi dia lebih suka kekal di Camp Nou.
Martin Braithwaite juga menuntut pampasan penuh untuk dua tahun terakhir kontraknya jika kelab itu benar benar mahukannya pergi.
Itu menyaksikan peminat Barcelona mengejek pemain berusia 31 tahun itu semasa perlawanan persahabatan Trofi Joan Gamper Ahad menentang pasukan Mexico Pumas UNAM.
Nama lain yang diminta untuk angkat kaki ialah Samuel Umtiti dan Memphis Depay.
Blaugrana masih berhasrat untuk menambah lebih ramai pemain pada musim panas ini juga.
Marcos Alonso dijangka menyertai mereka daripada Chelsea. Di mana dia disisihkan daripada aksi kemenangan 1-0 The Blues ke atas Everton pada hari Sabtu untuk memuktamadkan perpindahan. Chelsea sudah pun membeli pengganti Alonso iaitu Marc Cucurella yang akan bersaing dengan Ben Chilwell.
Pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva berminat untuk menyertainya dan disisihkan ke bangku simpanan untuk kemenangan 2-0 Ahad menentang West Ham United.
Silva kini menjadi sasaran utam Xavi Hernandez. Jika Barca tak dapat pemain itu pada jendela perpindahan kali ini, mereka akan terus meletakkan pemain itu sebagai senarai keutamaan dalam jendela perpindahan akan datang.