2 Gol Calhanoglu Bantu Milan Menang Lawan Pasukan Bodo Dan Mara Ke Play Off

Rossoneri berjaya mara ke play off Liga Europa setelah menang 3-2 ke atas Bodo / Glimt.

Milan sememangnya tampil sebagai pasukan pilihan dalam perlawanan kali.

Milan melayan kunjungan Bodo / Glimt pada pusingan kelayakan ketiga Liga Europa yang berlangsung awal pagi tadi.

Milan tanpa pemain bintangnya, Zlatan Ibrahimovic yang positif cv19.

Ibra berada dalam prestasi terbaik ketika ini. Menjaringkan gol berdepan Shamrock dan menjaringkan dua gol ke atas Bologna.

Penyerang berusia 18 tahun, Lorenzo Colombo mengambil alih tugas no.9.

Ternyata pemain ini memberikan impak yang sangat baik di atas padang.

Colombo berjaya mengisytiharkan dirinya di pentas Eropah dengan gol pada debut dan membantu pasukannya menang.

Bodo kejutkan Milan terlebih dahulu

Walaupun hanya pasukan Bodo dan bukan piliha yang berdepan pasukan Milan, namun Bodo skor dulu menerusi Kasper Junker pada minit ke-15.

Malang sekali, gol pemain Bodo itu hanya bertahan seminit. Ini apabila Milan kemudian terus menyamakan kedudukan menerusi gol menerusi Calhanoglu untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Bodo ternyata sukar untuk membalasnya. Taktikal Bodo tidak cukup bijak dalam usaha mereka mahu membalas gol.

Akhirnya Bodo bocor lagi pada minit ke-32 menerusi gol Colombo. Pemain muda itu sangat berkeyakinan dalam perlawanan yang boleh dianggap besar untuk dirinya.

Hakan Calhanoglu sekali lagi menjaringkan gol pada minit ke-50. Calhanoglu terus mempamerkan kualitinya dalam beberapa perlawanan terakhir ini.

Namun Bodo tak menyerah dengan mudah. 5 minit kemudian mereka merapatkan jurang gol sekali lagi. Kali ini Jens Petter Hauge membuatkan Milan cemas dengan aksi Bodo yang ternyata tidak mudah diperbodohkan.

Pada masa kecederaan, Bodo / Glimt sekali lagi melepaskan peluang keemasan untuk menjaringkan gol.

Perlawanan berakhir dengan kemenangan Milan 3-2. Namun penyokong Bodo bangga dengan prestasi pasukan mereka.

Milan mara ke playoff Europa League musim ini dan akan berdepan dengan Rio Ave.

AC Milan pastinya mahu layak ke Eropah musim ini selepas terlepas peluang musim lalu kerana penggantungan.

Sejak bola sepak bersambung semula, Milan antara pasukan yang sangat menyerlah.

Baca yang lain