2 Gol Masa Kecederaan Berikan Arsenal Kemenangan 4-2

Arsenal dalam misi menamatkan rentetan 4 perlawanan tanpa kemenangan mereka, dalam usaha untuk kembali semula ke puncak liga.

Arsenal berdepan dengan Aston Villa yang diuruskan bekas pengurus mereka sendiri, Unai Emery.

Aston Villa di hadapan seawal minit ke-5. Satu serangan balas yang klasik dilakukan. Dan disudahkan oleh Ollie Watkins dengan gaya tipikal no.9.

Tersentak dengan gol itu, Arsenal menguatkan lagi serangan mereka. Dan pada minit ke-16, Bukayo Saka menyamakan kedudukan. Saka melakukan rembatan kuat selepas clerances Mings lemah.

Saka meneruskan rentak cemerlangnya musim ini untuk bersaing sebagai calon pemain terbaik EPL musim ini.

Ketika Arsenal rancak menyerang, Aston Villa di hadapan sekali lagi. Phillipe Coutinho meletakkan Aston Villa di hadapan minit ke-31.

Seperti yang dijangka Arsenal terus dominan, namun tiada lagi gol dihasilkan pada separuh masa.

Aston Villa masuk ke bilik persalinan dengan skor 2-1 di hadapan.

Bersambung babak kedua, Mikel Arteta mengarahkan pemain pemainnya memperbaiki intensiti dan kualiti hantaran mereka.

Dan hasilnya, Arsenal menyamakan kedudukan menerusi Oleksandr Zinchenko yang menjaringkan gol liga pertamanya bersama Arsenal.

Zinchenko melakukan rembatan deras rendah dan terus menewaskan bekas penjaga gol Arsenal, Emi Martinez pada minit ke-61.

Arsenal kemudian memiliki 2 peluang keemasan menerusi Odegaard dan Gabriel. Namun kedua duanya gagal disempurnakan.

Pada masa kecederaan Arsenal akhirnya berjaya mendapat 2 gol kemenangan pada masa kecederaan.

Pertamanya menerusi gol cantik Jorginho dengan outside boot dari luar kotak penalti.

Dan satu lagi menerusi Martinelli dalam keadaan gawang terbuka selepas Emi Martinez memutuskan untuk naik pada sepakan penjuru terakhir perlawanan.

Arsenal kembali semula ke puncak dengan 3 mata di atas City dalam persaingan liga.