2 Lagi Pemain Ajax Desak Perpindahan Ke Kelab EPL, Seorang Mogok

Ajax berdepan dengan jendela perpindahan yang penuh dengan liku. Walaupun mereka menerima rekod yuran perpindahan Eredivisie, namun pada masa yang sama mereka kehilangan ramain pemain penting termasuk pengurus mereka pada kali ini.

Selepas kehilangan Tagliofico, Onana, Sebastien Haller, Mazraoui, Ryan Gravenberch, Lisandro Martinez dan Antony, kini Ajax berdepan dengan kemungkinan kehilangan 2 lagi pemain mereka.

Edson Alvarez mendesak untuk dijual ke Chelsea. Di mana dia menerima tawaran kenaikan gaji 4 kali ganda daripada kelab London itu.

Chelsea terdesak mahukan pemain tengah baharu sebelum jendela perpindahan ditutup. Dengan mereka turut melepaskan Ross Barkley secara percuma pada beberapa hari lalu.

Edson Alvarez benar benar teruja dengan berita minta Chelsea ke atasnya.

Dia memberitahu kepada kelab bahawa dia mahu berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris tersebut. Sambil menyatakan bahawa dia tak pasti sama ada kesempatan seperti itu akan tiba lagi di masa yang akan datang, jika dia menolak pada kali ini.

Seterusnya Mohammed Kudus dilaporkan memboikot sesi latihan Ajax kerana dia mendesak perpindahan ke Everton. Dengan pemain itu sudah setuju dengan syarat ditawarkan oleh Everton.

Ajax memberitahu 2 pemain tersebut bahawa mereka tidak mahu melepaskan mana mana pemain lagi.

Namun, kedua dua pemain mendesak kelab untuk menerima tawaran yang datang untuk membeli mereka.

Chelsea dijangka akan memuktamadkan perjanjian Edson Alvarez dengan nilai perpindahan €50 juta untuk pemain tengah tersebut. Lebih lebih lagi mereka berdepan krisis kecederaan N’golo Kante di tengah dan prestasi kurang memberangsangkan daripada Jorginho setakat ini pada musim ini.

Mohammed Kudus mengambil tindakan lebih drastik dengan mogok dan memboikot sesi latihan pasukan.

Pemain antarabangsa Ghana itu sudah memiliki 16 kaps untuk negaranya. Dia kecewa kerana berterusan gagal mendapatkan minit bermain yang lebih banyak. Walaupun musim baru sahaja bermula Kudus merasakan bahawa dia akan menjadi pemain yang akan sukar mendapatkan kesebelasan utama sekali lagi.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil