2 Tahun Dah Tak Main Aksi Profesional, Harry Arter Tak Peduli Jadi Biawak Hidup

Harry Arter berazam untuk terus kekal sehingga kontraknya tamat di Nottingham Forest. Ini selepas dia menolak untuk menamatkan kontraknya lebih awal di City Ground.

Pemain berusia 33 tahun itu berpindah ke kelab itu sementara Forest masih berada di Liga Kejuaraan selepas melengkapkan perpindahan tetap dari Bournemouth tiga tahun lalu.

Tetapi dia masih tidak beraksi untuk pasukan itu dalam Liga Perdana.

Perlawanan terakhir Arter untuk kelab itu adalah semasa penampilan sekejap dua minit menentang Preston pada 2021.

Pemain tengah itu masih lagi meraih gaji £40,000 seminggu, walaupun tidak terlibat dengan pasukan utama selama 2 tahun lamanya.

Forest dikatakan terdesak untuk menyingkirkan bintang itu dan cuba merancang pemergiannya semasa jendela perpindahan musim panas tetapi pemain itu tidak berminat dengan cadangan itu.

Forest sebenarnya berjaya mendapatkan pembeli dari Dubai – yang tidak disebutkan namanya – yang sedia membayar gaji sekitar £1000 seminggu. Tawaran itu tidak menarik minat Arter.

Arter sebelum ini dipinjamkan ke kelab di Liga Kebangsaan, Notts County yang memberi Arter minit permainan di luar liga profesional England. Dia membuat sembilan penampilan untuk kelab itu. Dia juga beraksi dalam Piala FA dan Liga Satu untuk Charlton pada musim yang sama.

Dalam tempoh pinjaman, gajinya ditanggung penuh atau sebahagian besarnya ditanggung oleh oleh Forest.

Forest kemudian mendapat Arter kembali ke pra musim dalam keadaan sangat teruk. Dia dikatakan tidak berada dalam bentuk fizikal dan kecergasan yang memuaskan. Membuatkan staf kejurulatihan tidak gembira dengan pemain itu.

Dia membawa lebih 2kg berat daripada berat badan unggulnya. Dia dianggap pemain yang gemuk.

Dalam ujian kecergasan kelab dia pemain yang paling teruk.

Forest mahu menggunakan data itu untuk menamatkan kontraknya. Namun Harry Arter menyalahkan kelab itu sebagai bertanggungjawab di atas keadaanya. Ini kerana dia dipinjamkan di kelab bawahan dan tidak menerima latihan sebaiknya untuk bersaing di liga tertinggi.

Perjanjian semasa beliau tamat pada penghujung musim ini, namun, Forest telah secara proaktif cuba mencari penyelesaian untuk pemain itu terus bermain di tempat lain.

Arter tidak disenaraikan dalam skuad Liga Perdana Inggeris untuk Forest untuk musim kedua berturut-turut dan sebaliknya sedang berlatih dengan pasukan akademi kelab.

Forest telah bergelut untuk berurusan dengan wakil Arter, Paul Martin, dan percaya mereka mengutamakan keuntungan kewangan daripada cuba mencari perjanjian yang sesuai untuk menamatkan kontraknya.

Forest menganggap Arter dan ejennya tidak serius dalam isu karier bola sepak pemain itu.

Arter hanya membuat 14 penampilan senior untuk Forest sejak menyertai kelab itu.

Segala kecaman dan kritikan Forest ke atasnya tidak dipedulikannya. Dia datang melapor diri ke kompleks kelab seperti biasa untuk mengelak dipotong gaji atau terlibat masalah disiplin dalam ketika kelab sedang cari point untuk menamatkan kontraknya.

Peminat bola sepak rata rata menyokong tindakan Harry Arter. Menurut mereka, dia berhak untuk mengikuti kontraknya dan tidak melakukan apa apa kesalahan.