20 Kelab Paling Berjaya Jual Jersi 2023, Barca Buktikan Strategi Mereka Berhasil

Penjualan jersi, barangan rasmi kelab dan cenderamata pasukan antara cara sesebuah pasukan meraih keuntungan tambahan.

Menurut laporan oleh UEFA European Club Finance and Investment Landscape, menunjukkan bahawa Barcelona adalah kelab yang paling tinggi pendapatan daripada penjualan jersi dan cenderamat (selepas ini hanya ditulis sebagai penjualan jersi dalam artikel ini*).

Maka tidak hairanlah Barcelona dilaporkan sedia menamatkan kontrak tajaan jersi oleh Nike dan mahu mnghasilkan jersi mereka sendiri.

Barca dilaporkan mahu meraih keuntungan 100% hasil daripada penjualan jersi.

Berikut adalah 10 kelab yang paling tinggi penjualan jersi dan cenderamata pada 2023.

1. FC Barcelona – €179 juta

Juara bertahan La Liga itu dengan cemerlang menjual jersi Nike mereka dan meraih €179 juta pendapatan pada 2023. Itu angka tertinggi di Eropah.

Ianya peningkatan €60 juta daripada tahun sebelumnya.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kekuatan utama Barcelona ketika berdepan krisis adalah semangat penyokong mereka yang sentiasa menyokong kelab itu.

Mereka menjadi pasukan paling tinggi pendapatan yang diraih pada hari perlawanan pada musim ini.

Baru baru ini Barcelona telah mengutamakan penjualan produk di kedai runcit mereka. Dan mempelbagaikan produk menerusi satu pelan strategik. Ini termasuk langkah jalinan kerjasama dengan Spotify dalam menghasilkan jersi unik dengan logo artis tertentu.

Mereka mewujudkan lebih banyak gedung jualan di tempat strategik di sekitar Catalonia dan kota Madrid. Perniagaan barangan mereka juga disokong oleh pelan perniagaan yang sangat baik di atas talian dengan promosi berterusan.

Mereka menaikkan sentimen agar penyokong sama sama memainkan peranan membantu kelab keluar daripada krisis. Mereka ada diaspora penyokong yang sangat besar di seluruh dunia. Dilaporkan sepanjang 2023 mereka cuba sedaya upaya berinteraksi dengan kira kira 480 juta penyokong mereka di seluruh dunia.

2. Real Madrid – €155 juta

Juara 14 kali eropah itu di tangga kedua. Madrid berjaya menjual jersi mereka dan mendapat €155 juta daripadanya. €19 juta lebih daripada tahun 2022.

Mereka merupakan kelab yang paling popular di dunia dan turut mengambil langkah pro aktif untuk menarik peminat mereka membeli barangan rasmi kelab itu.

3. Bayern Munich – €147 juta

Pengaruh Bayern Munich masih lagi kuat di pasaran barangan sukan di dunia. Menggunakan jersi Adidas sejak 1960, mereka masih ada kontrak dengan pengeluar barangan sukan Jerman itu sehingga 2030.

Secara keseluruhan Bayern meraih €147 juta pada 2023 hasil penjualan jersi dan barangan rasmi kelab.

4. Liverpool – €132 juta

Liverpool menjadi kelab Inggeris paling tinggi hasil penjualan jersi tahun 2023. Dengan mencatatkan €132 juta daripada penjualannya.

Angka itu sebenarnya penurunan €5 juta daripada sebelum ini.

Liverpool adalah kelab Inggeris yang menerima komisen jualan yang paling tinggi di kalangan kelab ditaja Nike iaitu 20%.

5. Manchester United – € 130 juta

Prestasi tidak menentu United dalam beberapa musim ini membuatkan mereka sekali lagi berada di bawah Liverpool buat 2 musim berturut turut dalam carta kelab Inggeris.

Man United mengekalkan hasil jualan jersi dan barangan rasmi sukan mereka €130 juta. Mereka adalah kelab terakhir di Eropah pada musim ini yang menjana pendapatan di atas €100 juta daripada penjualan jersi.

6. Paris Saint-Germain – €97 juta

Pemergian Lionel Messi dan Neymar benar benar memberikan impak kepada jualan jersi PSG. Di mana mereka menanggung kemerosotan jualan jersi sebanyak €33 juta berbanding tahun sebelum ini.

Penurunan itu adakah sekitar 34%. Dari segi angka (bukan peratusan) mereka adalah kelab paling banyak merosot hasil jualan. Selepas ini kelab itu dijangka akan bergelut sekali lagi dalam urusan jual jersi kerana kehilangan bintang ternama, Kylian Mbappe.

7. Arsenal – €89 juta

Prestasi cemerlang Arsenal musim lalu benar benar membantu mereka menaikkan semangat penyokong mereka untuk membeli jersi dan barangan eksklusif kelab.

Terkenal dengan reputasi jersi cantik setiap musim mereka meningkatkan jualan sebanyak €24 juta berbanding 2022.

8. Chelsea – €87 juta

Chelsea kekal dengan angka jualan yang sama berbanding musim sebelumnya. Kelab berpangkalan di London itu sedang mencari cara untuk meningkatkan lagi keuntungan daripada penjualan jersi.

9. Juventus – €74 juta

Juventus kekal kelab Itali paling berpengaruh dalam soal jual jersi. Mereka juga kekalkan angka jualan sama seperti tahun sebelum ini.

10. Tottenham Hotspur – €74 juta

Spurs mengekalkan angka jualan mereka sama seperti Juve. Macam berjanji pulak.

11. Man City – €73 juta

Manchester City meningkatkan hasil jualan mereka kepada €73 juta daripada €67 juta sebelum ini. Prestasi cemerlang meraih treble musim lalu benar benar membantu.

Berikut info senarai penuh 20 pasukan yang menjana pendapatan tertinggi daripada penjualan jersi.

Baca yang lain