Dua hari selepas perlancarannya, Cybertruck sudah pun menerima banyak tempahan dari seluruh dunia.
Pada Sabtu, Tesla menerima 146,000 pra tempahan untuk pikap elektrik mereka dan kemudiannya meningkat kepada 200,000. Perkara itu disahkan oleh Elon Musk pada Ahad menerusi twitter beliau.
Setiap tempahan, memerlukan penempah membayar pendahuluan $100 sahaja, ataupun sekitar RM400 macam tu la. Dan deposit ini diberikan jaminan untuk dipulangkan jika ada isu.
Cybertruck ini hadir dengan beberapa varian. Untuk jenis yang jarak 250 batu, ianya berharga $39,900; dual motor – all-wheel drive – dengan jarak 300 batu pada harga $49,900; dan tri motor all-wheel drive dengan jarak 500 batu pada harga $69,900.
Korang tengok dia tapau Ford F-150 kat bawah ni.
Cybertruck pulls F-150 uphill pic.twitter.com/OfaqUkrDI3
— Elon Musk (@elonmusk) November 24, 2019
Musk memberitahu, varian yang paling popular setakat ini adalah jenis dual motor. Ianya menerima lebih 42% tempahan. Manakala tri motor menerima 41% tempahan dan selebihnya adalah jenis single motor.
146k Cybertruck orders so far, with 42% choosing dual, 41% tri & 17% single motor
— Elon Musk (@elonmusk) November 23, 2019
Musk kemudian menambah: “Tanpa pengiklanan dan endorsement berbayar.”
Namun bagi korang yang sudah menempah Cybertruck ini, anda kenalah bersabar kerana, untuk single dan dual motor korang, pengeluarannya hanya akan bermula pada lewat tahun 2021. Sementara korang yang dah tempah untuk tri motor pula kena tunggu sehingga akhir tahun 2022.
Walaupun ramai memperlekehkan rekaannya dan juga kegagalan ketika demonstrasi nak test cermin tingkap, ia tetap menerima banyak tempahan. Dan brader bawah ni ada penjelasan.
Korang yang nak tempah Cybertruck ni, boleh la klik pautan kat bawah ni.
Better truck than an F-150, faster than a Porsche 911. Order Cybertruck online at https://t.co/hltT8dg2NO
— Elon Musk (@elonmusk) November 22, 2019
Sumber: The Verge