2003 Lingard Teruja Diajar Ronaldo, Hari Ini Kedua Duanya Dalam ‘Scoresheet’ Yang Sama

Share on facebook
Share on twitter
blank

Cristiano Ronaldo telah menjadi salah seorang pemain terbaik Man United di dalam sejarah kelab. Beliau berjaya memenangi EPL dan UCL serta beberapa piala domestik dengan Red Devils.

Bakat beliau dibangunkan oleh Sir Alex Ferguson dan pada usia muda lagi sudah menempatkan diri sebagai pemain kesebelasan utama pasukan.

Ronaldo pulang semula ke pangkuan Man United selepas 12 tahun lamanya. Dan pemain itu memberikan impak segera — seperti yang sudah dijangka.

Ronaldo menjaringkan 2 gol dalam debut keduanya bersama dengan Man United. Paling menarik, Jese Lingard turut berada dalam senarai penjaring.

Pemain yang dahulunya hanyalah bocah kecil yang berada dalam akademi Man United dan sempat merasai sesi belajar bersama dengan Cristiano Ronaldo.

blank

Ronaldo si bakat elit

Ronaldo tiba di Man United pada usianya 18 tahun. Lalu menjadi bakat yang memang sudah dijangka akan menjadi pemain elit.

Ronaldo memiliki skil yang luar biasa dan sangat lincah. Kariernya terus cemerlang selepas meninggalkan Man United ke Real Madrid dan seterusnya bermain untuk gergasi Itali, Juventus. Kini kembali semula ke Man United.

Beliau pada hari ini sudah memiliki koleksi 5 Ballon d’Or. Hanya Lionel Messi yang lebih banyak daripada Cristiano Ronaldo.

Selain daripada pengurusnya, Sir Alex Ferguson, Ronaldo juga dibantu oleh ramai pemain senior yang berkualiti seperti Roy Keane, Rio Ferdinand, Ryan Giggs dan Paul Scholes.

Ketika baru menyertai Man United, Ronaldo telah dihantar ke akademi Man United. Di mana beliau memberikan sedikit contoh skil dengan kakinya (footwork).

Salah seorang daripada pemain cilik yang menghadiri sesi itu ialah Jesse Lingard.

blank

Pemain remaja, Ronaldo dilihat mempamerkan kebolehan dan kekuatan utamanya di dalam video tersebut.

“Saya rasa itu saja cara saya bermain,” katanya. “Sejak dari usia saya masih muda di Madeira, saya selalu menjadi pemain yang suka berhadapan dengan seseorang secara langsung [1 v 1].”

“Ini adalah sifat saya dan saya selalu melakukan ini.”

blank

Lingard dan rakan rakannya ketika itu melihat aksi Ronaldo melakukan ball mastery dengan aksi step over. Mereka jelas kagum dan terpaku dengan kemampuan senior mereka itu.

blank

Skil Ronaldo memang licin dan padu habis. Malah jurulatihnya ketika itu kagum dengan kelajuan kaki pemain dari Portugal itu.

Ronaldo memberikan demonstrasi dengan gerakan yang sangat pantas kepada para pemain cilik di situ.

Lingard paling teruja melihat Ronaldo melakukan step over dan beberapa skil kaki.

Ia turut memberikan inspirasi kepada pemain tersebut. Di mana Lingard pernah mendedahkan bahawa beliau sangat meminati Ronaldo dan menjadikannya sebagai idola.

Maka tidak hairanlah Lingard mahu meniru aksi pemain itu di dalam dan di luar padang:

Walaupun Ronaldo ketika muda dikenali dengan gaya permainannya yang berasaskan gerakan laju dan gelecekan.

Namun ketika usianya semakin meningkat beliau mendedahkan beliau tidak lagi menekankan aspek gelecekan.

Sebaliknya beliau fokus kepada poaching, mencari ruang dan juga teknik menjaringkan gol.

Ronaldo terus menjadi pemain yang berada di peringkat tertinggi walaupun sudah berusia 36 tahun. Fizikal beliau juga masih dalam kondisi terbaik.

Tak terasa cepat masa berlalu, untuk melihat Ronaldo dan Lingard dalam senarai penjaring yang sama dalam satu perlawanan.

Ronaldo ternyata sudah terlalu jauh perjalanan kariernya.

blank

 

Baca yang lain