Selepas 12 bulan Chelsea melantik Jose Mourinho sebagai pengurus, dia terus menghadiahkan Liga Perdana Inggeris pertama sejak 1955.
Ketika dia dilantik, Mourinho baru seminggu menjuarai Liga Juara Eropah bersama FC Porto.
Dalam sidang akhbar pertamanya dia menggelarkan dirinya sebagai ‘the special one’ dan kata-kata itu menjadi benar apabila kelab dari barat London itu menamatkan penantian selama 50 tahun.
Petr Cech, Arjen Robben, Ricardo Carvalho dan Didier Drogba adalah antara pemain baru yang dibawa masuk.
Eidur Gudjohnsen memberi Chelsea permulaan sempurna ketika menang pada perlawanan pembukaan menewaskan Manchester United di Stamford Bridge.
Sementara itu di kem pasukan lain, pengurus Sepanyol, Rafa Benitez mengambil alih tugas di Anfield. Robin Van Persie menyertai Arsenal yang ingin melebarkan rekod tanpa kalah mereka.
Respon Manchester United terhadap kekalahan kepada Chelsea adalah memuktamadkan pembelian Wayne Rooney, menjadikan Rooney sebagai pemain remaja paling mahal dalam sejarah bola sepak Britain.
Pada ketika itu Rooney sudah bergelar sebagai pemain antarabangsa England. Penyerang ini mencetak 11 gol pada musim pertamanya di Old Trafford, termasuk volley yang cantik ketika bertemu Newcastle United.
Kemenangan 5-3 Arsenal pada perlawanan ke-2 menyaksikan kelab ini meleburkan rekod 42 perlawanan tanpa kalah Nottingham Forest.
Arsenal meneruskan perlawanan tanpa kalah pada musim 2014/15 sehingga ke perlawanan ke-9 dengan 8 menang. Perjalanan bersejarah itu terhenti pada perlawanan ke-49 apabila mereka ditewaskan oleh Manchester United 2-0 di Old Trafford.
Ruud Van Nilsterooy menyempurnakan sepakan penalti dan Rooney menamatkan sisa perjuangan Arsenal pada masa kecederaan.
Chelsea naik ke tangga teratas liga pada 6 November selepas menewaskan Everton 1-0. Namun kekalahan tersebut tetap melonjakkan Everton ke tangga ke-2 apabila Liverpool tewas ditangan Derby County.
Walaupun Arsenal berjaya menumbangkan musuh dari London, Tottenham namun pasukan ini tidak dapat memberi saingan kepada Chelsea.
Skuad Mourinho hanya kalah 1 kali sebelum tahun baru iaitu ketika bertemu Manchester City pada 16 Oktober, ia akhirnya menjadi kekalahan tunggal Chelsea pada musim itu.
Chelsea mencatat 8 kemenangan berturut-turut sejak 18 Disember dan meletakkan pasukan ini mendahui liga dengan kelebihan 11 mata selepas 25 perlawanan.
Petr Cech melakukan semua clean sheet ketika rentetan 8 kemenangan itu, menewaskan rekod yang dipegang oleh Peter Schmeichel (694 minit tanpa bolos).
Chelsea mengekalkan prestasinya pada baki perlawanan dan pemain terbaik tahunan musim itu –Frank Lampard- mengesahkan kejuaraan di perlawanan ke-35 melalui 2 jaringan menewaskan Bolton Wanderers (2-0).
Beberapa rekod Liga Perdana Inggeris dipecahkan oleh Chelsea pada ketika itu,
- Bolos paling sedikit (15 gol)
- Kemenangan paling banyak (29 menang)
- Clean cheet –Cech- paling banyak (24 perlawanan)
Arsenal menamatkan kempen di tangga ke-2, 5 mata dihadapan Manchester United dan Everton meraih kedudukan tertinggi dalam sejarahnya apabila berada di tangga ke-4.
Pasukan David Moyes itu juga menampilkan penjaring termuda James Vaughan yang berusia 16 tahun. Vaughan menjaring gol ketika Everton menewaskan Cystal Palace pada April.
Walaupun Liverpool hanya berada di tangga ke-5, kedua-dua kelab dari Merseyside (termasuk Everton) berjaya mendapat slot ke Liga Juara pada musim seterusnya.
- 1: Chelsea, 95 mata
- 2: Arsenal, 83 mata
- 3: Manchester United, 77 mata
- 4: Everton, 61 mata
- 5: Liverpool, 58 mata
Liverpool menewaskan AC Milan melalui penentuan sepakan penalti selepas membuat kebangkitan epik apabila ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama.
Ketika Chelsea mendominasi persaingan kejuaraan, pertempuran menarik berlaku di bahagian bawah liga. 4 pasukan terbawah bersaing merebut posisi 17 pada hari terakhir, kedudukan yang akan mengekalkan mereka di Liga Perdana.
3 pasukan yang baru dipromosikan pada musim itu terlibat dalam persaingan itu, Norwich City, Crystal Palace dan West Brom Albion.
Southampton yang mahu meneruskan usia 27 tahun mereka di Liga Perdana menyertai 3 pasukan tersebut. Kedudukan selepas 37 perlawanan,
- 17: Norwich, 33 mata
- 18: Southampton, 32 mata
- 19: Crystal Palace, 32 mata
- 20: West Brom, 31 mata
Selepas hanya meraih 1 kemenangan dari 16 perlawanan dibawah bimbingan Paul Sturrock dan Steve Wigley, Southampton beralih ke Harry Redknapp yang baru meninggalkan Portsmouth pada bulan Disember.
Kemenangan 4-3 Southampton menentang Norwich memastikan harapan mereka terus hidup di perlawanan terakahir. Hanya terpisah 1 mata dari zon selamat.
Penyerang Crystal Palace merupakan penjaring terbanyak pemain berbangsa Inggeris dengan 21 gol, ia menjadi harapan kepada kelab ini.
Namun jaringan lewat permainan Jonathan Fortune dari Charlton mengikat Palace 2-2 dan pasukan itu tersingkir ke championship.
West Brom menjadi kelab pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris kekal di liga ini walaupun berada di tangga terbawah pada Krismas.
Keputusan EPL38 melibatkan 4 pasukan yang bersaing mengelak penyingkiran dimenangi oleh West Brom.
- Southampton (1-2) Manchester United
- Fulham (6-0) Norwich City
- West Brom Albion (2-0) Portsmouth
- Charlton Atletic (2-2) Crystal Palace