Pelari pecut Jamaica Shericka Jackson terkeluar dari acara 200m di Olimpik kerana aksi berlagaknya yang membawa padah. Di mana dia memperlahankan rentak lariannya dan tersilap perkiraan.
Jackson bertanding dalam acara ini untuk pertama kalinya di Olimpik dan dia adalah salah seorang peserta pilihan untuk memenangi pingat.
Pemain berusia 27 tahun itu nampaknya sudah layak untuk melayakkan diri ke separuh akhir, tetapi dia sengaja melambatkannya pada 50m terakhir dan akhirnya membayar harga mahal kerana dia menduduki tempat keempat dalam saringan tersebut, mencatat masa 23.26s.
Ini bermakna dia tersingkir daripada acara akhir. Kesilapan membolehkan pelari Portugal, Lorene Bazolo dan Dalia Kaddari dari Itali mara ke separuh akhir bersama dengan Bahamian Anthonique Strachan, yang memenangi heat tersebut.
Ini bukan kali pertama Shericka memperlahankan lariannya. Sebelum ini dalam acara 100 meter juga di trek yang sama, dia berperangai serupa.
Namun ketika itu ramai mengaguminya dan menganggap dia sangat power. Ye la sebab layak ke saingan seterusnya.
Langit tak selalu cerah. Kebiasaan seperti itu sangat bahaya. Bekas pemenang perak Olimpik 1984, Steve Cram menganggap tindakan Shericka itu sangat mengejutkan dan berisiko. Dia masih ada banyak tenaga di kakinya namun memutuskan untuk memperlahankan lariannya kerana yakin sudah layak.
Sangat berbeza jika anda berada di hadapan, dan memperlahankan larian, kerana Shericka bukan pemimpin saingan tersebut.
Cram berkata: “Shericka Jackson hampir sahaja berlari – apakah atas bumi [terjemahan terus what on earth]? Mengapa mengambil risiko seperti itu?
“Saya menyesal dan mungkin kedengaran nada kecewwa, tetapi saya, bagi pihaknya, atas nama jurulatihnya dan rakan sepasukannya. Itu tindakan tidak sepatutnya.”
Peminat di media sosial turut mempunyai reaksi yang sama terhadap keputusan Jackson.
Mereka paling kasihan dengan staf, pakar, jurulatihnya yang selama ini menyiapkan dia untuk acara itu bertahun tahun lamanya. Akhirnya dia membuat perkara yang bodoh seperti itu.
Jackson, yang memenangi dua pingat di Olimpik Rio – gangsa di 400m dan perak di relay 4 x 400m – meraih gangsa dalam acara 100m di belakang rakan senegara Elaine Thompson Herah dan Shelly-Ann Fraser-Pryce, mencatat masa terbaik peribadi 10.76s.
Thompson dan Fraser-Pryce kedua-duanya berjaya melayakkan diri ke separuh akhir 200m dengan yang pertama menduduki tempat ketiga di saringan di belakang Crystal Emmanuel Kanada dan Beth Dobbin dari Britain.
Kedua-duanya adalah antara peserta pilihan untuk meraih emas dalam acara tersebut.
Apa sahaja yang dikatakan tentang tindakan Jackson ini, semuanya ibarat nasi sudah menjadi bubur. Segala kekurangan pertimbangan, silap perkiraan, sikap ego yang memakan diri.
Sudah banyak sekali diingatkan, jangan bersorak dulu sebelum ianya tamat, mungkin* kecuali anda Usain Bolt.
Ramai yang menganggap tindakan Shericka itu sebagai tidak boleh diterima langsung walaupun apa alasannya. Kerana ada yang mulai berteori, bahawa Shericka menyimpan kuku untuk acara lari berganti ganti.