2015/16 akan terus menjadi musim yang paling tak dijangka dan luarbiasa dalm sejarah pertandingan Liga Perdana Inggeris.
Leicester City yang hanya diletakkan 5,000-1 untuk menjadi juara akhirnya berjaya mencipta kisah dogeng dalam pertandingan itu.
Tiada siapa menjangkakan the foxes boleh mara sejauh itu. Claudio Ranieri hadir menggantikan Nigel Pearson sebagai pengurus pasukan.
Pada musim 2014/15 pasukan ini bertarung di zon penyingkiran, setahun selepas itu menjuarai liga.
Dalam sejarah Liga Perdana, hanya Blackburn Rovers dan Leicester City yang berjaya mencatat nama dalam senarai kejuaraan.
Selain dari 2 pasukan ini ia hanya melibatkan kelab besar seperti Manchester Utd, Manchester City, Arsenal dan Chelsea.
Ketibaan Ranieri, kemasukan N’Golo Kante dan Christian Fuchs mula membentuk apa yang yang berlaku pada penghujung musim.
Leicester City bermula dengan kemenangan 4-2 menewaskan Sunderland pada perlawanan pembukaan.
Pada musim ini tumpuan lebih terarah kepada Chelsea, pasukan yang dikatakan kuat untuk menjadi juara.
Chelsea telah membawa masuk Radamel Falcao dan Pedro bagi memberi lebih pilihan dibarisan hadapan.
Sementara itu Petr Cech meninggalkan Stamford Bridge untuk menyertai Arsenal dan Raheem Sterling pula menyertai Kevin de Bruyne di Manchester City.
Manchester City membuat permulaan yang hebat dengan merekodkan 5 kemenangan berturut-turut sebelum tewas kepada West Ham (1-2) pada perlawanan ke-6 di Stadium Etihad.
Cerita di kem Chelsea pula agak berbeza apabila skuad Jose Morinho ini menghampiri zon penyingkiran apabila tewas kepada Manchester City (0-3), Everton (1-3) dan Crystal Palace (1-2).
Pembelian musim panas terus memberi impak segera apabila Anthony Marthial menjaringkan gol solo menarik untuk membantu Manchester Utd menewaskan Liverpool 2-1.
Dimitri Payet membantu West Ham menang perlawanan pembukaan di Arsenal dan beliau juga mengagumkan ketika menang di Liverpool dan Manchester City.
Manchester City mula merudum dan kekalahan kepada Tottenham (0-4) menyaksikan Mauricio Pochettino masuk ke dalam senarai 4 pasukan teratas liga.
Arsenal menjadi pasukan pertama menewaskan Leicester City (5-2) di Stadium King Power pada hari yang sama ketika Manchester City tewas kepada Tottenham.
Tetapi Leicester City kembali pulih, diinspirasikan oleh prestasi yang memberangsangkan dari Jamie Vardy dan Riyard Mahrez.
Vardy merekod jaringan dalam 11 perlawanan berturut-turut, menewaskan rekod bekas penyerang Manchester Utd, Ruud Van Nilstelrooy yang melakukannya dalam 10 perlawanan.
Kemenangan 2-1 keatas Chelsea hasil usaha keras oleh Mahrez meletakkan Leicester City berada di puncak liga selepas 16 perlawanan.
Dengan keputusan itu juga menyaksikan Mourinho tewas 9 kali dari 16 perlawanan liga dan ia menjadi perlawanan terakhir pengurus dari Portugal ini sebagai pengurus Chelsea.
Guus Hinddink datang menggantikan Mourinho sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim. Chelsea semakin baik dibawahnya namun sudah terkeluar dari saingan.
Leicester City, Manchester City, Arsenal dan Totenham merupakan pasukan yang berada dalam landasan bersaing merebut kejuaraan selepas tahun baru.
Kemenangan ke atas Manchester City dan Manchester Utd membantu Arsenal berada dikedudukan teratas pada tahun baru walaupun pasukan ini tewas kepada Southampton (0-4) pada 26 Disember.
Pada tarikh tersebut, Leicester City tewas kepada Liverpool (0-1) tetapi bangkit menewaskan Tottenham dan seri 1-1 menentang Aston Villa.
Aston Villa baru sahaja menamatkan khidmat Tim Sherwood dan dan digantikan dengan Remy Garde.
Leicester City mengukuhkan kedudukan dengan Vardy menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Liverpool (2-0) dan Mahrez mengilhamkan kemenangan ketika bertemu Manchester City (3-1).
14 Februari merupakan tarikh kekalahan terakhir yang dialami Leicester City, mereka tewas 1-2 di Holloway, London.
Sementara itu Tottenham memanfaatkan peluang dengan menewaskan Liverpool pada hari yang sama.
Kemunculan semula Delle Ali menjadi kunci kepada kebangkitan Tottenham, pemain yang ditandatangi dari Milton Keynes Dons ketika beliau masih remaja pada 2015.
Jaringannya ketika menentang Crystal Palace menjadi kemenangan ke-6 berturut-turut Totenham.
Kekalahan Tottenham kepada West Ham dan seri dengan Arsenal memberi kelebihan kepada Leicester City untuk berada di depan dengan kelebihan 5 mata ketika baki 9 perlawanan.
Cabaran Arsenal pula berakhir apabila mereka tewas kepada Manchester Utd (2-3), perlawanan yang menyaksikan Marcus Rashford membuat kemunculan sulung dan terus menjaringkan 2 gol.
Dalam masa yang sama Swansea membuatkan sedikit kebangkitan dibawah Francisco Guidolin yang menggantikan Gary Monk sebagai pengurus pasukan.
Leicester City begitu kuat di gelanggang sendiri dalam baki perlawanan, mereka menang 6 kali dari baki 8 perlawanan disana. Hanya West Brom dan West Ham yang berjaya mencuri 1 mata.
Stoke City, Liverpool, Norwich City, Newcastle Utd, Southampton, Swansea City dan Everton semuanya gagal di King Power.
Detik kejuaraan Leicester City muncul pada perlawanan ke-37. Skuad Ranieri menumbangkan Everton 3-1 hasil jaringan berganda dari Vardy dan mereka menjulang trofi kejuaraan di hadapan penyokong sendiri.
Totenham tidak menang dalam 4 perlawanan terakhirnya menyaksikan Arsenal merampas kedudukan ke-2 dengan 71 mata dan Tottenham 70 mata.
Sementara itu Manchester City mendapat tempat ke Liga Juara Eropah melalui slot playoff selepas menamatkan musim di tangga ke-4.
Musim terakhir Manuel Pellegrini di sana sebelum menyerahkan kepada Pep Guardiola pada musim seterusnya.
Riyard Mahrez dipilih menjadi pemain terbaik oleh kelab dan kemudiannya pemain ini disambar oleh Manchester City.
Jeff Schlupp diangkat menjadi pemain muda terbaik. Kumpulan pemain dari kelab tersebut pula agak senang dengan N’Golo Kante.
Pemain dari Perancis ini diangkat oleh para pemain sebagai pemain terbaik.