Terdapat banyak kaedah untuk mengukur peningkatkan England sejak Gareth Southgate dilantik sebagai jurulatih pada 6 tahun lepas.
Yang paling mudah adalah pencapaianya di kejohanan besar iaitu Piala Dunia 2018 dan Piala Eropah 2020 (EURO).
England mara ke separuh akhir Piala Dunia lepas dan sekarang naib juara EURO. Ia merupakan perlawanan akhir pertama England sejak 1966.
Dua pencapaian tersebut cukup cemerlang jika kita melihat dimana England pada kejohanan Piala Dunia 2014 dan EURO 2016.
Pada ketika itu, England terkandas di peringkat kumpulan dan kalah 1-2 kepada Iceland di pusingan ke-2. Ia menjadi satu kekalahan paling memalukan buat England.
Selepas itu, Southgate telah meningkatkan kadar kemenangan England kepada 65% -ke-2 terbaik selepas Fabio Capello (66.7%).
Tidak ada ‘ukuran’ yang boleh dilakukan ketika mereka melompat kegembiraan ketika England menewaskan Denmark pada perlawanan separuh akhir lepas.
Kemenangan yang membawa England mara ke perlawanan akhir pertama sejak 55 tahun lepas.
“Saya tidak pernah mendengar (sorakan gembira) di Wembley seperti ini, tidak pernah.” Southgate, selepas perlawanan England lawan Denmark
Corak dan barisan pemain England sekarang jauh berbeza dengan pasukan sebelum era Southgate.
Berikut adalah bagaimana England dibawah Southgate berkembang dari sudut skuad pemain, taktikal, dan pencapaian.
BENTUK PASUKAN (PEMAIN)
Untuk memahami bagaimana England telah berkembang dengan baik dibawah Southgate, perkara pertama yang boleh dilihat adalah
skuad England yang diwarisinya.
Southgate mengambil alih tugas dari Roy Hogdson. Pencapaian Hodgson sepanjang 4 tahunnya adalah suku akhir EURO 2012, peringkat kumpulan Piala Dunia 2014 dan pusingan ke-2 EURO 2016.
Kekalahan memalukan di tangan Iceland merupakan kegagalan besar Hogdson.
England hanya menang 3 kali dari 11 perlawanan dalam 3 kejohanan major dan perkara paling buruk England tidak menang sebarang perlawanan di Piala Dunia 2014.
Hodgson dikatakan memiliki ‘generasi emas’. Ketika itu mereka mempunyai John Terry, Steven Gerrard, Frank Lampard dan Ashley Cole. Namun taktik Hodgson agak negatif.
Sementara itu Southgate tidak memiliki kumpulan pemain ‘generasi emas’ seperti Hodgson. Sebelum Southgate dilantik, Sam Allardyce memangku tugas dan dia mengendalikan 1 perlawanan.
Pada perlawanan tersebut (lawan Malta) Allardyce menggunakan formasi 433 yang ditunjangi oleh Daniel Strurride dan The Walcott dan Jesse Lingard membuat debut bersama England.
Barisan pemain terakhir sebelum Southgate dilantik,
Joe Hart; Kyle Walker, Ryan Betrand, Gary Cahill, John Stones; Jordan Henderson, Dele Alli, Wayney Rooney; Jesse Lingard, Theo Walcott, Daniel Sturridge.
Pada awalnya, selepas England ditewaskan oleh Iceland, tidak banyak perubahan yang dilakukan oleh Southgate, hanya Ross Barkley dan James Milner tidak dipanggil dari skuad asal sebelumnya.
Selepas itu Southgate mula menunjukkan kecederungan menggunakan pemain muda seperti John Stones (22), Dele Alli (20) dan Lingard (23) dimana pemain ini bersamanya ketika dia mengemudikan skuad B21 England.
Setiap tahun kumpulan pemain muda Southgate meraih keputusan positif dan mereka menjadi kunci kepada penigkatan England pada tahun-tahun mendatang.
Berikut merupakan pemain yang dipanggil Southgate pada tahun 2016 mengikut kumpulan umur. Tahun tersebut Southgate mengharungi 4 perlawanan.
Pada tahun pertama Southgate sebagai pengurus England, hanya 4 pemain berpengalaman diperlukannya iaitu Tom Heaton, Gary Cahill, Phil Jagielka dan Wayney Rooney.
Dalam tempoh itu 10 pemain muda medapat kepercayaan dan kini Jordan Pickford merupakan penjaga gol utama England yang agak berjaya di EURO apabila tidak bolos dalam banyak perlawanan.
John Stones pula sering berada dalam kesebelasan utama tidak kira Southgate menggunakan sistem pertahanan bertiga atau berempat. Raheem Sterling merupakan pemain tunjang bersama Harry Kane dibahagian hadapan.
Ramai yang mempersoalkan kenapa Sterlingsering diutamakan Southgate berbanding pemain lain seperti Grealish -jawapannya pemain ini antara pemain muda terawal diketengahkan oleh Southgate dan sudah semestinya Sterling tahu tuntutan dari pengurus tersebut.
Pada tahun 2017 Southgate perlu mencari skuad terbaik untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2018.
Dalam satu masa Southgate pernah memanggil 12 pemain berusia bawah 23 tahun, majoritinya adalah pemain tengah.
Pemain muda mula menjadi inti pasukan England namun Southgate membina pertahanannya dengan pemain yang berada di umur kemuncak.
Beberapa pemain tua juga dipanggil seperti Jack Cork yang membuat penampilan singkat bersama England.
Jake Livermore kembali selepas kali terakhir dipanggil pada tahun 2012 begitu juga dengan Ashley Young selepas 4 tahun tersisih.
Bagi tahun 2018 pula England mempunyai jadual paling sibuk. Pasukan ini mengharungi 17 perlawanan termasuk 7 perlawanan Piala Dunia, 4 perlawanan UEFA Nations League dan 6 perlawanan persahabatan.
Southgate memanggil 47 pemain secara keseluruhan dimana ia merupakan jumlah paling banyak.
Southgate membuat pangilan pertama untuk Trent Alexander-Arnorld dan Ben Chilwell bagi mengukuhkan barisan pertahannya.
James Madison dan Mason Mount di bahagian tengah dan Jadon Sancho, Callum Wilson di bahagian serangan.
Fabian Delph (28) dipanggil semula selepas 3 tahun tersisih dari skuad kebangsaan dimana ia merupakan pemain ‘baharu’ paling tua oleh Southgate.
Ia menjadi tahun peralihan bagi skuad England dengan mengenepikan ramai pemain tua seperti Joe Hart, Gary Cahill, Ashley young, Jamie Vardy dan Wayney Rooney.
Kesemua pemain tersebut tidak lagi dipanggil dan ‘dibersarakan’ oleh Southgate.
Terdapat juga beberapa pemain yang berada di umur puncak diketepikan Southgate iaitu Adam Lallana dan Danny Welbeck.
Pada tahun 2019 England tidak mempunyai banyak perlawanan bermakna tidak ramai pemain yang digunakan. Secara praktikal Southgate mengabaikan pemain yang berusia 30 tahun keatas.
Tanpa ragu-ragu kumpulan pemain muda 2019 adalah pasukan yang akan beraksi di EURO 2020.
Terdapat panggilan pertama bagi pemain muda yang akhirnya menjadi terkenal. Declan Rice tampil membuat debut dan dia akhirnya menjadi tunjang pasukan setahun selepas itu.
Prestasi baik ditampilkan oleh Tyrone Mings bersama Aston Villa membantu pasukan itu meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik minat Southgate.
Fikayo Tomori dan Callum Hudson-Odoi diberi peluang namun kedua-duanya gagal mengekalkan tempat bersama England.
Dua pemain yang sering cedera -Ross Barkley dan Alex Oxlande-Chamberlain juga kehilangan tempat.
Memasuki tahun 2020 dimana dunia mengalami pandemik Covid, jadual antarabangsa menjadi tidak teratur. Beberapa perlawanan terpaksa ditangguhkan dan dipadatkan dalam beberapa minggu antarabangsa.
8 perlawanan dilangsungkan antara September dan November menjadikan jumlah pemain yang dipanggil menurun.
Dalam tempoh itu Southgate memanggil 34 pemain dengan beberapa kemunculan baru seperti Reece James, Conor Coady, Bukayo Saka dan Jack Grealish.
Pada EURO kali ini ramai peminat membandingkan Grealish dengan Sterling, pemain mana yang perlu digunakan Southgate.
Grealish masih lagi ahli baharu pasukan England dibawah bimbangan Southgate dan Sterling sudah lama bersamanya. Pemain itu masih dalam proses mengenali corak permainan yang dibina oleh Southgate.
Pada tahun 2020, sebahagian besar skuad itu dikekalkan bagi menghadapi cabaran 2021 tahun dimana EURO dilangsungkan.
PERTAHANAN BEREMPAT DAN BERTIGA
Salah satu strateegi utama England dalam EURO kali ini adalah flesibiliti taktikal yang ditampilkan Southgate.
Southgate banyak menggunakan sistem pertahanan berempat tetapi pertahanan bertiga juga digunakan ketika bertemu Jerman untuk mengekang Joshua Kimmich dan Robin Gosens di bahagian sisi.
Disebabkan itu England tidak mempunyai isu menggunakan mana-mana sistem termasuk ketika menentang Itali pada perlawanan akahir.
Pada awal karienya bersama skuad senior England, Southgate bermula dengan sistem pertahanan berempat. Ia ditunjangi oleh Stones dan Cahil di bek tengah. Kyle Walker dan Nathanial Clyne pilihan di bek kanan sementara itu Ryan Betrand dan Danny Rose bek kiri.
Southgate mencuba pertahanan bertiga untuk kali pertama ketika bertemu Jerman (perlawanan persahabatan) di Westfalenstadion Dortmund (2017). England tewas 0-1.
Michael Keane, Chris Smalling dan Gary Cahil membentuk pertahanan bertiga, ketika Southgate mula mengintai peluang ke Piala Dunia 2018.
Dalam pertandingan Piala Dunia Southgate menggunakan sepenuhnya sistem pertahanan bertiga dan England membuat kemaraan sehingga ke peringkat separuh akhir.
Selepas Piala Dunia, dalam kempen kelayakan EURO 2020 Southgate kembali ke sistem pertahanan berempat dan England layak ke kejohanan tersebut.
Fleksibiliti Southgate diteruskan apabila jurulatih tersebut kembali menggunakan sistem pertahanan bertiga dalam kejohanan UEFA Nations League.
Southgate sekali lagi menukarkan sistemnya dalam EURO 2020 dengan kemabali kepada pertahanan berempat, hanya ketika bertemu Jerman dan Itali sahaja jurulatih itu menggunakan pertahanan bertiga.
PRESTASI ENGLAND
Carta berikut menunjukkan angka jaringan dan bolos yang dilakukan oleh England.
Pada awalnya England akan dibolosi purata 1 gol pada setiap perlawanannya. Ia menjadi lebih teruk pada hujung tahun 2018 dengan purata 1.3 bolos per perlawanan. Selepas itu ia semakin baik dan lebih baik.
Pada ketika ini, England mempunyai pertahanan terbaik yang pernah dimiliki sebelumnya. England hanya bolos 3 gol dalam 13 perlawanan.
Jumlah itu mula berkurangan pada tahun 2020 dan 2021. Ia disebabkan England mahu menstabilkan keseluruhan permainannya menjelang EURO.
Sumber utama jaringan England terhasil dari permainan terbuka, 16 dari 21 gol datang dari situasi itu -2 tahun pertama Southgate.
Pada tahun 2018, set pieces mula menjadi salah satu kekuatan England. 11 jaringan dihasilkan dari situasi tersebut.
Legasi Southgate bersama England masih lagi berjalan dan ditulis. Tentang bagaimana Southgate menggunakan pemain muda dan membangunkan mereka bersama pasukannya.
Membina pasukan yang selesa dengan 2 sistem (pertahanan berempat dan bertiga) dan berubah dengan mengutamakan pendekatan bertahan untuk menghasilkan clean sheet.
Selepas 6 tahun usaha Southgate, England berjaya ke final dalam kejohanan major sejak 55 tahun.