21 Filem Mind-Bending, Buat Otak Sakit Korang Kena Tengok

Filem mind-blowing / mind-bending ataupun filem buat sakit otak ada peminatnya tersendiri.

Meluangkan masa dengan merangsang otak mencerna informasi yang agak rumit dan kompleks adalah satu kepuasan bagi peminat genre ini.

Samalah macam mereka yang suka cerita hantu kan?

Berikut 21 filem mind-bending yang korang kena tengok:

1. Inception

Filem fiksyen arahan Christopher Nolan dan menampilkan bintang utamanya Leonardo DiCaprio.

Ceritanya mengisahkan tentang pencuri dengan kekuatan yang unik, iaitu memasuki mimpi untuk mempengaruhi idea manusia lain.

Kemahirannya luar biasa mereka ini membuatkan mereka menjadi pasukan yang istimewa dalam dunia pengintipan korporat.

2. Triangle

Kisah tentang ibu tunggal dengan anak autistik iaitu Jess (Melissa George) pergi berlayar dengan rakannya.

Namun kemudian kapal layar mereka dilanda badai. Lalu mereka cuba menyelamatkan diri. Mereka kemudian bertemu dengan sebuah kapal.

Peliknya jam terhenti di atas kapal itu. Lalu Jess mendapati ada yang tak kena dengan tempat tersebut.

Jess kemudian berdepan dengan realiti yang pelik di mana dia mengalami seperti dejavu. Lebih mengejutkan dia bertemu dengan seorang lagi Jess.

3. Predestination

Mengisahkan seorang ejen khas, yang boleh mengembara merentasi masa. Dia memburu pengebom berani mati dan cuba mematikannya.

Namun ketika bertugas dia telah menggunakan mesin masa itu untuk tujuan peribadi dan cuba mengubah nasibnya di masa lampau demi masa akan datang.

Ia telah memberikan kesan kepada kehidupannya termasuk cinta, nasib dan juga taboo di dalam hidupnya.

4. Memento

Leonard Shelby ada masalah dengan hilang daya ingatan – amnesia. Dia terpaksa membuat nota untuk mengingati misinya untuk mencari siapa pembunuh kejam isterinya.

Leonard berdepan dengan kesukaran kerana dia perlu membina memori baharu pada hari berikutnya. Dan memori itu akan padam pada sebelah malam dia tidur.

Di dalam penyiasatannya, Leonard bertemu dengan Natalie yang membantunya. Dapatkah dia menemui jawapan yang dia cari?

5. Oldboy

Filem Korea Selatan yang sangat mind bending. Korang bayangkan korang dikurung di dalam sebuah bilik selama berbelas tahun lamanya tanpa tahu apa sebabnya.

Itu yang terjadi kepada Dae-Su. Dia diberikan dadah sepanjang tempoh dia ditahan.

Ketika dia keluar daripada tahanan itu dia terus mencari anak perempuannya yang dia tinggalkan dahulu. Ianya gara gara Dae Su disumbat ke dalam kurungan itu.

Dae Su kemudian semakin menemui jawapan kenapa dia dikurung dan realitinya, pembalasan dendam dalam filem ini sangat kejam.

6. Mulholland Dr

Filem ini mengisahkan Rita yang terlibat dalam kemalangan dan terus lupa ingatan. Dia bertemu dengan Betty lakonan Naomi Watts.

Betty cuba membantunya mencari identitinya dan pada masa yang sama mengejar impiannya mahu menjadi pelakon terkenal.

Dalam usaha mereka mencari identiti Rita berlaku banyak peristiwa lain dan Betty mahu mencari jawapan apa sebenarnya telah berlaku?

7. Coherence

Lapan orang rakan duduk semeja untuk makan malam. Dan pada malam itu sebijik komet lalu dan membuatkan tempat itu blackout.

Apa yang berlaku mereka mulai dikunjungi jiran yang pelik. Dan mereka mendapati semua rumah di kawasan kejiranan itu menempatkan mereka dari versi yang lain.

Ataupun bahasa mudahnya, mereka dari alam lain duduk bersama di satu tempat. Dan mereka perlu memastikan mereka berada di rumah yang betul sepanjang masa.

Jika tidak, ia akan membawa kepada konflik yang lain.

8. Fight Club

Filem yang sangat santai namun mind bending juga. Mengisahkan Edward Norton menderita insomnia kerana depresi sehingga memasuki kelab motivasi sokongan.

 

Dia kemudian bertemu dengan Tyler Durden yang membantunya keluar daripada masalah kebosanan. Mereka berdua kemudian menubuhkan fight club. Setiap malam mereka akan bertumbuk di kelab tersebut.

Selepas itu mereka menimbulkan lebih banyak kekacauan menerusi project mayhem. Sang pencerita kemudian mulai menceritakan bahawa semua itu berlaku kerana kawannya bernama Tyler Durden.

9. Interstellar

Gngguan tanaman global dan Dust Bowl kedua secara perlahan menjadikan planet ini tidak dapat dihuni pada masa akan datang.

Profesor Brand (Michael Caine), seorang ahli fizik NASA sedang mengerjakan rancangan untuk menyelamatkan manusia dengan mengangkut populasi Bumi ke rumah baru melalui wormhole.

Brand menghantar bekas juruterbang NASA Cooper (Matthew McConaughey) dan sekumpulan penyelidik melalui lubang cacing itu dan melintasi galaksi untuk mengetahui tiga planet mana yang boleh menjadi rumah baru manusia.

Cooper meninggalkan keluarganya termasuk anak gadisnya. Di sepanjang pengembaraannya di angkasa lepas dia berdepan banyak rintangan. Setiap kesilapan terlalu tinggi risikonya.

Dia hanya menyaksikan anaknya membesar menerusi video yang diterimanya dari kapal angkasanya. Sangat panjang perjalanan itu sehinggakan anak gadisnya menjadi seorang nenek.

10. Donnie Darko

Ketika pilihanraya presiden 1988, remaja bernama Donnie Darko berjalan dalam tidur dan bertemu dengan seekor arnab yang menyerupai iblis bernama Frank.

Frank memberitahu Donnie bahawa dunia ini akan kiamat dalam masa 28 hari.

Donnie balik ke rumahnya dan mendapat ada enjin jet di bilik tidurnya. Adakah Donnie hidup di parallel universe, menderita masalah mental, ataupun dunia benar benar nak kiamat?

11. The Others

Grace (Nicole Kidman), ibu kepada Anne (Alakina Mann) dan Nicholas (James Bentley). Membawa anak anaknya berpindah ke sebuah rumah pada era perang dunia kedua.

Grace menunggu suaminya pulang dari medan perang. Walaupun Grace dimaklumkan bahawa suaminya sudah hilang dan mungkin sudah meninggal dunia.

Anak Grace ada masalah dengan cahaya matahari di mana mereka ada penyakit photosensitivity. Oleh sebab itu Grace mengingatkan pembantu rumahnya agar tingkap sentiasa ditutup dengan langsir.

Grace mulai mengesyaki rumah itu ada makhluk halus dan dia melihat anaknya berinteraksi dengan alam lain.

Grace mahu menyelesaikan masalah itu dan dia mulai terdedah dengan mahkluk dari alam lain.

Senarai lain: 

#12. The Arrival

#13. Blade Runner

#14. Eternal Sunshine of the Spotless Mind

#15. Looper

#16. Primer

#17. Shuttle Island

#18. Source Code

#19. Requiem for a Dream

#20. Shuttle Island

#21. Before I Go To Sleep

Itu sajalah dulu senarai kali ini. Jangan lupa kongsikan senarai korang.

Baca yang lain