21 Guns: Ekspresi Kebencian Billy Joe Kepada Peperangan

Lagu ini sememangnya antara naskah Green Day yang paling popular di kalangan peminat mereka.

Green Day memang antara kumpulan yang sering dilihat lebih progresif dan fast tempo dalam genre muzik yang punk rock ataupun power pop.

Mereka agak underrated untuk muzik rock ballad seperti ini. Salah satu lagu yang aku selalu mainkan sehingga ke hari ini, selain daripada Boulevard of Broken Dreams.

Ya, kedua-duanya adalah rock ballad yang sangat bagus. Lagu ini juga memiliki elemen muzik, effect guitar yang mirip kepada Boulevard of Broken Dreams.

Maksud 21 Guns

Dahulunya 21 guns ini merujuk tanda gencatan senjata ataupun perdamaian.

21 Guns salute pula (disebut 21 guns) membawa maksud kepada penghormatan menggunakan 21 senjata (tentera) pada hari pengkembumian.

Ia dianggap penghargaan tertinggi terutama sekali kepada tentera yang gugur di medan perang. Dalam lagu ini, ia lebih merujuk kepada usaha gencatan senjata untuk berdamai.

Jika anda menonton klip video lagu ini:

Ianya tidak memaparkan secara visual unsur peperangan seperti mana Wake Me Up When September Ends.

Ia memperlihatkan 2 pasangan kekasih remaja yang bersembunyi di satu bilik selepas melakukan jenayah.

Remaja lelaki itu bercelaru fikirannya. Akhirnya ditenangkan dengan satu babak ciuman yang menjadi agak ikonik kepada kulit album Green Day.

Ciuman gadis itu mungkin antara yang membawa maksud kepada ’21 Guns’.

Ia ciuman yang merujuk kepada enough is enough, Kita hentikan segalanya. Hampir sama dengan. Konsep sama dengan buang ego dan letak senjata.

Terdapat perbezaan pandangan, sama ada lagu ini merujuk kepada kritikan ke atas kerajaan Amerika Syarikat yang menyebabkan kebobrokan sosial anak muda mereka.

Di dinding muzik video itu ditulis pills and alcohol i’ve been chasing. Petikan daripada lirik See The Lights:

Secara asasnya, lagu ini memang bertemakan anti-perang. Lagu ini dimuatkan dalam album 21st Century Breakdown.

Ia bertemakan patriotisme. Hal itu diakui sendiri oleh penulis lirik, Billy Joe yang mendedikasikan lagu ini kepada perajurit dan orang awam yang gugur di medan perang.

Bercakap kepada Q Magazine, Billy Joe berkata:

“21 Guns salute untuk kesemua yang telah terkorban, ianya (salute) dilakukan di lapangan arena rock and roll dengan cara tersendiri.”

Jadi, ada banyak interpretasi tentang lagu ini, kerana ianya subjektif.

Misalnya video klip itu, penyampaian mesej itu diletakkan kepada 2 watak remaja itu yang turut berjuang untuk perkara yang sia-sia.

Yang mereka sendiri tak pasti ke mana arah perjuangan mereka. Tetapi ulasan kali ini adalah berpaksikan perperangan. Lagu ini mempersoalkan apa untungnya berperang?

Adakah manusia merasakan berbaloi untuk terkorban di medan perang di atas perjuangan mereka?

Album ini memang kritikal ke atas perperangan seperti mana American idiot.

Berbalik kepada isu pokok. Penulis lirik jelas sekali mempersoalkan, kenapa perlu ada peperangan di dunia?

Lagu ini adalah kesinambungan kepada Wake Me Up When September Ends yang megisahkan bagaimana seorang pemuda dikerah untuk menjadi tentera.

Perang akan mengakibatkan lebih banyak ‘kekalahan’ berbanding kemenangan. Ramai nyawa terkorban termasuk orang awam.

Perang membuatkan nyawa manusia menjadi sangat murah ataupun tak bernilai.

Tak hairanlah lagu ini menjadi runut bunyi filem Transformers: Revenge of the Fallen yang mengkritik perperangan.

Berbuih YAB Optimus Prime bersyarah tentang keburukan perperangan.

Mencerna lirik lagu ini secara terjemahan terus:

21 Guns

Do you know what’s worth fighting for/ Adakah kamu tahu perkara yang layak diperjuangkan

When it’s not worth dying for? / Ketika perjuangan itu tak berbaloi untuk berkorban

Does it take your breath away/ Adakah ia membuatkan kau terkejut?

And you feel yourself suffocating? / Dan kamu merasa kelemasan/sesak nafas?

Dalam rangkap ke-2 dipersoalkan, apa sebenarnya yang mendorong dan cuba dibuktikan seseorang yang sanggup berperang dan membunuh orang lain.

Does the pain weigh out the pride/ Adakah rasa sakit itu terbalas dengan kebanggaan?

And you look for a place to hide? / Dan kamu mencari tempat untuk bersembunyi?

Did someone break your heart inside?/ Apakah ada orang yang telah menyakiti hatimu dari dalam?

You’re in ruins / Kau dalam kehancuran

Dalam korus, lyricist menegaskan, tak perlu ego, cukuplah hanya dengan 1 tembakan 21 guns untuk berdamai.

Saya gunakan tembakan Salto, meminjam translasi Bahasa Indonesia untuk 21 Guns.

Korus:

One, 21 guns / 1, tembakan salto

Lay down your arms, give up the fight / Letakan senjatamu, berhentilah berperang

One, 21 guns / 1, tembakan salto

Throw up your arms into the sky, you and I/ Baling senjatamu ke atas langit, kau dan aku

When you’re at the end of the road/ Ketika kau berada di hujung jalan

And you lost all sense of control/ Dan kau hilang kewarasan

And your thoughts have taken their toll/ Dan apa yang kau fikirkan telah mengorbankan mereka

When your mind breaks the spirit of your soul/ Ketika fikiranmu menghancurkan semangat dari jiwamu

Your faith walks on broken glass / Imanmu/kepercayaanmu berjalan di atas serpihan kaca

And the hangover doesn’t pass/ Dan rasa mabuk tidak juga hilang

Nothing’s ever built to last/ Tidak ada apa yang dapat dibangunkan

You’re in ruins/ Kau dalam kehancuran

Baiklah, part ini paling aku suka kerana, ayat terakhir tu yang menyatakan ada orang sedang memohon keampunan daripada ‘stone’.

Dalam baris ini, stone merujuk kepada batu nisan ataupun jirat.

Did you try to live on your own / Adakah kau cuba untuk hidup seorang diri

When you burned down the house and home? / Ketika kau membakar rumah dan tempat tinggal orang?

Did you stand too close to the fire?/ Adakah kamu berdiri terlalu dekat dengan api?

Like a liar looking for forgiveness from a stone/ Seperti seorang pembohong yang mencari keampunan dari sebuah batu nisan

Dan pada rangkap terakhir merujuk kepada, ada satu ketika anda sudah tidak mampu melakukan apa-apa di atas pembunuhan dan kerosakan yang kamu lakukan.

When it’s time to live and let die / Apabila tiba waktunya untuk hidup dan mati

And you can’t get another try/ Dan kamu tidak lagi memiliki kesempatan lain

Something inside this heart has died/ Sesuatu di dalam hati ini telah mati

You’re in ruins/ Kau dalam kehancuran

Bagi aku, lagu ini memang sangat baik dari segi penulisan lirik.

Dari segi susunan muzik, memang aku suka. Kemas dan vokal yang padu. Ada 2 versi 21 Guns ini.

Dan ini versi dengan pelakon American Idiots, ni pilihan peribadi saya:

Tu je lah, ok, kau boleh scroll benda lain di FB untuk membawang.