24 Jam Sebelum Harijadi Adik Perempuannya, Neymar Disahkan Cedera

Neymar dilaporkan cedera lagi. Dan buat kesekian kalinya, dia cedera lagi 24 jam menjelang harijadi adik perempuannya. Perkara itu malah menjadi teori konspirasi di Brazil dan di kalangan peminat bola sepak.

Neymar memiliki rekod pelik sebelum ini. Kerap cedera atau digantung menjelang harijadi adiknya, membuatkan dia kerap dibenarkan untuk pulang ke Brazil. Dan dia akan gunakan kesempatan yang ada untuk anjurkan pesta harijadi adiknya.

Hubungan Neymar dengan adik perempuannya Rafaella Santos memang rapat. Dia malah ada tatu wajah adiknya itu,

Neymar yang kini bersama Santos, sudah mulai mendapat rentak dalam beberapa perlawanan terakhir. Namun terpaksa disisihkan kerana cedera lagi menjelang harijadi adiknya 11 Mac.

Neymar yang baru kembali daripada kecederaan panjang memberitahu doktor dia tiba tiba mengalami kesakitan dan rasa tak selesa di bahagian kakinya ketika persiapan menentang Red Bull Bragantino minggu lalu.

Kelab yang benar benar berhati hati dan mahu menjaga Neymar daripada cedera lebih serius memutuskan unntuk merehatkan pemain itu.

Neymar akui kesal dengan apa yang berlaku. Dia berkata: “Saya benar benar mahu bermain di atas padang berjuang bersama sama rakan sepasukan. Namun Khamis lalu terasa ada kesakitan pada kaki saya dan menghalang saya daripada beraksi.

“Saya sudah menjalani imbasan di bahagian tersebut dan masih terasa kesakitan yang tidak selesa.”

Neymar menganggap itu sudah menjadi perkara biasa dalam bola sepak dan berharap semua orang menerimanya termasuk dia sendiri.

“Malang sekali, itulah lumrah dalam bola sepak. Hari ini kurang menjadi untuk kami, namun kami akan bangkit lebih kuat untuk mencapai matlamat kami.

Langit itu biru, Neymar cedera ketika harijadi adiknya

Neymar cedera menjelang harijadi adiknya sudah dianggap perkara biasa oleh peminat bola sepak.

Kisah Neymar berehat menjelang harijadi adiknya bukan sahaja menjadi jenaka peminat, malah di kalangan pemain. Sergio Ramos pernah mengulas tentang rumors bahawa Real Madrid mahu mendapatkan Neymar.

Dia berkata: “Saya berminat nak bermain dengan mereka yang terbaik. Salah seorang daripadanya, Neymar. Namun kami kena pertimbangkan tentang hari jadi adiknya,” tegas Ramos merujuk kepada harijadi adik Neymar pada Mac, masa paling genting untuk persaingan mana mana kejuaraan terutama sekali La Liga dan UCL.

Kini Neymar sudah tersisih sebanyak 9 kali dalam 10 musim terakhir ketika minggu atau ketika tarikh harijadi adiknya.

Berikut adalah senarai kecederaan Neymar menjelang harijadi adiknya:

2015 – Digantung

2016 – Digantung

2017 – Cedera otot

2018 – Cedera metatarsal, rehat hingga tamat musim

2019 – Cedera kaki – rehat panjang 3 bulan

2021 – Cedera otot rehat panjang 3 bulan

2023 – Cedera buku lali, rehat panjang sampai tamat musim

2024 – Cedera lutut, rehat sampai kontraknya pun ditamatkan di Al Hilal

2025 – Terlepas perlawanan Santos kerana rasa ‘tidak selesa’