25 Pemain EPL Dengan Kereta Termahal, Pepe Pakai Kereta Sama Dengan Datuk Vida

Kereta mewah dan lelaki kaya memang sukar nak dipisahkan. Ianya salah satu cara untuk reward diri sendiri selepas bekerja keras.

Untuk pengetahuan anda semua, koleksi kereta mewah milik Cristiano Ronaldo kini bernilai lebih daripada £6 juta di garaj rumahnya. Ronaldo dikenali dengan hobinya mengumpul kereta.

Untuk ulang tahun ke-35 beliau baru baru ini, Cristiano Ronaldo menerima Mercedes AMG G63 mewah dari teman wanitanya Georgina Rodriguez – bernilai £600,000.

Korang bayangkan, awek dia pun dah kaya raya.

Kereta paling mahal yang Cristiano Ronaldo miliki ialah Bugatti Chiron, bernilai kira-kira £ 1.85 juta yang beliau beli 2 tahun lalu.

Kereta kedua termahal milik kapten kebangsaan pasukan Portugal itu adalah kereta Bugatti Veyron, yang bernilai lebih kurang £ 1.7 juta.

Koleksi kereta mewah milik Ronaldo mungkin antara kereta terbaik dan termewah di kalangan pemain bola sepak seluruh dunia.

Beliau adalah pemain bola sepak kedua yang mendapat gaji tertinggi tidak dicampur dengan pendapatan yang lain. Tidak hairan lah beliau mampu memiliki semua kemewahan itu.

Tetapi bagaimana dengan koleksi kereta mewah milik para pemain yang bermain di Liga Perdana Inggeris?

Siapa yang mempunyai kereta terbaik dan termewah di kalangan pemain yang bermain di Liga utama England itu? Yang merupakan liga paling mewah di dunia.

Nah, menurut satu sumber, mereka telah mengenal pasti 25 pemain di Liga Perdana Inggeris yang mempunyai kereta termahal dan mempunyai senarai pemain, kereta dan harga kereta itu.

Jadi, apakah jenis 25 kereta paling mahal milik pemain dalam Liga Perdana dan siapa yang memilikinya?

25 |  Raheem Sterling |  Bentley GTX |  £ 229,950

24 |  Felipe Anderson |  Ferrari F12 Berlinetta |  £ 239,317

23 |  Muhamed Besic |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000

22 |  Tom Heaton |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000

21 |  Mamadou Sakho |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000

20 |  Nicolas Otamendi |  Rolls Royce Wraith |  £ 250,000

19 |  Dejan Lovren |  Ferrari 812 Superfast |  £ 253,000

18 |  Lys Mousset |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

17 |  Jeffrey Schlupp |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

16 |  Gerard Deulofeu |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

15 |  Troy Deeney |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

14 |  Ederson |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

13 |  Sead Kolasinac |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

12 |  Wilfried Zaha |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

11 |  Max Meyer |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

10 |  Nicolas Pepe |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

https://twitter.com/BoistrousBobby/status/1179848105933410304?s=19

9 |  Mohamed Salah |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

8 |  Sergio Aguero |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

7 |  Mesut Ozil |  Lamborghini Aventador |  £ 271,146

6 |  Michy Batshuayi |  Rolls Royce Dawn |  £ 275,000

5 |  Dele Alli |  Rolls Royce Phantom |  £ 360,000

4 |  Roberto Firmino |  Rolls Royce Phantom |  £ 360,000

3 |  Paul Pogba |  McLaren P1 |  £ 866,000

2 |  Heung-Min Son |  Ferrari LaFerrari |  £ 1,150,000

1 |  Pierre-Emerick Aubameyang |  Ferrari LaFerrari |  £ 1,150,000

Menurut sumber ini juga mereka mempunyai senarai lima pemain di Liga Perdana yang mempunyai kereta paling murah.

N’Golo Kante pemenang Piala Dunia bersama dengan pasukan kebangsaan Perancis hanya memandu kereta Mini Cooper S yang bernilai £23,395.

Kerana itu lah mungkin beliau antara pemain yang paling disayangi dalam karier bola sepak serta tidak mempunyai pembenci. Sikapnya yang rendah diri dan bersederhana memang dikagumi.

Baca yang lain