250 Kubur Dijumpai Di Hartanah Pique, Projek Pembinaan Hotel Dihentikan Seketika

Gerard Pique sering menjadi tajuk berita berikutan perpisahannya dengan Shakira dan hubungannya dengan Clara Chia.

Dia juga terkenal dengan pelbagai usaha perniagaannya dan kisah bagaimana kelab Barcelona berhutang gajinya sehingga EUR50 juta.

Dam kali ini satu lagi kisah sensasi melibatkan nama Pique.

Sebagai seorang pemain merangkap usahawan berjaya Pique telah melabur dalam projek membina sebuah hotel mewah Malaga.

Pada 2015, dia membeli tanah yang terletak di Costa del Sol dengan harga kira-kira 20 juta dolar.

Bagaimanapun, projek itu telah terhenti kerana 250 kubur ditemui di mana hartanah Pique berada.

Sekarang, kajian yang berkaitan perlu dijalankan untuk mengetahui dengan tepat dari abad mana kubur kubur itu berasal.

“Kami telah menggali kira-kira 250 kubur, yang sebahagian besarnya kosong,” jelas ahli arkeologi Alberto Cumpian kepada Hoy por hoy Malaga.

“Mungkin, tapak perkuburan itu tidak pernah digunakan, dan tidak cukup berharga untuk dipelihara.”

“Namun, ia adalah salah satu nekropolis terbesar di negara ini.”

Ahli arkeologi masih meneruskan lagi kajian tentang kubur tersebut.

Berita itu pastinya tamparan hebat buat Pique. Di mana dia dilanda pelbagai masalah sejak akhir akhir ini.

Terutama sekali Barcelona dikatakan mahu mengeluarkannya daripada pasukan. Cuma kelab itu masih terikat dengan hutang gaji dengan Pique.

Cuma yang sedikit melegakan Pique adalah, ada ahli arkeologi berpendapat bahawa seharusnya tiada masalah untuk projek hotel Pique itu diteruskan memandangkan kubur itu kelihatan kubur yang tidak digunakan.