3 Blunder Maguire Ini Membuatkan Evra Marah Dan Mahukannya Dikeluarkan Dari Skuad

Nama Harry Maguire menjadi bualan ramai terutama sekali peminat Man United yang sangat kecewa dengan prestasi kapten mereka itu.

Pada separuh masa pertama, Harry Maguire dituduh punca kepada tiga daripada empat gol Spurs.

Man United mendahului seawal minit ke-2, selepas Martial dijatuhkan di dalam kotak penalti.

Namun kegembiraan United tak sampai 3 minit pun.

Ini apabila Tanguy Ndombele menjaringkan gol penyamaan.

Ianya jelas sekali kerana tindakan tidak masuk akal Maguire yang cuba bermain terlalu kasual dengan cuba menanduk bola kepada De Gea dalam keadaan ada Lamela menekan mereka di situ.

Tandukan lemah itu kemudian jatuh di depan Ndombele. Shaw cuba mengeluarkan bola, dan apa yang berlaku, Maguire cuba mengeluarkan bola daripada belakang Shaw dan menarik rakannya itu.

Jelas sekali peminat sangat kecewa dengan aksi seperti itu.

Tiga minit kemudian, Maguire memberikan sepakan percuma di tengah padang. Dan sepakan percuma itu mencetuskan gol Son Heung Min.

Maguire yang berada paling hampir dengan bola tidak menghalang atau mengarahkan salah seorang rakannya menghalang Spurs daripada melakukan quick free kick dalam keadaan mereka kurang pemain di pertahanan.

Lebih teruk, Martial dibuang padang kerana melempang Lamela.

Eric Bailly turut melakukan kesilapan bunuh diri dalam perlawanan ini. Beliau menghantar bola lemah yang dirampas lawan dan Kane menghukum mereka.

Tidak terhenti di situ, Maguire dinutmegged di byline oleh Aurier yang melakukan cross rendah.

 

Man United kalah 1-6 di kandang sendiri. Ianya bukan keputusan yang boleh diterima kelab sebesar dan segah Man United.

United dalam usaha untuk memperkuatkan back 4 mereka dengan membawa masuk Alex Telles.

Diharap ia akan dapat memberikan kestabilan kepada pertahanan.

Peminat United juga mahukan Ed Woodward mendapatkan bek tengah baharu untuk memperbaiki kerapuhan pertahanan mereka.

Patrice Evra dengan lantang menyatakan: “Gary Neville selalu bercakap soal mencari gandingannya. Maguire memerlukan gandingan terbaik.”

“Namun apakata sekarang kita bercakap tentang mengeluarkannya dari skuad?”

“Maguire, jadi kapten. Berapa tahun dia sudah bermain di United? Setahun je kan.”

“Itu menunjukkan pasukan ini tiada pemimpin untuk memenangi piala.”

Baca yang lain