3 Hari Lepas Tu Saya Dilantik Balik Jadi Pengurus Madrid – Carlo Ancelotti

Carlo Ancelotti mendedahkan bagaimana dia boleh mendapatkan semula jawatan di Santiago Bernabeu.

Sebelum ini terdapat laporan menyatakan bahawa Carlo Ancelotti menghubungi Real Madrid ketika dia masih bergelar pengurus Everton.

Sehingga ada laporan menyebut bahawa Ancelotti melobi balik jawatan pengurus Real Madrid pada masa itu.

Ancelotti baru baru ini mendedahkan hal sebenar tentang panggilan tersebut yang dia buat.

Sebenarnya Ancelotti mahu meminta jasa baik Real Madrid untuk mendapatkan informasi tentang pemain pemain yang Real Madrid tak nak pakai musim itu.

Dia mahu meminjam atau membeli pemain tersebut. Terutama sekali dari senarai pemain yang mahu disingkirkan.

Namun perbualan itu tiba tiba menjadi satu temuduga. Di mana Florentino Perez bertanya kalau dia mahu kembali ke Real Madrid menjadi pengurus?

Ancelotti tidak melepaskan peluang itu dengan berkata ya. 3 hari selepas itu dia terus diumumkan sebagai pengurus baharu Real Madrid.

“Saya pada masa itu mahu mendapatkan kalau ada mana mana pemain Real Madrid yang mereka tidak perlukan.

“Namun mereka menawarkan saya jawatan di Real Madrid,” tegas Ancelotti.

Dia kemudian terus memberitahu Everton bahawa dia berminat untuk menyertai Real Madrid. Selepas beberapa perbincangan secara baik, akhirnya kelab setuju melepaskannya.

Kepulangan semula Carlo Ancelotti membangkitkan semula Real Madrid. Di mana dia membantu kelab itu kembali menjulang Liga Juara Juara Eropah.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai