3 Improvisasi Chelsea Yang Menyeksa Leicester Namun Ada 2 Masalah Masih Sama

Chelsea berjaya menewaskan Leicester dalam aksi EPL semalam. Dan sebenarnya ada 3 perkara yang Chelsea perbaiki selepas kekalahan dalam aksi final.

1. Intensiti ketika pressing

Tak ada ruang bernafas buat Leicester. Chelsea melakukan pressing yang sangat intensif. Seolah olah mereka sudah berehat seminggu.

Werner menjadi penekan pertama (1st man presser) yang penting walaupun finishing dia agak huru hara. 2 gol dibatalkan. Satu gol tu dia sodok pakai tangan pulak.

Tapi dari segi press, Werner berjaya menggunakan kepantasan dan kedegilannya.

Seterusnya support dari belakang ketika pressing sangat kuat. Leicester langsung tiada jawapan.

Seterusnya, Chelsea lebih baik dalam isu closing down berbanding yang ini.

2. Kualiti hantaran

Kali ini Chelsea berjaya memperbaiki kualiti hantaran. Kurangkan aktiviti hantaran neutral seperti backpasses dan sideway passes yang terlalu banyak.

Bola dihantar ke hapadan dengan secepat yang mungkin. Mason Mount sekali lagi menjadi pemain penting di kedudukan fokal untuk menghantar atau melarikan bola.

3. Lebih fizikal di tengah

Dalam perlawanan final sebelum ini, Ndidi dan Tielemans sangat dominan. Chelsea bergelut dengan permainan fizikal di central area terutama sekali ketika Leicester melakukan man presser ke atas Kante masa tu.

Kali ini Chelsea lebih baik dari segi fizikal. Mereka banyak memenangi bola pertama dan kedua dengan segera. Leicester bergantung kepada hantaran panjang untuk serangan balas direct kepada Vardy. Opsyen itu pun Chelsea matikan.

Namun ada dua lagi masalah yang Chelsea masih ada dalam perlawanan ini dibawa daripada perlawanan sebelum ini atau sepanjang musim ini.

1. Ketumpulan penyerang utama

Dalam kes ini Timo Werner la. Dia no.9 kan? Chelsea memang pasukan yang ramai pemain kreatif. Sayangnya mereka tak ada no.9 yang benar benar berpotensi skor 20 at least, sebaik baiknya 30-40 gol semusim.

Dua gol Chelsea semalam adalah daripada bola mati. Gol pertama dari corner dan gol kedua menerusi penalti.

Cerita dia paling menyayat hati apabila Jojo merupakan penjaring terbanyak mereka dalam EPL. Dan kesemua gol lelaki Brazil berkadpengenalan Itali itu daripada penalti.

Isyarat jelas bahawa Chelsea harus membuat keputusan besar dalam perpindahan akan datang berkaitan no.9.

2. Kesilapan ketika build up dari bawah

Ketika final hari tu, mereka terlepas bola ketika build up dari bawah. Kesannya mereka kena rembat dari luar kotak penalti dan  masuk.

Cerita semalam juga serupa. Mereka terlepas bola ketika build up dan dihukum Iheanacho.

Jadi, ini bukan perkara yang bagus buat Chelsea kerana mereka akan berdepan City di final UCL yang corak permainan mereka memang mendesak lawan mereka melakukan kesilapan tidak bertamadun seperti itu.

Rumusan

Di sebalik improvisasi yang baik dan selayaknya mereka menang. Chelsea masih ada dua masalah yang masih perlu dibuang dalam pasukan mereka.

Itu sahajalah. Nak tengok cerita Koria.

Baca yang lain