3 Kali Chelsea Menjadi Kingmaker Dalam Penentuan Juara EPL

Share on facebook
Share on twitter

Kingmaker biasa dikaitkan dengan politik. Mereka boleh menentukan siapa yang menang, siapa yang kalah.

Namun dalam bola sepak, sesebuah pasukan yang mampu menentukan kejuaraan liga juga dianggap kingmaker. Mereka boleh mengesahkan juara liga lebih awal, merubah kedudukan liga dan meruntuhkan semangat pasukan yang bersaing untuk gelaran liga.

Mari bersama penulis kita singkap kembali bagaimana The Pensioner melakukannya.

1. 2019/2020 โ€“ Chelsea 2-1 Manchester City

Manchester City ketinggalan 22 mata di belakang pendahulu, Liverpool dengan baki 8 perlawanan. Memerlukan kemenangan di Stamford Bridge untuk menghidupkan harapan yang kian pudar untuk memintas Liverpool.

Chelsea pula perlu menang untuk mengukuhkan kedudukan untuk layak ke Liga Juara-Juara musim hadapan. Di tempat ke-4, 2 mata di hadapan Manchester United.

Di akhir perlawanan, Chelsea menang 2-1 hasil jaringan Christian Pulisic dan penalti Willian. Liverpool mengesahkan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) pertama mereka tanpa mengeluarkan peluh.

Bakal menerima Guard of Honour di Etihad pada perlawanan seterusnya menentang City.

2. 2015/2016 โ€“ Chelsea 2-2 Tottenham Hotspurs

Chelsea terumbang ambing di pertengahan liga manakala Spurs di tangga ke-2. Sudah terang lagi jelas The Blues sudah terkeluar dari persaingan kejuaraan liga.

Spurs pula perlu menang untuk terus memberikan saingan kepada pendahulu, Leicester City. Chelsea pula berhasrat untuk menghalang musuh setempat mereka daripada memenangi kejuaraan EPL pertama.

Spurs mendahului The Battle of The Bridgeย 2-0 sebaik tamat separuh masa pertama. Berterima kasih kepada jaringan Harry Kane dan Heung Min Son.

Gary Cahill merapatkan kedudukan hasil sepakan sudut Willian. Eden Hazard yang dihimpit dengan kecederaan menghasilkan gol cantik dari luar kotak penalti untuk mengikat kedudukan 2-2 dan sekaligus menyerahkan kejuaraan liga kepada The Foxes.

3. 2013/2014 โ€“ Liverpool 0-2 Chelsea

Setelah menewaskan Manchester City 3-2 di Anfield, Liverpool dalam momentum terbaik untuk memenangi kejuaraan EPL pertama mereka dalam sejarah.

Chelsea bertandang ke Anfield sekadar untuk mengesahkan tempat ke UCL musim hadapan. Merehatkan beberapa tonggak menjelang perlawanan separuh akhir UCL menentang Atletico Madrid.

Seperti mana semua tahu, Gerrard Slip mengubah segalanya. Demba Ba mudah menewaskan Simon Mignolet untuk gol pertama Chelsea.

Chelsea menambah duka Liverpool apabila Willian menjaringkan gol hasil hantaran Fernando Torres. Boleh je Torres jaringkan gol tu namun atas dasar hormat kepada bekas kelab, beliau membuat hantaran kepada Willian.

Liverpool gagal bangkit dari kekalahan itu apabila seri 3-3 di Selhurst Park ketika menentang Crsytal Palace. Tragedi yang digelar โ€œCrystanbulโ€ itu seterusnya menamatkan sisa-sisa perjuangan mereka.

Rumusan

Bahasa mudahnya, berdoalah agar pencabar pasukan kegemaran anda bertemu Chelsea di penghujung saingan liga. Mereka akan memudahkan perjalanan pasukan anda memenangi trofi liga.

Baca yang lain