3 Pemain Arsenal Ini Improve Gila Sejak Arteta Mengambil Alih

Arsenal kini masih menjadi pasukan yang belum kalah dalam semua kompetisi pada tahun 2020.

Jika bahagian serangan mereka off form, mereka masih boleh mendapatkan keputusan sekurang kurangnya seri. Kerana dalam bola sepak, kau tak boleh skor, jangan bolos.

Ehhh! biar betul pertahanan Arsenal boleh menjadi penentu jika pasukan off form di serangan. Ya boleh!

Sekarang mereka boleh setakat ini. Sebelum ini, skor sampai 3 ataupun 4 mereka masih belum ada jaminan nak menang kerana kerapuhan di barisan pertahanan.

Kini mereka lebih bagus secara berpasukan.

Berikut adalah 3 pemain Arsenal yang sangat improve di bawah Mikel Arteta.

1. Bukayo Saka

Pemain ini memang sudah diberikan peluang oleh Unai Emery sebelum ini. Namun beliau kerapkali tidak konsisten.

Di bawah Mikel Arteta, Bukayo Saka meningkat ke level yang baharu.

Beliau juga kerapkali digunakan sebagai fullback. Badan yang kecik macam tu diarahkan untuk bermain fullback.

Tak siapa sangka Saka berjaya menjadi pemain penting Arteta ketika ini.

Beliau sudah boleh cover 2 posisi utama di atas padang. Sayap serangan dan bek sisi.

Saka kini menjadi pemain yang paling kreatif dalam pasukan Arsenal – dengan rekod assist paling tinggi.

2. Granit Xhaka

Sebelum kedatangan Arteta, pemain ini dalam keadaan yang sangat teruk. Buat hal dengan penyokong Arsenal dengan counter balik kritikan ketika aksi berhadapan Palace.

Paling penyokong marah dengan respon Xhaka yang dianggap tidak menghormati lencana pasukan. Unai Emery juga tidak menyebelahi tindakan Xhaka walaupun faham pemain itu sangat tertekan ketika itu.

Ketika Arteta datang, beliau dilaporkan mempertimbangkan untuk keluar dari Arsenal dan dilihat tiada masa depan lagi.

Namun Arteta mahukan Xhaka kekal. Dan mereka mengadakan pertemuan khas. Arteta kemudian mengumumkan pemain itu akan terus kekal dan menjadi pemain penting untuk Arsenal.

Kesannya, Xhaka menjadi pemain penting sebagai pivot sistem. Beliau bermain dalam satu sistem khas di bawah kendalian Arteta.

Beliau telah memberikan kebebasan kepada pemain seperti Bukayo Saka untuk naik ke atas.

Baca kat sini:

Analisis: Menjelaskan Perubahan Peranan Granit Xhaka Di Bawah Arteta

3. Shkodran Mustafi

Seringkali dianggap error prone oleh penyokong Arsenal. Melihat namanya di dalam teamlist sudah cukup merisaukan peminat.

Namun begitu, beliau berjaya membuktikan kepada penyokong Arsenal beliau masih memiliki sentuhan padu seperti mana yang beliau miliki satu ketika dahulu.

Sentuhan yang membawa beliau ke Arsenal.

Mustafi adalah ball winning center back. Digandingkan dengan David Luiz sebagai ball playing center back.

Ianya penting untuk memastikan Luiz akan lebih kepada playmaker dari bawah apabila perlu, dan lebih ofensif.

Mustafi pula lebih rigid dan defensif dengan berkawal di belakang.

Rumusan

Itulah 3 pemain yang paling meningkat sejak kehadiran Arteta. Mereka bertiga menjadi pemain penting Arsenal, sama ada ketika bermain ataupun ketika di bangku simpanan.

Pastinya peminat Arsenal berharap mereka akan terus konsisten sehingga akhir musim.

Baca yang lain