3 Pemain Perancis Unfollow Enzo Fernandez, Fofana Terbuka Sindir Pemain Itu

Keadaan di bilik persalinan Chelsea ketika ini agak tegang sebelum liga bermula. Di mana 3 pemain Perancis yang berkulit hitam Axel Disasi, Malo Gusto dan Wesley Fofana telah menyahikut / unfollow Enzo Fernandez di Instagram.

Ianya gara gara video yang dimuat naik Enzo Fernandez yang menunjukkan maestro Argentina itu menyanyikan lagu berbaur rasis ke atas pemain Perancis. Walaupun Perancis tidak bermain di Copa America sekalipun.

Argentina dikecam ketika pemain pemain mereka meraikan kejayaan menjadi juara Copa America. Di mana pemain pemain mereka menyanyi: “Mereka bermain di Perancis sedangkan mereka semua dari Angola.”

Ia sindiran kepada pemain pemain Perancis yang ramai berketurunan Afrika. Namun memilih untuk mewakili Perancis.

Chant itu juga seringkali dinyanyikan peminat Argentina dengan menyindir pemain pemain ini ada paspot, keluarga, yang semua berasal dari Afrika.

Oleh sebab itu peminat sudah menjangkakan akan berlaku konflik di kalangan pemain pemain Chelsea. Memandangkan kelab itu ramai pemain dari Perancis.

Akhirnya, semalam juga dilaporkan Axel Disasi, Malo Gusto dan Wesley Fofana telah menyahikut / unfollow Enzo Fernandez di Instagram.

Fofana turut membidas Enzo di media sosial dengan berkata: “Bola Sepak pada 2014: Penuh dengan rasisme.”

Kemudian FFF juga mengecam AFA di atas kelakuan pemain Argentina. FFF mahu mengheret FA Argentina ke mahkamah kerana tindakan rasis serta diskriminasi pemain mereka.

Ada peminat berpendapat bahawa Enzo Fernandez sudah tidak patut bermain untuk Chelsea lagi. Namun ada juga menganggap tindakan Enzo Fernandez itu sekadar banter dan jangan serius sangat.