3 Pemain Terbaik Finland Pernah Dilahirkan Dan Pukki Bakal Menjadi Yang Ke-4

Finland membuat kejutan dalam penampilan pertamanya di kejohanan Piala Eropah. Pasukan dari negara Nordik (eropah utara) ini menewaskan Denmark, juga dari Nordik.

Pada perlawanan ‘mendebarkan’  itu, Christian Eriksen mengejutkan para peminat dengan insiden dia tiba-tiba tidak sedarkan diri, Finland menang melalui jaringan tunggal Joel Pohjanpalo.

Denmark mempunyai peluang menyamai kedudukan namun Pierre Emile Hjobjerg gagal menyempurnakan sepakan penalti. Finland merekod kemenangan pada debut pertamanya.

Finland bukanlah sebuah negara besar bola sepak eropah atau dunia. Pasukan ini tidak pernah muncul dalam kejohanan major seperti Piala Eropah dan Piala Dunia.

Namun Finland pernah melahirkan beberapa pemain yang bermain dengan kelab utama eropah. Malah pemain ini pernah menang Liga Juara Eropah dengan kelab tersebut.

JARI LITMANEN

Litmanen merupakan pemain bola terbaik sepanjang masa Finland, malah namanya terkenal di eropah apabila menyertai beberapa kelab gergasi.

Penyerang ini mempunyai karier cemerlang di Ajax Amsterdam, Barcelona dan Liverpool. Dia juga mempunyai koleksi 23 gol di Liga Juara Eropah.

Litmanen bersara pada tahun 2012 ketika bermain bersama kelab tempatan, HJK Helsinki.

Sepanjang pengembaraannya bersama kelab utama eropah Litmanen menang 5 kali Eredivisie dan 1 kali Champions League, kesemuanya ketika bersama Ajax.

Pada tahun 2013 ketika Teemu Pukki mahu menyertai Celtic dari Schalke 04, Litmanen melontarkan pandangannya. Litmanen berkata Scottish League tidak sesuai Pukki.

Walaupun Celtic merupakan pasukan besar dalam liga tersebut, Pukki perlu menentang blok pertahanan rendah pihak lawan setiap mingggu.

Menurut Litmanen, Pukki tidak mempunyai fizikal dan bukan jenis ‘bergusti’ dengan pertahanan lawan.

Pukki tidak akan dapat mengintai ruang dibelakang pemain pertahanan lawan.

Pukki hanya kekal semusim sebelum dipinjamkan ke kelab Denmark, Brondby. Pukki kemudian berpindah secara kekal disana.

Pukki kembali ke England menyertai Norwich City. Pada permulaannya peminat di sana agak ragu-ragu dengan dengan kemampuannya. Pukki membuktikan mereka salah

SAMI HYYPIA

Pertahanan yang mempunyai ketinggian 193cm ini cukup dikenali kerana begitu lama bersama Liverpool. Liverpool merupakan antara kelab paling popular di dunia.

Hyypia henyertai kelab itu pada tahun 1999 dan meraih kejuaraan berganda 2 tahun selepas itu. FA Cup dan UEFA Cup.

Pada musim 2004-05, dia menang Champions League  bersama Liverpool yang melakukan keajaiban di Turki. Hyppia menamatkan karier bersama Bayern Leverkusen pada tahun 2011.

Bercakap pada 2019, Hyppia mengatakan dia sentiasa merasa gugup sebelum perlawanan. Namun menganggap ia perkara baik dan banyak membantu dirinya menjadi lebih baik.

“Saya rasa apabila anda terlalu gementar ia akan membuatkan anda tersangkut dan tidak dapat mengeluarkan kemampuan sebenar anda.

“Saya rasa tekanan itu baik dibantu dengan latihan dan persiapan yang cukup, maka anda dapat mengurangkan tekanan dan mengatasi masalah itu.”

“Saya rasa itulah kuncinnya. Apabila anda menikmati permainan anda akan bermain dengan baik.”

JUSSI JAASKELAINEN

Tidak diragui Jääskeläinen merupakan penjaga gol terbaik pernah dimiliki Finland. Jääskeläinen menghabiskan majoriti kariernya di England. Bolton Wanderers, West Ham dan Wigan merupakan kelab yang disertai dalam 20 tahun kariernya disana.

Jumlah penampilan paling signifikan Jääskeläinen ketika dia bersama Bolton Wanderers. Jääskeläinen tampil bermain sebanyak 474 kali sebelum berpindah ke West Ham dan kemudiannya Wigan.

Jääskeläinen menamatkan kariernya di India bersama ATK yang berpengkalan di Kolkata, bermain di Liga Super India (ISL).

Bercakap kepada The Guardian pada tahun 2009 mengenai kehidupannya di Bolton,

“Perkara utama, saya dan keluarga gembira dengan kehidupan disini. Ketiga-tiga anak lelaki saya lahir dan dibesarkan di Bolton.

“Perkara lain adalah bola sepak, prestasi kami turun dan naik tetapi kemudiannya kami stabil di liga perdana bahkan layak ke pertandingan kelab eropah.

“Sentiasa ada cabaran baru. Dua musim sebelumnya kami berjuang di zon penyingkiran, musim lalu kami berada di tangga ke-13.

PENUTUP

Pemain ini merupakan 3 pemain yang paling berjaya pernah dilahirkan oleh Finland. Melihat kepada perjalanan karier Teemu Pukki, dia bakal mengikut jejak Litmanen, Hyppia dan Jääskeläinen.

Dari sudut kejayaan bersama pasukan negara, Pukki mempunyai pencapaian lebih tinggi dari ketiga-tiga pemain ini.

Pukki bersama Finland mara ke pusingan akhir Piala Eropah 2020 dan menang pada debut negara itu di kejohanan tersebut.

Baca yang lain