Di Belgium ada tiga penjaga gol meminta rawatan kecederaan tiba tiba pada waktu yang sama do tiga stadium yang berbeza.
Ianya bukan satu kebetulan tetapi satu taktik ketiga tiga mereka berlakon cedera untuk membolehkan rakan rakan mereka yang berkuasa agar dapat berbuka puasa ketika mereka menerima rawatan.
Perlawanan bola sepak tersebut terpaksa dihentikan seketika kerana penjaga gol meminta rawatan kecederaan.
Ketika perlawanan berlangsung pada minit ke-20 ketiga tiga penjaga gol itu setuju untuk menunjukkan solidariti mereka kepada rakan rakan beragama Islam.
Lebih menarik ianya berlaku dalam 3 daripada 4 perlawanan liga yang dilangsungkan pada sepak mula yang sama.
Di mana penjaga gol dalam aksi antara KAA Gent vs Cherleroi, iaitu Herve Koffi – kemudian kemudian Tobe Leysen dalam aksi antara OH Leuven vs Mechelen , serta Maarten Vandevoordt dalam aksi antara Westerlo vs Racing Genk.
Gelombang kecederaan yang melanda 3 penjaga gol itu adalah taktik bijak dilakukan mereka.
Tidak seperti EPL, Eredivisie Belanda dan Bundesliga yang sudah mengumumkan bahawa pengadil boleh menghentikan seketika perlawanan untuk memberikan laluan kepada pemain beragama Islam berbuka puasa, di Belgium tiada peraturan sebegitu diberikan.
Oleh itu pemain pemain terpaksa mengambil tindakan sendiri untuk memberikan peluang kepada rakan rakan yang berlainan agama melaksanakan tanggungjawab mereka.
Kerana mereka tahu, ramai pemain beragama Islam di liga Belgium pada ketika ini yang berpuasa.
Hanya pemain pemain yang dalam kondisi kecergasan tertentu sahaja terpaksa untuk tidak berpuasa pada hari perlawanan.
Kelab kelab di Belgium rata rata tidak melarang pemain mereka berpuasa. Dengan sains sukan pada hari ini banyak membantu pakar pemakanan menyediakan panduan diet sesuai kepada pemain yang berpuasa.
Semalam waktu berbuka puasa di Belgium adalah 6.51 petang. Dengan tindakan 3 penjaga gol tersebut, ianya membolehkan ramai pemain beragama Islam berbuka puasa ringkas di tepi padang, dengan kurma dan meneguk air setelah berpuasa sepanjang hari.
Vandevoordt tergelak kecil ketiga wartawan mengesyakinya memang sengaja melakukan taktik itu demi rakan rakannya bukan?
Dia berkata: “Ya buku lali saya tiba tiba sakit masa itu. Haha, tidaklah. Macam ni, saya melakukannya demi kawan kawan yang berpuasa pada ramadan. Dengan ini mereka boleh menjamah makanan dengan segera.
Lebih menarik kerana Davy Roef, penjaga gol KAA Gent sebenarnya sudah merancang untuk berpura pura cedera ketika waktu berbuka puasa. Namun penjaga gol lawan, Herve Koffi lebih pantas bertindak daripadanya. Dan dia menyimpan sahaja lakonannya untuk perlawanan lain mungkin?
Roef berkata: “Saya dah setuju untuk buat begitu minit ke-25 macam tu. Dan kemudian saya lihat Koffi dah terbaring lebih awal di atas padang.”
Ramai peminat bola sepak menghargai usaha mereka dan menyatakan bahawa itulah keindahan bola sepak.