Sebelum kita melihat siapa penyerang terbaik Chelsea dalam saingan Liga Perdana Inggeris, mari kita lihat sedikit kronologi ini untuk dijadikan sebagai sandaran.
Robert Fleck, Mick Harford, Mark Stein, Paul Furlog dan Neil Shipperley. Ini adalah nama-nama awal penyerang Chelsea sejak EPL dijenamakan semula.
Pada ketika itu Chelsea cuma pasukan pertengahan. Hanya Mark Stein yang merekod lebih dari 10 jaringan semusim dalam tempoh 4 musim sekitar 1992-1996.
Neil Shipperley datang dari produk akademi kelab yang dipromosi ke skuad utama, merekod 37 penampilan dan 7 jaringan sebelum berpindah ke Southampton.
Orang Itali dan kerja Italinya
Walaupun Ruud Gullit orang Belanda tetapi 8 musim di Seria A, memberi kelebihan kepadanya membawa masuk beberapa penyerang Itali ke Chelsea.
Chelsea melantiknya sebagai pengurus/pemain pada musim 1996. Gianlucca Vialli dan Gianfranco Zola terus menyertai kelab dari London itu pada musim tersebut juga.
Sehingga kini, Zola menjadi penyerang paling banyak mempunyai musim sebagai pemain utama (7 musim), lebih baik berbanding Didier Drogba.
Bekas penyerang Sampdoria ini, secara purata bermain hampir 29 perlawanan semusim dalam tempoh tersebut.
Sebelum Zola dan Vialli, pembelian Mark Hughes berjaya mengangkat pasukan ini menjadi pasukan top 6 Liga Perdana Inggeris.
Ini titik permulaan Chelsea kembali menjadi pasukan kuat di liga paling glamour di dunia.
Gullit membantu Chelsea meraih Piala FA yang mana kali terakhir dimenangi oleh kelab itu pada 1971.
Vialli menggantikan Gullit pada Februari 1998, Chelsea semakin mendapat perhatian dan merekod beberapa kejayaan major.
Memenangi Piala Liga, Piala FA, Cup Winners Cup, Piala Super Eropah dan mula mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris pada musim 1998/1999, dimana Perluigi Casiraghi berada di kelab ini.
Giliran Ranieri melengkapkan kerja Itali di Chelsea, menggantikan Vialli pada September 2000.
Hampir 4 musim era Ranieri, pengurus ini tidak membeli ramai penyerang. Meneruskan skuad dengan penyerang Zola, tetapi Ranieri berjaya membawa masuk 1 penyerang dan menjadi salah satu yang terbaik di kelab iaitu Jimmy Floyd Hasselbaink.
Hanya Hasselbaink yang mencatat lebih 20 gol liga selama 2 musim berturut-turut. 23 jaringan pada musim 2000/01 dan 2001/02.
Musim ke-4 Hasselbaink di Chelsea, kelab mencatat kedudukan terbaik Liga -Naib Juara 2003/04-. Hasselbaink bersama Andrian Mutu menjadi penyerang utama Chelsea pada musim tersebut.
Chelsea menjadi kelab kaya
Kejayaan Gullit dan beberapa orang Itali meningkatkan populariti dan pencapaian kelab membawa minat kepada Roman Abramovich.
Bates menjual Chelsea dengan harga £140 juta, dan Abramovich membelanjakan lebih £100 juta bagi membawa masuk pemain baharu.
Hernan Crespo, Didier Drogba, Mateja Kezman dan Mutu menjadi kumpulan penyerang pertama di bawah Chelsea yang kaya.
Crespo dan Drogba menjadi penyerang pertama dari senarai diatas menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2005/06.
Kedua-dua penyerang ini tampil sebanyak 29-30 perlawanan liga, Crespo menyumbang 10 jaringan dan Drogba dengan 12 jaringan.
Bagaimanapun Crespo hanya berada semusim disana dan digantikan dengan penyerang terkenal Andriy Schevcenko.
Schevcenko muncul penyerang bintang pertama gagal di kelab kaya ini. Hanya mengumpul 9 jaringan sepanjang 2 musim, 47 penampilan.
Cladio Pizzaro juga tidak menepati jangkaan ketika Drogba dan Nicholas Anelka berjaya menjadi tunjang serangan pasukan.
7 musim pertama di bawah Ibramovic, 4 nama pengurus besar dibawa masuk iaitu Jose Mourinho, Luiz Fillipe Scolari, Gus Hiddink dan Carlo Ancelotti.
Namun kelab ini sudah ditingkatkan oleh Gullit, Vialli dan Ranieri sebelum disempurnakan oleh 4 pengurus tersebut.
Dari senarai penyerang Mark Hughes menjadi perintis penyerang bernama besar menyertai kelab Chelsea yang sederhana pada ketika itu.
Zola membawa peningkatan kepada pasukan dan Hasselbaink meletakkan pasukan menjadi pencabar sebelum Crespo dan Drogba menjuarainya.
Hanya Costa yang tajam
Selepas itu kita hanya melihat Diego Costa menjadi penyerang yang boleh menjadi pencetak utama pasukan. Fernando Torres mempunyai banyak musim yang suram.
Sejak 10 musim lepas tiada penyerang yang mampu mencetak lebih 20 gol liga kecuali Costa melakukannya pada musim 2014/15 dan 2016/17.
Antara penyerang bernama besar yang berada dalam skuad pada ketika itu adalah Torres, Samuel Eto’o, Radamel Falcao, Alexander Pato, Alvaro Morata dan Oliver Giroud.
Tidak lupa juga kepada nama Loic Remy.
Tammy Abraham melepasi jangkaan
Sehingga semalam Abraham telah menjaringkan 11 gol liga. 9 jaringan lagi bakal menjadikan beliau sebagai penjaring terbaik selepas Costa dalam tempoh 10 musim Chelsea.
Ia bukan satu catatan biasa jika Abraham berjaya lakukan. 9 penyerang sebelum ini gagal lakukan dan 9 penyerang itu mempunyai nama dan reputasi lebih besar dari Abraham.
Siapa penyerang terbaik Chelsea sejak 1992
Kami merumuskan Mark Hughes sebagai perintis nama besar yang menyertai Chelsea yang sederhana. Gianfranco Zola dan Gianluca Viali mengangkat Chelsea menjadi lebih dikenali.
Seterusnya Jimmy Floyd Hasselbaink membantu Chelsea meraih kedudukan tertinggi sebelum kelab menjadi kaya. Malahan pemain ini menjadi pemain tunggal menjaringkan 20 gol dalam 2 musim berturut-turut.
Didier Drogba dibantu oleh Hernan Crespo menjuarai gelaran liga pertama era moden dan Diego Costa sebagai pencetak 20 gol semusim kelab London ini.
- Gianfranco Zola
- Jimmy Floyd Hasselbaink
- Didier Drogba
Adakah Tammy Abraham akan berada dalam senarai tersebut satu hari nanti?
Peluang Abraham hadir kerana kelab tidak mempunyai pilihan kerana digantung dari membeli pemain. Abraham perlu buktikan sebelum kelab kembali dibenarkan membeli pemain.
*Penilaian kami hanya fokus kepada pemain yang lebih banyak bertindak sebagai penyerang tengah, nama seperti Eden Hazard dan sebagainya tidak termasuk.
Penilaian penyerang ini hanya melibatkan pertandingan liga.