Sejak mula dijenamakan semula pada tahun 1992, Premier League telah meletakkan diri mereka sebagai liga yang paling berjaya dari sudut nilai dan komersial di dunia. Pengaruh Premier League telah meninggalkan jauh liga-liga utama Eropah yang lain seperti LaLiga, Bundesliga, Serie A, dan Ligue 1.
TV deals for Europe's top 5 leagues for 2022/23 season in today's Gazetta Dello Sport. For the first time, Premier League's overseas TV deal outstrips its domestic deal (which remains double that of its competitors). The best current explainer for football's financial imbalance. pic.twitter.com/Xz4Di6FGPV
— Colin Millar (@Millar_Colin) July 28, 2022
Namun begitu, sebelum mengalami proses revolusi pada tahun 1992, imej liga bola sepak Inggeris menjunam ke tahap terendah pada era 1980an. Hooligans berada di kemuncak, nama-nama besar tidak berminat untuk ke England, dan yang paling teruk sudah tentu beberapa insiden keganasan dan kecelakaan yang melibatkan latar bola sepak mereka.
Masalah ini turut memberi kesan kepada kerajaan British ketika itu, dengan Margaret Thatcher dan Parti Konservatif bertindak untuk campur tangan dalam urusan bola sepak.
Sebelum kelab-kelab mula bermotivasi untuk menubuhkan Premier League dengan alasan jumlah perjanjian hak penyiaran yang tidak menguntungkan, ada tiga sebab yang terlebih dahulu membuka peluang kepada penubuhan itu.
1. Tragedi Heysel 1985
Liverpool merupakan kuasa bola sepak di England dan Eropah pada dekad 1970an dan 1980an. Pada musim 1984/85, Liverpool bakal bertemu dengan Juventus di Stadium Heysel. Sebelum perlawanan, sudah ada perselisihan di antara penyokong kedua-dua pasukan.
Di stadium, kedua-dua penyokong hanya dipisahkan dengan pagar berantai dan satu lapis skuad polis Belgium.
Penyokong Liverpool memulakan kekecohan dengan membaling suar, batu, dan serpihan konkrit. Mereka juga meruntuhkan penghadang dan masuk memenuhi ruang penyokong Juventus. Kelimpahan penyokong membuatkan ada yang mula masuk ke dalam padang.
Kekecohan yang berlaku telah menyebabkan runtuhnya sebahagian teres penyokong di sektor Juventus. Ini menimbulkan panik di antara mereka. Secara keseluruhan 39 orang penyokong dari Itali dan Belgium terbunuh manakala ratusan lagi cedera.
Penyokong Liverpool telah menerima kecaman dari berbagai pihak. 26 orang penyokong mereka telah dihadap ke pihak berkuasa atas kesalahan memulakan rusuhan.
Remembering Heysel, 37 years ago today. https://t.co/7XJYJsTswW pic.twitter.com/ON7b7yjeID
— JuventusFC (@juventusfcen) May 29, 2022
Walaupun insiden tersebut tidak berlaku di England, namun permasalahan yang berlaku adalah realiti sebenar kepada bola sepak Inggeris ketika itu. Kerajaan memandang serius perkara ini dan menggesa FA England dan Football League untuk lebih cakna.
Pada tahun 1985, sidang parlimen mengundi untuk meluluskan peraturan yang melibatkan penyokong, ‘The Sporting Events Act 1985’, yang mengehadkan penjualan dan penggunaan minuman beralkohol di dalam stadium.
2. Isu hooliganism dalam bola sepak Inggeris
Hooliganism mula berakar di dalam kalangan penyokong bola sepak Inggeris pada era 1950-60an. Pada era 1980an, budaya ini mula menjadi tidak terkawal. Pergaduhan berlaku di dalam dan luar stadium, tikam menikam, serangan berkumpulan, dan ada juga rusuhan di tempat awam.
English fans in Amsterdam last week #awaydays #ultras #ultrastifo #hollandengland #england #casuals #amsterdam #hooligans pic.twitter.com/qWZmmmgUNs
— Ultras-Tifo (@UltrasTifo) March 26, 2018
Perdana Menteri Britain ketika itu, Margaret Thatcher siap membentuk komiti bagi menghalang kebangkitan budaya hooligans di sana.
Rusuhan di London, membabitkan perlawanan di antara Luton Town dan Millwall menguatkan lagi keputusan kerajaan membendung masalah sosial ini.
Sebelum itu, hooligans dari kelompok penyokong kelab bola sepak Inggeris tidaklah diambil tindakan yang tegas sangat sehinggalah berlakunya insiden di Heysel.
UEFA melihat ini merupakan bencana besar lantas melarang pasukan-pasukan Inggeris untuk beraksi di pertandingan Eropah selama 5 tahun.
A passage from an article by Brian Glanville on Italians' reactions to Everton's ban from Europe following the Heysel disaster in 1985. #EFC pic.twitter.com/R5XUhHcwaF
— EFC Statto (@EFC_Statto) March 10, 2020
Pelarangan ini memberi impak kepada pasukan Inggeris menjadikan mereka hilang peluang untuk bersaing dalam medan yang lebih tinggi.
Ia tidak sekadar terkena kepada pasukan Liverpool dengan beberapa pasukan yang terkesan dan dinafikan hak untuk beraksi di Eropah ketika itu termasuklah Arsenal, Everton, Manchester United, Tottenham Hotspur dan lain-lain.
3. Tragedi Hillsborough 1989
Tragedi Hillsborough pada tahun 1989 menjadi salah satu punca lagi kepada perubahan bola sepak Inggeris. Ia berlaku semasa perlawanan separuh akhir Piala FA di antara Liverpool dan Nottingham Forest. Stadium Hillsborough yang juga merupakan stadium pasukan Sheffield Wednesday menjadi medan pertemuan di antara kedua-dua pasukan ini.
3000 pentokong Liverpool telah memenuhi ruang berdiri yang sepatutnya hanya mampu memuatkan seramai 1600 orang.
Polis Yorkshire Selatan dan penjaga gol Liverpool iaitu Bruce Grobbelaar melihat sendiri bagaimana penyokong menjerit di tepi pagar tersepit meminta tolong.
Ramai penyokong meninggal dunia disebabkan asphyxia (kekurangan oksigen). Pihak polis tidak banyak membantu dan melarang penyokong untuk masuk ke kawasan padang walaupun situasi di teres sudah di tahap kritikal.
Di akhirnya, benteng hadapan yang menjadi pemisah akhirnya runtuh dan penyokong mula melimpahi ruang padang, dengan beberapa dari mereka mengalami kecederaan.
Pihak polis dilihat lebih cenderung untuk mengosongkan ruang padang dan menghalang penyokong Liverpool dari mendekati penyokong Nottingham Forest.
Remembering all those who lost their lives on the 33rd anniversary of The Hillsborough tragedy.
Thoughts, love and prayers to their families, friends and everybody affected by that tragic day in 1989. They shall never walk alone.#YoullNeverWalkAlone #Hillsborough #allontheboard pic.twitter.com/hkZ48SdU12— All On The Board (@allontheboard) April 15, 2022
Dalam tragedi itu, 97 penyokong Liverpool meninggal dunia, menjurus kepada siasatan oleh pihak autoriti. Seluruh komuniti bola sepak berkabung dan mengutuk kegagalan pihak polis Yorkshire Selatan dalam mengendali situasi.
Satu lagi rang berkaitan keselamatan telah diluluskan parlimen susulan Laporan Taylor iaitu Football Spectators Act 1989 telah memperkenalkan beberapa peraturan dan sekatan baru dalam bola sepak.
Keganasan dan salah laku ketika perlawanan bola sepak diletakkan di bawah salah laku jenayah yang boleh membawa kepada larangan dan penjara. Standard keselematan juga dipertingkatkan dengan tiada lagi tempat duduk berdiri.
Kesan daripada isu dan insiden.
Peraturan dan undang-undang baru ini disambut baik oleh kelab yang kaya seperti Manchester United dan Arsenal. Martin Edwards (Manchester United) dan David Dein (Arsenal) mahukan kelab mereka lebih ke arah bisnes dan korporat.
Untuk meningkatkan lagi jenama kelab, mereka perlu mencipta satu ruang yang selamat dan stadium yang lebih aman untuk menarik jumlah penonton yang tinggi.
Stadium dengan kapasiti tempat duduk yang penuh memerlukan kos yang tinggi dan kebanyakan kelab bawahan tidak mampu untuk menanggung dari sudut kewangan. Pasukan liga bawahan berkempen untuk memberi ruang pasukan ubah suai stadium dengan bajet yang sedia ada dahulu. Kerajaan Britain kemudian bersetuju untuk menawarkan subsidi.
Faktor-faktor yang membawa kepada peningkatan kewangan kelab telah menyebabkan kelab-kelab berpengaruh untuk mencabar keputusan FA England dan Football League.
Walaupun perjanjian hak penyiaran masih belum melonjak pada akhir 1980an, kelab mula melebarkan pengaruh dalam permainan dan mula meningkatkan pendapatan dengan kutipan tiket. Ini menjadi motivasi untuk mereka mula bergerak tanpa pengaruh badan Football League yang menaungi sejak tahun 1888 lagi.
Rujukan:
Colin Damms (2021). “Different Class: The Creation of the Premier League and the Commercialization of English, Master’s Theses, University of Southern Mississippi.