Gol paling pantas di Liga Super 2020 – Dominique da Sylva
Selepas perlawanan ke-2, Liga Super telah melangsungkan 12 perlawanan. Dalam tempoh itu sebanyak 37 jaringan telah dihasilkan. 12 jaringan pada LS1 dan meningkat lebih 2 kali ganda pada LS2 dengan 25 jaringan.
6 jaringan berlaku diantara minit ke-11 hingga minit ke-20. Terdapat 3 jaringan berlaku dalam tempoh kurang 10 minit pemain dimulakan.
Jaringan Dominique Sylva (minit ke-2) merupakan jaringan terpantas setakat ini, diikuti oleh jaringan Diogo (minit ke-9) dan Shahrel Fikri (minit ke-10)
- Dominique Sylva/Terengganu (minit ke-2)
- Diogo/JDT (minit ke-9)
- Shahrel Fikri/Perak (minit ke-10)
- Demba Camara/Pahang (minit ke-12)
- Rodoljob Paunovic/Sabah (minit ke-12)
- Dickson Nwakaeme/Pahang (minit ke-16)
- Uche Agba/Melaka United (minit ke-18)
- Sanjar Shaakmedov/Terengganu (minit ke-19)
- Ivan Carlos/Pahang (minit ke-20)
Kesemua 7 jaringan terpantas diatas berlaku di LS2. Nampaknya pasukan di Liga Super semakin cepat menjaringkan gol.
Pemain paling banyak menjaringkan gol dalam 1 perlawanan – Dominique da Sylva
Hanya 2 pemain sahaja yang berjaya menjaringkan lebih dari 1 gol selepas LS2. Guilherme de Paula menjadi pemain tunggal melakukannya pada LS1 ketika menentang Terengganu di Gong Badak.
Perak menang dalam perlawanan tersebut dengan keputusan 3-1 hasil dari 2 jaringan Guilherme dan Shahrul Saad.
Pada LS2 juga hanya 1 pemain juga yang berjaya menjaringkan lebih dari 1 gol, Dominique da Sylva.
Da Sylva bukan hanya menjaringkan 2 gol, tetapi penyerang Terengganu ini menjaringkan 4 gol ketika menumbangkan Kedah 4-3 di Darul Aman.
- Dominique da Sylva/Terengganu (4 gol)
- Guilherme de Paula/Perak (2 Gol)
Perlawanan yang menghasilkan gol paling banyak – Kedah lawan Terengganu
LS2 melihat kesemua 12 pasukan berjaya menjaringkan gol. Hanya 1 perlawanan yang berakhir dengan jumlah jaringan 2 gol. Berbanding LS1 yang menyaksikan 4 perlawanan berakhir dengan kurang dari 3 gol, 1 darinya tanpa jaringan (PDRM lawan Sabah)
2 kali perlawanan melibatkan Terengganu, keputusan berakhir dengan banyak jaringan. Pada LS1 perlawanan melibatkan Terengganu-Perak menjadi perlawanan yang paling banyak menghasilkan gol (4 jaringan).
Di LS2 sekali lagi pasukan ini melakukannya dengan 7 jaringan.
- Kedah lawan Terengganu (7 jaringan)
- Pahang lawan Petaling Jaya City (5 jaringan)
- Terengganu lawan Perak (4 jaringan)
- Melaka United lawan PDRM (4 jaringan)
- Sabah lawan Felda (4 jaringan)
- Pahang lawan Selangor (3 jaringan)
- JDT lawan UiTM (3 jaringan)
3 perkara diatas merupakan statistik dalam 12 perlawanan Liga Super setakat ini. Pencapaian terbaik berlaku dalam 1 perlawanan semalam melibatkan Kedah lawan Terengganu.
Apa lagi perkara menarik yang berlaku dalam perlawanan tersebut.
Rahadiazli Rahalim cedera
Nama penjaga gol muda Terengganu ini mula meniti di bibir peminat selepas melakukan aksi menyelamat yang baik ketika pasukannya tewas kepada Perak pada minggu lepas.
Pada perlawanan semalam, penjaga gol yang berusia 19 tahun ini bolos 3 gol lagi, mungkin yang tertinggi selepas Sharbinee Allawee namun aksinya mencuri tumpuan.
Pelanggarannya dengan Babacar Diallo pada minit ke-78, memaksa pemain ini dikeluarkan. Dalam satu laporan yang dikeluarkan pada hari ini, beliau mengalami koyakan tisu dan perlu direhatkan sekurang-kurangnya 3 minggi.
Namun ujian x-ray akan dilakukan bagi melihat adakah beliau mengalami kecederaan lain.
Ketika beliau dikeluarkan, Terengganu sedang ketinggalan 2-3 dan akhirnya berjaya keluar sebagai pemenang dengan keputusan 4-3.
Bukan malam Farhan Roslan
Ketika Nafuzi Zain sudah menggunakan kesemua 3 pemain simpanannya, Aidil Sahrin hanya melakukannya 2 pertukaran pemain selepas 80 minit permainan.
Nafuzi menggunakan 1 pemain simpanan bagi menggantikan penjaga gol yang cedera, membawa masuk Azanilullah Alias selepas Nasir Basharuddin kurang memberi impak mempertahankan barisan pertahanan.
1 lagi pertukaran dilakukan dengan memasukkan Saarvindran Devandran bagi menggantikan Faiz Nasir.
Pertukaran tersebut memberi kesan apabila Saarvindran lebih pantas menghantar bola kepada Sylva dan Azanilullah boleh ditinggalkan oleh Lee Tuck berseorangan bagi mencipta gerakan Terengganu.
Namun kisah sebaliknya berlaku kepada Farhan Roslan.
Kesilapan awalnya hilang bola menghasilkan gol penyamaan Terengganu dan jaringan kemenangan Terengganu terhasil dari bola yang terbias terkena badannya.
2 kali comeback
Ketika Terengganu mendapat gol pendahuluan seawal minit ke-2, Kedah memberi respon yang agak baik.
2 gol pantas dalam tempoh 3 minit dari Renan Alves dan Kpah Sherman meletakkan Kedah kembali di hadapan. Thcethce Kipre menyempitkan peluang Terengganu dengan jaringan ke-3 Kedah.
Namun bukan Terengganu membalas dengan 1 lagi comeback 3 jaringan.
Da Sylva merapatkan jurang segera selepas jaringan Kipre dan selepas itu sekali lagi gol pantas berlaku (2-3). Kali ini giliran Terengganu pula lakukan melalui Da Sylva dengan 2 gol dalam tempoh 3 mnit untuk meletakkan Terengganu pulang dengan 3 mata (4-3).
Rumusan
Agak tidak keterlaluan untuk katakan, sepanjang 12 perlawanan pertama Liga Super, ini merupakan perlawanan terbaik.
Kedua-dua pasukan turun dengan tekad tidak mahu pasukan masing-masing tewas buat kali ke-2. Menghasilkan perlawanan yang sangat menyerang dan akhirnya 7 gol terhasil.
Kredit Foto: Arena Hijau Kuning