3 Syarat Messi Untuk Kembali Ke Barca, Termasuk Mahu ‘BFF’ Dia Kekal

Lionel Messi bersedia untuk kembali ke Barcelona dengan syarat 3 permintaannya dimakbulkan.

Barcelona dilaporkan bersedia untuk membawaw pulang Lionel Messi dari Paris Saint-Germain.

Messi juga dilaporkan bersedia untuk kembali ke Barcelona.

Dalam laporan Sportskeeda, La Pulga dilaporkan bersedia untuk kembali ke Barca pada musim panas 2023.

Namun, Messi mahu pulang sekiranya 3 permintaan yang dikemukakannya ditunaikan oleh Barcelona.

Pertama, dia bersedia untuk kembali ke Barcelona dan dibayar gaji minimum, dan menerima pakej bonus seperti dicadangkan Barcelona. Melibatkan bonus kutipan hari perlawanan dan juga penjualan cendera mata.

Kedua, La Pulga meminta Barcelona mengekalkan bek kiri mereka, Jordi Alba.

Ketiga, Messi juga meminta Barcelona untuk menghalang Sergio Busqutes daripada meninggalkan kelab itu.

Busquets sebelum ini dilaporkan sudah sedia untuk meninggalkan Barca. Namun Messi meminta kelab itu memujuk dua pemain itu kekal.

Kerana mereka bertiga boleh memainkan peranan sebagai tunjang kepada pembangunan bakat baharu di Barca dan projek baharu kelab.

Jika 3 syarat ini dipenuhi, maka Messi dilaporkan sudah bersedia untuk kembali ke Barcelona dan mendengar solusi terbaik dalam pakej yang boleh meringankan beban kelab.

Jika Messi benar-benar kembali ke Barcelona, ​​​​maka ia akan menjadi kisah dongeng yang indah untuk kapten pasukan kebangsaan Argentina.

Kerana, Barcelona adalah kelab yang mendampingi Messi sehingga dia mempunyai peranan istimewa.

Bersama Barca, La Pulga memenangi banyak gelaran, secara kolektif dan individu.

Dari segi gelaran kolektif, Lionel Messi telah memenangi 10 trofi Liga Sepanyol, 7 Copa del Rey dan 4 Liga Juara-Juara.

Sementara itu, dari segi gelaran individu, La Pulga memenangi 6 trofi Ballon d’Or ketika berjersi Barca.