3 Tahun Lalu Renato Berkata: “Uruskan Pasukan Kaya [Flamengo], Aku Pun Boleh Catat Gol Besar”

Renato Gaucho memulakan kempennya dengan Flamengo dengan sangat cemerlang. Pengurus tersebut dilihat menghasilkan magis luar biasa dengan taktikal dan set pemain yang beliau ada.

Flamengo kini bermain dengan baik dan mereka memenangi beberapa perlawanan dengan gol yang besar.

Sebenarnya, beberapa tahun lalu, Renato Gaucho pernah membuat kenyataan kontroversi tentang Flamengo.

Ketika itu, beliau menjadi pengurus Gremio dan dibelasah Flamengo 5-1. Flamengo pada masa itu dibimbing oleh Jorge Jesus.

Renato tidak mahu memberikan banyak kredit kepada Jorge Jesus kerana menurutnya, dia pun boleh mencipta gol sebesar itu berdepan dengan pasukan seperti Gremio jika dia berada di tempat Jorge Jesus yang menguruskan kelab kaya.

Selepas tamat perlawanan, Renato berkata: “Dengan adanya wang $200 juta, semua tugasan kamu akan menjadi mudah. Sesiapa sahaja boleh melakukannya [apa yang Jorge Jesus lakukan bersama Flamengo].”

Renato dipecat oleh Gremio. Dan musim ini beliau dilantik menjadi pengurus Flamengo. Bekas kelab yang pernah diwakilinya sebagai pemain.

Flamengo dianggap PSG di Brazil. Mereka kelab paling kaya dan berpengaruh di Brazil ketika ini.

Malah ramai menganggap pasukan tersebut sebagai anak ikan presiden Brazil, Jair Bolsonaro. Oleh sebab itu, beberapa salah laku Flamengo termasuk ketika SOP pandemik. kelab itu seringkali bebas daripada hukuman.

Flamengo baru baru ini mengumumkan kedatangan bintang David Luis ke dalam pasukan mereka.

Kenyataan Renato Gaucho 3 tahun lalu kembali menjadi topik peminat di Brazil.

Dan hari ini beliau benar benar tidak berdepan masalah untuk membentuk pasukan yang free scoring ataupun skor gol banyak ke atas lawan.

Ini adalah rekod 15 perlawanan pertama Renato Gaucho sebagai pengurus Flamengo setakat ini. Walaupun menelan kekalahan besar di tangan Internacional, Flamengo tetap mencatatkan skor besar dengan 4, 5 atau6 gol dalam satu perlawanan — dalam beberapa perlawanan.

Enam perlawanan pertama beliau bersama Flamengo menyaksikan dia mencatatkan purata 4 gol per perlawanan.

Namun gol yang banyak masih bukan jaminan kepada kejuaraan liga. Bak kata Sir Alex Ferguson: “Serangan memberikan kamu gol, pertahanan memberikan kamu piala.”

Flamengo ketika ini masih duduk di belakang Palmeiras dan Atletico Mineiro dalam carta liga. Namun masih ada dua perlawanan dalam tangan.

Baca juga: 19 Kelab Brazil Mahu Buat Liga Sendiri Tak Nak Ajak Flamengo

Di Brazil sebanyak 19 pasukan telah melancarkan kempen menentang Flamengo. Mereka membawa kes itu ke STJD (Superior Court of Sports Justice).

19 pasukan tersebut membincangkan idea mahu mewujudkan liga tanpa pasukan gergasi Brazil, Flamengo.

Namun usaha itu buat masa ini menemui jalan buntu buat masa ini.

Serie A menyatakan adalah mustahil untuk Liga Brazil bertanding tanpa Flamengo.

Oleh sebab itu mereka mahu mewujudkan liga baru yang tidak ada penyertaan Flamengo.

Kelab kelab tersebut tidak berpuas hati dengan sikap mementingkan diri sendiri oleh Flamengo.

Buat masa ini, hanya pasukan dari Serie A Brazil yang membincangkan tentang perkara itu. Dan usul itu dijangka akan dibincangkan dengan pasukan Serie B selepas ini.

Flamengo sebelum ini bertindak menayangkan sendiri perlawanan mereka di siaran tv mereka.

Aksi Piala Rio antara Flamengo dan Fluminese telah ditayangkan di tv Flamengo.

Ianya melanggar syarat perjanjian di mana pasukan tersebut seharusnya patuh kepada penyiar rasmi.

Flamengo dianggap pasukan paling berpengaruh dari sudut penyiaran dan publisiti.

Kelab kelab di Serie A meminta CBF lebih tegas dalam menangani isu ini. Dan berpendapat, pengaruh kuat Flamengo sentiasa membuatkan pengendali liga dan CBF gentar untuk mengambil tindakan ke atas kelab tersebut.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai