3 Teori Power Wenger Yang Awalnya Ditertawakan Tetapi Benar Benar Terjadi

Arsène Wenger, adalah pengurus legenda dalam arena bola sepak yang berasal dari Perancis dan juga merupakan bekas pemain bola sepak.

Wenger telah menjadi pengurus Arsenal dari tahun 1996 hingga 2018, dan telah menjadi pengurus terpanjang dan paling berjaya di Arsenal dari segi kemenanga gelaran utama.

Pakar bola sepak menghargai Wenger atas sumbangannya dalam merevolusikan bola sepak di England pada akhir 1990-an melalui pengenalan perubahan dalam latihan pemain dan diet dalam pengurusan pemain.

Sejarah awal

Wenger dilahirkan di Strasbourg dan dibesarkan di Duttlenheim. Wenger belajar bola sepak dari ayahnya, yang merupakan jurulatih pasukan bola sepak di kampung setempat.

Selepas kerjaya amaturnya, di mana dia muncul di beberapa kelab amatur, Wenger memperoleh diploma pengurus pada tahun 1981.

Wenger melatih Nancy yang namun gagal memberikan hasil memuaskan dan dipecat pada tahun 1987. Dan pada tahun yang sama Wenger meneruskan kariernya dengan melatih AS Monaco, dan berjaya memberikan impak dengan memenangi kejuaraan liga pada tahun 1988.

Pada tahun 1991, Wenger memimpin Monaco ke gelaran Coupe de France, tetapi mereka gagal mempertahankan kejuaraan liga pada musim berikutnya, yang menyebabkan dia dipecat dari kelab dengan persetujuan bersama pada tahun 1994.

Kemudian Wenger melatih kelab Liga Jepun Nagoya Grampus, dan berjaya memenangi Piala Maharaja dan Piala Super Jepun.

Pada tahun 1996, Wenger dilantik sebagai pengurus Arsenal dan dua tahun kemudian, Arsenal memenangi kejuaraan berganda dengan memenangi liga dan Piala FA.

Wenger memimpin Arsenal untuk tampil di Final Piala UEFA 2000 dan Final Piala FA 2001, dan memenangi kejuaraan berganda kedua pada tahun 2002.

Arsene Wenger terus cemerlang

Arsenal mengekalkan gelaran Piala FA pada tahun 2003 dan setahun kemudian memenangi gelaran liga sekali lagi, dan menjadi kelab pertama yang menjuarai Liga Perdana Inggeris dengan rekod tanpa kalah pada era moden – selepas Preston North End melakukannya pada era klasik.

Arsenal kemudian mencipta rekod 49 perlawanan tanpa kalah yang berakhir di tangan Man United Oktober 2004.

Arsenal membuat penampilan pertama mereka di final Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2006, namun mereka tewas di Barcelona. Pada tahun 2012, Arsenal berjaya mencatat penampilan selama 15 musim berturut-turut di Liga Juara-Juara Erpah semasa tempoh dikendalikan Arsene Wenger.

Sebab Wenger pernah berkata, piala pertama kamu kena menang adalah dapat top 4. Sehingga dia dibahan kerana sasarannya itu. Wenger merasakan layak ke UCL sangat penting kerana wang yang besar dijanjikan.

Tapi pada era Wenger beliau tidak diberikan dana yang sangat besar seperti didakwa Guardiola baru baru ini.

Lebih membuatkan Wenger kedekut apabila dia membantu dalam projek Arsenal berpindah ke pusat latihan baru dan berpindah ke Stadium Emirates pada bulan Ogos 2006, setelah 93 tahun di Highbury.

Nama panggilan “Le Professor” digunakan oleh peminat dan media Britain untuk menggambarkan sikap rajin Wenger dan kemampuannya menerangkan aspek bola sepak dengan sangat baik seperti pensyarah.

Pendekatannya adalah bermain permainan dengan mentaliti yang menyerang, dengan tujuan bahawa bola sepak harus menghiburkan di atas padang selain daripada menang.

Wenger sangat suka mengembangkan bakat muda namun seringkali juga ‘dikhianati’ pemain pemain muda yang dah menjadi bintang.

Namun selepas itu Wenger mulai ditentang oleh segelintir penyokong Arsenal dengan kempen Wenger Out. Ini selepas Wenger dilihat terlalu ego dan tidak menerima perubahan dan pandangan orang lain.

Wenger dan teori

Tapi lupakan isu Wenger Out itu, sebab ternyata ianya tak membunuh legasi beliau langsung di Arsenal.

Kita cerita hal teori teori Arsene Wenger yang power dalam bola sepak.

Salah satu kepandaian Wenger adalah penaakulannya dalam bidang bola sepak.

Beliau seringkali mengeluarkan teori dan menyatakannya dengan terbuka. Namun ramai juga yang menggelakkan teori yang dianggap mustahil.

Berikut adalah 3 ramalan dan teori luar biasa Arsene Wenger.

1. Juara tanpa kalah bukan mustahil

Pada 2002 Wenger menyatakan beliau mahu membentuk skuad menang liga yang tanpa kekalahan.

Ramai orang gelakkan Wenger kerana menganggap itu bukan perkara yang boleh dilakukan lebih lebih lagi dengan skuad Arsenal yang ketika itu ramai pemain muda.

Penyokong Man United yang menganggap Wenger seteru utama Alex Ferguson telah membandingkan Wenger dengan Sir Alex. Dengan menyatakan Wenger adalah satu jenaka.

Sir Alex sendiri yang power nokharom pun tak pernah terfikir soal invincibles.

Selepas itu, Wenger benar benar menutup mulut pengkritiknya. Ini apabila beliau memenangi liga dengan Arsenal dengan rekod invincible pada 2003/04.

Di bawah ni gambar Wenger menentang baju T yang digunakan fans United untuk mengejek kenyataan beliau. Masa tu rivalry Arsenal dan Man. United mulai panas melibatkan SAF v Wenger.

2. Pemain £200 juta

Ketika Real Madrid mendapatkan Gareth Bale dengan nilai €91 juta dan beberapa tahun kemudian Man. United mendapatkan Pogba dengan nilai €100 juta juta.

Wenger menyatakan keresahannya kepada trend pada pasaran perpindahan. Dalam perkiraan Wenger, para peminat bola sepak di seluruh dunia kini semakin hampir melihat pemain bernilai €200 juta.

Wenger menyatakan bahawa angka £200 juta tu ibarat £50 juta dulu dulu.

Wenger turut menyatakan bahawa selepas ini (selepas perpindahan Pogba), perpindahan pemain untuk £100 – £150 juta akan menjadi biasa (bukan luar biasa lagi).

Teori ini juga disangkal ramai pihak. Malah menurut mereka Wenger terlalu melebih lebih dalam penilaiannya.

Mana mungkin ada pasukan akan sanggup membayar £200 juta hanya untuk seorang pemain? Dan bagaimana Wenger boleh menyatakan harga €100 juta akan menjadi harga biasa dan bukan luar biasa.

Setahun kemudian, selepas kenyataan Wenger itu, realitinya ramalan Wenger benar benar berlaku.

PSG membeli Neymar dengan nilai €222 juta ataupun sekitar £200 juta.

Dan tak lama selepas itu Barcelona membeli 2 pemain dengan nilai €120 juta (Dembele) dan €140 juta (Coutinho).

PSG mengumumkan juga Kylian Mbappe dengan nilai €180 juta.

Musim lalu Juventus mengumumkan Cristiano Ronaldo yang sudah dianggap veteran dengan nilai €108 juta.

Atletico Madrid menandatangani Joao Felix dengan nilai €126 juta.

Atletico turut menuntut Barca membayar €120 juta untuk Griezmann. Namun Barca hanya membayar €80 juta kerana menurut mereka Griezmann sudah memasuki tahun di mana klausa pelepasannya berkurang.

Atletico pula menyatakan seharusnya Barca membayar €120 juta kerana rundingan dengan pemain tersebut sudah dibuat setahun lalu.

Dan tidak lupa Real Madrid membayar Eden Hazard yang kontraknya tinggal beberapa bulan lagi dengan nilai £130 juta.

Borussia Dortmund meletakkan harga £120 juta untuk Jadon Sancho yang mereka kata harga yang sepatutnya.

3. Liverpool akan bangkit di Anfield

Ketika Liverpool ketinggalan 3-0 di Nou Camp pada separuh akhir pertama UCL 2018/19. Ramai pundit menyatakan Liverpool sudah out.

Mourinho berkata beliau tak akan bet walau sesen pun Liverpool akan mara.

Namun Wenger meramalkan Barcelona akan menderita di Anfield dan masih ada peluang untuk kalah kerana menurut Wenger: “Anfield adalah satu satunya tempat yang paling anda tak suka main second leg.” Ramai fans memperlekehkan kenyataan Wenger.

Dan anda tahu kan, pada perlawanan kedua Barcelona benar benar menderita dan tegas 4-0. Liverpool mara ke final dengan agregat 4-3.

Kekalahan itu sangat sukar ditelan, dan perkara itu diakui oleh Messi sebagai salah satu impak yang sangat besar kepada mereka.

Ramalan lain

Itu antara yang sudah jadi. Yang belum terjadi, pada Oktober 2018, Wenger merasakan pengaruh luaran semakin kuat dalam bola sepak.

Dan beliau meramalkan suatu hari nanti penyokong boleh mengundi pemain yang mereka ingin lihat masuk sebagai pemain gantian. Peminat akan mengundi pada rehat separuh masa.

Ketika ini sudah ada yang hampir berlaku, di mana ada trend segelintir peminat mulai mengikuti pemain lebih daripada kelab. Kuasa media sosial antara yang membawa kepada perkara ini.

Wenger menegaskan: “Bola sepak akan menjadi lebih international dan penyokong tempatan mungkin hanya mereka sahaja yang kekal setia.”

“Manakala penyokong lain akan ikut pemain. Misalnya Ronaldo ke Juventus dan semua penyokong beliau mengikut beliau ke Juventus.”

“Orang akan lebih setia dan fanatik menyokong pemain kerana kuasa media sosial. Misalnya Neymar ada 170 juta pengikut, itu akan menjadi ukuran bahawa beliau lebih kuat daripada liga Perancis.”

Le Professeur sebenar!

Baca yang lain