30 Lagi Pertuduhan Judi Haram Ke Atas Toney Menjadikannya Kini 252 Kes

PENYERANG BRENTFORD IVAN Toney telah didakwa dengan beberapa lagi dakwaan tambahan pelanggaran peraturan pertaruhan Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA).

Perkara itu telah diumumkan oleh badan induk bola sepak England itu.

Pada bulan November, Toney didakwa atas 232 dakwaan pelanggaran dalam tempoh empat tahun.

Pemain berusia 26 tahun itu kini telah didakwa melanggar Peraturan FA E8 sebanyak 30 lagi kes perjudian antara 14 Mac, 2017 dan 18 Februari, 2019.

Toney mempunyai masa sehingga 4 Januari untuk memberikan respon ke atas semua dakwaan ke atasnya.

Dalam satu kenyataan di laman web kelab, Brentford berkata mereka telah dimaklumkan mengenai pertuduhan tambahan itu, sambil menambah:

“Perbincangan peribadi kami dengan Ivan dan wakil undang-undangnya mengenai perkara ini diteruskan.”

Pelanggaran awal yang didakwa bermula dari 2017, ketika Toney masih lagi berada di Newcastle, hingga 2021, selepas dia menyertai Brentford dari Peterborough.

Toney adalah penyerang yang berada dalam persaingan untuk merebut tempat dalam skuad Piala Dunia England.

Dia telah dipanggil untuk perlawanan Liga Negara-Negara Eropah, tetapi telah diketepikan apabila Gareth Southgate menamakan senarai akhir skuad Piala Dunia England.

Southgate menafikan bahawa dia mengenepikan Toney kerana sudah dimaklumkan terlebih dahulu tentang siasatan ke atas pemain itu.

Di mana kenyataan tentang kes perjudian Toney dikeluarkan selepas Southgate mengeluarkan senarai 26 pemainnya.

Apabila berita tentang siasatan FA tersebar pada 6 November, Toney menulis di Twitter: “Saya sedar tentang cerita tentang saya dalam akhbar nasional hari ini.

“Saya telah memberikan kerjasama kepada Persatuan Bola Sepak Inggeris dengan menjawab pertanyaan mereka dan tidak akan membuat sebarang komen sehingga siasatan tersebut mencapai kesimpulannya.”

“Saya seorang warga Inggeris yang bangga dan sentiasa menjadi impian zaman kanak-kanak saya untuk bermain untuk negara saya pada pusingan akhir Piala Dunia.”

Toney telah menjaringkan 11 gol musim ini, dalam kemenangan mengejutkan 2-1 Brentford di Manchester City dalam perlawanan terakhir mereka sebelum Piala Dunia.

Ramai yang risau skandal judi ini akan menghancurkan karier Toney. Kerana ianya terlalu banyak.

Sebelum ini Kieran Trippier pernah dikenakan hukuman atas pertaruhan haram. Dia memberitahu rakannya untuk bertaruh dia menyertai Atletico Madrid dari Spurs. Dia dikenakan penggantungan 10 minggu daripada aksi bola sepak.

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan