Liverpool Singkirkan Salzburg Dan Mara, Gol Salah Yang Gila Babi

Liverpool turun ke Austria untuk berhadapan dengan RB Salzburg. Penyokong Liverpool memang tahu ini bukan perlawanan mudah.

Sebab teringat game dengan Anfield dengan thriller 7 gol kot. Hampir kena Liverpool masa tu.

Kesebelasan utama:

Salzburg: Stankovic; Nissen, Onguéné, Wöber, Ulmer; Szoboszlai, Junozovic, Minamino, Mwepu; Hwang, Haaland

Subs: Carlos, Daka, Ashimeru, Okugawa, Prevljak, Ramalho, VAllci

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Lovren, Van Dijk, Robertson; Keïta, Henderson, Wijnaldum; Mané, Firmino, Salah

Subs: Adrian, Jones, Gomez, Milner, Shaqiri, Oxlade-Chamberlain, Origi

Referee: D Makkelie (Ned)

Liverpool cari kemenangan

Sifir Liverpool adalah satu sahaja. Tak boleh kalah. Sebab pasukan lawan kita ada perbezaan jaringan yang lebih baik.

Liverpool bermula dengan sukar dalam perlawnanan ini. Tak mampu nak control game kerana lawan kita memiliki sistem pressing yang baik.

Liverpool not bad la dia punya pressing cuma aku nak cakap, Liverpool tak ada clear control dalam perlawanan ini.

Salzburg bermain dengan sistem 4-4-2 diamond. Minamino macam biasa, terus menjadi lelaki Asia yang paling aktif bersama Hwang Hee Chan.

Salzburg juga memiliki penyerang muda Erling Haaland yang keras dan laju macam Lukaku muda-muda dulu.

Salzburg memiliki peluang menerusi Hwang Hee Chan. Namun tak pasti itu satu shot ataupun low cross. Yang pasti ia bahaya dan hampir disambar oleh Erling Haland.

Liverpool bergelut juga dengan permainan fizikal oleh Salzburg yang agresif dan menekan dengan segera.

Geram pulak tengok game mereka ni.

via GIPHY

Setiap kali Firmino, Salah atau Mane dapat bola, mereka terus menekan dengan 2-3 pemain dalam satu masa. Jadi rimas pemain Liverpool dibuatnya.

Sadio Mane ada satu percubaan daripada dalam kotak penalti namun ditepis penjaga gol.

Mohamed Salah memiliki peluang keemasan pada separuh masa pertama dengan peluang yang dicipta oleh Naby Keita. Namun entah apa yang merasuk dan makhluk halus mana yang mengganggu Mo Salah sehingga begitu buruk shot beliau.

Liverpool terpaksa menerima hakikat pada separuh masa pertama pasukan lawan bermain lebih baik as a team.

Dan masuk pada separuh masa kedua, Salah memiliki peluang lagi, namun dinafikan oleh penjaga gol lawan yang memintas bola yang mahu digelecek Mo Salah.

Naby Keita turut memiliki peluang terbaik tetapi sekali lagi penjaga gol cemerlang.

Sehinggalah minit ke-57, Robertson melakukan satu killer pass yang simple kepada Sadio Mane. Penjaga gol lawan keluar dan di-scam oleh Mane dengan satu hantaran lintang kepada Naby Keita.

Keita melakukan tandukan yang tidak deras tetapi tepat dan jahat.

Naby Keita enggan meraikan gol itu berlebihan sangat, bagi menghormati bekas majikannya.

Keita sudah menjaringkan 2 gol daripada 2 perlawanan terakhir beliau.

Tercabar dengan kehebatan Naby Keita. Mohamed Salah kemudian membuang sakanya dan menjaringkan gol luar biasa yang bakal menjadi sebutan pada hari ini.

Salah melarikan bola jauh daripada penjaga gol dan agak terlalu ke wide area.

Salah yang sebelum ini hilang pedoman, melihat tiada rakan dalam kotak penalti dan beliau memilih untuk melakukan percubaan ke arah gol.

https://twitter.com/i/status/1204479564812029952

Ianya memang gabungan teknik dan juga decision making yang sangat baik. Keyakinan tu penting nak buat benda macam tu.

Gol itu adalah dengan weaker foot dan dalam keadaan dia benar benar berhampiran dengan garisan penghujung padang.

Akibat gol ini, Salah menjadi hensem kembali selepas menjadi jejaka paling menimbulkan kemarahan sebelum gol ini.

https://twitter.com/i/status/1204479296485625856

Liverpool memiliki beberapa gol lagi yang sebenarnya kalau perlawanan dalam 0-0 ataupun 1-0 menepati spesifikasi untuk dimaki.

Liverpool menang 2-0 di tempat lawan dan mara selalu juara kumpulan E diikuti oleh Napoli.

Tahniah kepada Liverpool. Dan lega juga juara bertahan dapat mara ke pusingan seterusnya. Kalau tersingkir awal, malu woi. Mana nak letak muka.

Ok ini post credit scene sikit, ala macam movie Avengers.

Dan tak lupa dan 2 games kita clean sheet woi.

Baca yang lain