34 Orang Ditahan Kerana Berpesta Liar Di Tengah Wabak Covid-19 Dan PKP

Semalam Haarian Metro melaporkan bahawa seramai 34 individu, termasuk dua orang penjawat awam ditahan ketika leka berhibur dalam parti liar.

Mereka melakukan kesalahan itu di dua apartmen berasingan di Johor Bahru dan di Masai kelmarin dan hari sebelumnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor telah melakukan 5 serbuan selepas mendapat maklumat daripada orang awam dah  hasil risikan.

Polis terus bertindak dalam operasi khas yang digerakkan.

5 serbuan tersebut dibuat dalam tempoh dua malam berturut-turut di sekitar Johor Bahru dan Masai. Ternyata hasil daripada serbuan itu memang ada lagi mereka yang degil dan mementingkan nafsu liar untuk berparti liar.

Hasil tangkapan, pihaak polis telah menahan 23 lelaki dan 11 orang wanita di dalam operasi tersebut. Mereka kesemua berusia 17 sehinga 31 tahun.

Kesemua mereka diserbu ketika sedang leka berhibur dan berpesta pora. Amboii, kalau dapat Diva AA siap korang.

Kesemua yang ditahan didapati melakukan kesalahan social distancing ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Di mana kerajaan sudah melarang sebarang perhimpunan dilakukan.

Seterusnya, mereka juga keluar tanpa ada sebab yang munasabah. Keluar semata mata nak bergelek? Hmm…

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay juga mengesahkan ada beberapa jenis dadah ditemui ketika serbuan itu.

Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata: “Dalam serbuan berkenaan juga lapan individu yang ditahan didapati memiliki dadah jenis ketamin (6.68 gram), pil ecstacy (20 biji) dan pil eramin 5 (tiga biji).”

Bukan itu sahaja, hasil ujian air kencing, didapati seramai 20 lelaki dan 8 perempuan yang positif dadah jenis ketamin.

“Hasil ujian air kencing mendapati seramai 20 lelaki dan lapan perempuan yang ditahan itu positif dadah ketamin, malah siasatan mendapati mereka bukan penghuni di dua apartmen, selain gagal memberikan alasan munasabah untuk berkumpul.”

Hasil daripada semakan lanjut, pihak polis mendapati tiga suspek lelaki yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Manakala dua penjawat awam masih lagi di dalam perkhidmatan kerajaan.

Seramai enam suspek akan disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, manakala yang positif dadah akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Kesemua 34 suspek turut didakwa mengikut Peraturan 11 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.”

“Kesemua suspek yang ditahan kini direman mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 sejak kelmarin hingga Jumaat ini.”

Ini bukanlah kali pertama polis menumpaskan mereka yang berparti liar ini.

Perintah kawalan pergerakan bakal memasuki fasa ketiga esok. Ini selepas fasa kedua tamat pada hari ini.

Perintah kawalan pergerakan ini dibuat dan dikuatkuasakan demi untuk kebaikn semua – dan menyelamatkan nyawa dengan memutuskan rantaian jangkitan virus covid-19.

Sumber: Harian Metro

Baca yang lain