36 Kes Baharu – Terendah Dicatatkan, 7 Negeri Tiada Kes Baharu

Hasil daripada usaha semua pihak, Malaysia berjaya mencatatkan rekod terendah untuk kes baharu cov-19. Di mana hanya 36 kes baharu dicatatkan pada 20 April 2020.

Ini ditambah dengan satu lagi berita baik, apabila tiada kematian dicatatkan pada hari ini. Menjadikan jumlah kematian kekal 88 setakat ini.

Menurut Datuk Dr Noor Hisham: “Penurunan jumlah kes harian yang dilihat sejak kebelakangan ini adalah hasil daripada tindakan proaktif dan agresif dalam mengesan kes yang dijalankan terutama dalam tempoh dua minggu lalu.”

“Namun demikian, jumlah atau bilangan kes baharu mungkin boleh meningkat kembali dalam tempoh dua minggu akan datang.”

“Ini memandangkan aktiviti pengesanan kes #COVID19 masih giat dijalankan terutamanya ke atas rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara dan lokaliti terlibat bawah PKPD.”

Pada hari ini juga menyaksikan 98 kes discaj yang terbaharu menjadikan 3,295 keseluruhan kes sembuh dengan kadar kesembuhan 60.74%.

Ini merupakan hari kelapan berturut-turut kes discaj melebihi kes baharu.

Kluster Pasar Borong merekodkan 28 kes positif #COVID19 termasuk 1 kes baru dan 1 kematian, setakat 12pm, 20 April.

Pasar Borong Selayang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini.

Lima kes kluster terbesar setakat.

1. Perhimpunan di Masjid Seri Petaling (1,951 kes)
2. Persidangan gereja (135)
3. Sendayan (77)
4. PUI Itali di Kuching (54)
5. Magetan Jawa Timur (54)

Sementara itu, KKM melaporkan bahawa: Tiada kes baharu di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Kelantan dan WP Labuan.

Kes positif paling rendah Perlis (18), Kedah (94) dan Terengganu (109).

 

Baca yang lain