Semalam Samsung telah melancarkan telefon pintar flag ship terbaru mereka iaitu Samsung Galaxy S20.
Telefon tersebut dimuat dengan speksifikasi tinggi. Kamera utamanya saja berkapasiti 108 megapixel.
Telefon flagship terbaru mereka yang diberikan nama Samsung Galaxy S20 yang hadir menerusi tiga variasi berbeza.
Untuk variasi Galaxy S20 kali ini, ianya muncul dengan opsyen Galaxy S20, Galaxy S20+ dan Galaxy S20 Ultra.
Ianya diperkenalkan dalam satu majlis pengenalan Samsung Unpacked terbesar oleh Samsung, yang diadakan di San Francisco, Amerika Syarikat.
Ketiga-tiga variasi Galaxy S20 berkenaan mempunyai sokongan bagi jaringan komunikasi generasi kelima ataupun 5G.
Namun begitu, hanya dua variasi sahaja yang hadir dengan sambungan ‘Sub-6’ dan ‘mmWave’ band iaitu Galaxy S20+ serta Galaxy S20 Ultra.
Untuk Galaxy S20 hanya menggunakan sambungan Sub-6 saja.
Dari segi spesifikasi, ketiga-tiga variasi dipacu oleh cip pemproses Exynos 990. Dari segi memori (RAM) pula dari 12GB sehingga 16GB untuk variasi Galaxy S20 Ultra.
Samsung Galaxy S20 series full tech specs. #SamsungGalaxyS20 #SamsungEvent pic.twitter.com/R53jO8CEeW
— Direct Mobiles (@DirectMobilesUK) February 11, 2020
Bahagian yang paling menjadi tumpuan pastinya kamera. Ini kerana S20 menggunakan sensor 64MP GW1 dan 108MP HMX.
Seterusnya kedua-dua Galaxy S20 dan S20+ mampu untuk melakukan zoom 30x.
Manakala Galaxy Ultra pula mampu sebanyak 100x yang mereka gelar ‘space zoom’ pada kamera utamanya.
Bagi Galaxy S20 Ultra, ia menggunakan tiga tetapan kamera berkeupayaan 108MP kamera utama, 48MP kamera periskop serta 12MP untuk sudut ultra lebar dan turut didatangkan bersama sensor TOF 3D.
Samsung menggunakan pendekatan rekaan seakan periskop seperti mana yang digunakan oleh Huawei P30 dan Oppo Reno 10X Zoom – rekaan yang digelar ‘folded lens’.
Aspek lain, dengan Siri S20 korang boleh merakan video 8K, dengan adanya fungsi penstabilan imej optikal – Super Steady.
The Samsung Galaxy S20 range has officially launched! New video! 🔥
-6.2" 6.7" & 6.9"
-Up to 16GB Ram
-Up to 512GB + 1T Storage
-Snapdragon 865 or Exynos 990
-QHD+ resolution display
-120Hz
-108MP camera#Galaxys20Ultra#GalaxyS20 pic.twitter.com/zvEqV5V4Ok— Ram Murthy K (@ram38001) February 12, 2020
Teknologi yang pernah digunakan dalam Samsung Galaxy S10 Lite sebelum ini.
Video 8K, 600MB seminit
Semalam laman The Verge melaporkan bahawa sekiranya korang ingin merakamkan video 8k dengan Samsung Galaxy S20, ia memerlukan 600MB untuk video yang berdurasi 1 minit.
Ye lah dah beli RM5,000 untuk satu telefon takkanlah tak nak pakai kan? fungsi yang ditawarkan.
Pihak Samsung juga menyatakan bahawa bagi video yang dirakam dengan resolusi tertinggi ianya akan memakan memori sebanyak 3GB untuk lima minit.
Shooting 8K videos on the Galaxy S20 requires 600MB per minute https://t.co/Cu202bs9da pic.twitter.com/erCyNG6oqR
— The Verge (@verge) February 12, 2020
Oleh sebab itu pihak Samsung menghadkan rakaman video 8k kepada lima minit sahaja.
Selain daripada itu bagi video 8K, ianya tidak ada fungsi penstabilan video.
Namun para pengguna boleh memilih untuk merakam pada resolusi lebih rendah untuk menggunakan fungsi penstabilan video.
Samsung menawarkan saiz dalaman tertinggi untuk telefon pintar Samsung Galaxy S20 sebanyak 512GB. Dan pengguna boleh menambah memori luaran sehingga 1TB.
Oleh itu kapasiti terbesar untuk kombinasi tersebut korang boleh mendapat 1.5TB. Jadi bolehlah korang menyimpan beberapa Siri video 8k di dalamnya.
The Verge masih meragui keupayaan sebenar kamera Samsung Galaxy S20 untuk menghasilkan video 8k. Ini kerana ianya pertama kali mereka melakukannya di dalam telefon pintar.
Kepada korang yang ingin menjadikan ciri-ciri seperti ini sebagai benda yang korang anggap penting di dalam Samsung Gakaxy S20 – boleh tunggu ulasan oleh pihak The Verge beberapa minggu lagi selepas mereka menggunakan telefon pintar tersebut.
Harga rasmi untuk ketiga-tiga model ini adalah USD999 (sekitar RM4128) untuk S20 5G, USD1199 (sekitar RM4954) untuk S20+ 5G dan USD1399 (sekitar RM5781) untuk S20 Ultra 5G.
All of the biggest announcements from Samsung’s Galaxy S20 event, live #SamsungEvent #Unpacked pic.twitter.com/y9nbYGzd0b
— Yash Thakrar (@yashthakrar1996) February 12, 2020