4 Fakta Dan Statistik Daripada Kekalahan Liverpol Di Tangan Everton

Liverpool terus menelan siri kekalahan musim ini. Krisis prestasi pasukan Jurgen Klopp membuatkan mereka gagal mempertahankan satu lagi rekod kelab.

Dua gol daripada setiap babak oleh Richarlison dan juga penalti Gylfi Sigurdsson membuatkan Liverpool  tewas kali ketujuh musim ini.

1. Kemenangan pertama Everton sejak 1999

Ini adalah kemenangan pertama Everton ke atas Liverpool sejak 1999 dalam derbi Merseyside.

Dan rekod tersebut akhirnya terpadam selepas 7,817 hari. Carlo Ancelotti berjaya menjadi pengurus yang menamatkan badi tersebut selepas 20 perlawanan derbi.

2. Rekod terburuk Liverpool sejak 1923

Jika sebelum ini Anfield adalah fortress untuk Liverpool di mana mereka tak kalah untuk bertahun tahun lamanya.

Namun musim ini Liverpool mencatatkan rekod buruk kalah 4 perlawanan berturut turut di tempat sendiri.

Ini adalah pertama kali Liverpool  mencatatkan rekod tersebut sejak Disember 1923. Dan Liverpool menjadi juara bertahan pertama kalah 4 perlawanan straight di tempat sendiri selepas Everton pada 1928/29.

Dan daripada enam perlawanan terakhir di Anfield, Liverpool gagal menang. Mencatatkan hanya 2 gol dalam tempoh tersebut.

3. Rekod Ancelotti

Carlo Ancelotti kini  sudah menikmati kemenangan ke atas Liverpool bersama dengan  5 kelab yang berbeza.

Dan ini juga unlock kepada pencapaian cemerlang Ancelotti untuk memenangi kesemua derbi yang pernah dilalui beliau.

Sebelum ini Ancelotti sudah menikmati kemenangan dalam derbi Milan, derbi Turin, derbi Madrid, hanya derbi Merseyside yang masih dinikmatinya.

Segalanya berubah semalam dengan kemenangan cemerlang Everton.

Ancelotti berkata: “Saya sangat gembira untuk  kelab ini. Harap para penyokong kami meraikannya.”

4. Prestasi James Rodriguez

James Rodriguez terus menjadi signing terbaik Everton musim ini. Everton mendapatkan beliau secara percuma dari Real Madrid.

James mencetak 1 assist jahat kepada Richarlison. Dan beliau musim inisudah terlibat menyumbang  kepada 13 gol dengan  5 gol dan 8 assist.

 

Baca yang lain

UEL: Liverpool Rasminya Tersingkir

Liverpool berkunjung ke markas Atalanta dengan membawa defisit 3 gol dari Anfield. Misi mereka adalah menjaringkan 3 gol dan cuba mengelak bolos.