Superstar Barcelona Lionel Messi dilaporkan telah meminta untuk pergi.
Media Sepanyol Marca melaporkan bahawa La Pulga telah menghantar faks yang menyatakan hasratnya untuk pergi.
Keputusan ini merujuk kepada klausa dalam kontrak Messi yang boleh dia boleh tinggalkan pada bila-bila masa secara percuma selepas dia berusia 32 tahun.
Dengan syarat, musim berakhir dan dia menyatakan kepada kelab bahawa dia ingin mengaktifkan klausa tersebut.
Marca juga melaporkan bahawa Messi bercakap dengan Ronald Koeman pada hari Jumaat lalu.
Dia memberitahu jurulatih Belanda bahawa dia lebih melihat masa depannya keluar dari Barcelona berbanding dengan terus kekal.
Berita ini telah dibocorkan melalui RAC1. Lionel Messi dilaporkan marah kerana hasil pertemuannya dengan Koeman bocor.
Ini adalah 4 insiden musim ini yang melibatkan Messi dengan pengurusan tertinggi Barca.
1. Pengurusan tertinggi tidak menandatangani pemain seperti dijanjikan
Pengurusan tertinggi awalnya berjanji akan membawa marquee signing seperti Neymar yang akan dibawa pulang.
Seterusnya ialah Lautaro Martinez. Tetapi kenyataan baru baru ini, Bartomeu menyatakan dua pemain itu tak akan datang kerana impak ekonomi daripada wabak.
Ini bukan pertama kali Barcelona tidak menunjukkan keseriusan mereka membentuk dan meremajakan semula pasukan yang dilihat semakin dimamah usia.
2. Insiden Eric Abidal
Paling panas musim ini adalah ketika Messi secara terbuka menyatakan kemarahannya kepada Abidal yang menuduh bahawa pemecatan Valverde kerana desakan beberapa pemain senior.
Messi terasa hati dengan komen tersebut yang seolah olah menggambar para pemain senior di Barca termasuk dirinya sebagai tak profesional dan tidak menghormati jurulatih.
Abidal malah menyatakan ada beberapa pemain sudah malas berlatih dan tidak mahu bermain sepenuh hati kerana mahu menyingkirkan Valverde.
Messi menegaskan bahawa mereka semua sentiasa memberikan 100% di atas padang.
Eric Abidal sudah dipecat bersama dengan Quique Setien dalam rombakan terbaru Barcelona selepas kekalahan memalukan di tangan Bayern Munich.
3. Bartomeu kantoi upah cytro
Marca melaporkan Bartomeu ada mengupah cyber trooper untuk membersihkan imejnya dan memburuk buruukan bekas pemain dan pemain yang ada di dalam pasukan Barca pada hari ini.
Messi dikatakan antara mangsa kepada permainan Bartomeu ini yang seringkali melihat penyokong terlalu menyanjung Messi dan beberapa legenda yang lain.
Ianya sangat mengejutkan kerana Bartomeu dianggap tidak kenal siapa musuh dia yang sebenar. Orang yang dia lawan itu sebenarnya bukan musuh dia tetapi orang yang sayangkan kelab dan mengkritik untuk kebaikan.
Selain daripada Messi, nama lain yang menjadi mangsa serangan siber ini ialah Xavi, Gerard Pique, Pep Guardiola, Carles Puyol, Joan Laporta dan Carles Puigdemont.
Pengurusan Bartomeu menafikan dakwaan itu. Namun Marca menyatakan mereka ada bukti bahawa ada 6 invois berkaitan dengan bayaran yang melibatkan PR yang dilantik ini.
Bartomeu menggunakan duit kelab sebanyak EUR1 juta untuk mengupah mereka ini.
Ini adalah beberapa keratan berita tentang Pique dan keluarga Messi yang menjadi mangsa pencerobohan privasi ini.
Dalam kes Pique, mereka membangkitkan pendirian politik Pique dan bola sepak.
4. Layanan ke atas Luis Suarez
Terbaru, Bartomeu dengan terang terang menyatakan bahawa Luis Suarez tiada dalam senarai pemain penting Barcelona.
Bartomeu menyenaraikan hanya 7 pemain yang sah ada masa depan di Barca. Dan yang lain boleh angkat kaki kalau nak.
Suarez sebelum ini berkata, beliau tidak dimaklumkan secara peribadi pun tentang cerita seperti itu.
📰 [MARCA🥈] | FC Barcelona have begun to filter names from the squad and they would like to do without Luis Suárez, Jordi Alba, Busquets, Arturo Vidal, Rakitic, Umtiti and even Piqué pic.twitter.com/7rfxZtNwvT
— BarçaTimes (@BarcaTimes) August 18, 2020
Suarez kemudiannya bercakap dengan Koeman menerusi telefon dan hasilnya sangat menghampakan apabila pemain itu dibenarkan meninggalkan Barcelona secara percuma dan kelab sedia menamatkan kontraknya.
Ronald Koeman's brutal phone call to end Luis Suarez's Barcelona career 'lasted just 60 SECONDS' https://t.co/btK0JhWxfK
— MailOnline Sport (@MailSport) August 25, 2020
Ketika Carles Puyol menyatakan sokonganya ke atas apa sahaja keputusan Messi, dilihat Luis Suarez pun turut memberikan emoji yang menunjukkan dia sehaluan dengan Puyol.
Messi's desire to leave Barcelona is clear 🙅♂️🔵🔴
Now he has the support of club legend Carles Puyol, AND Luis Suarez.#UCL #OptusSport pic.twitter.com/JBpJywHhQP
— Optus Sport (@OptusSport) August 25, 2020
Namun Luisito dilaporkan masih mahu terus kekal di Barcelona.
BITE MODE ON: You know what happens when Suarez is angry!#Suarez #Messi #Barcelona #Football pic.twitter.com/IB4ldDfAB6
— FootTheBall (@FootTheBall) August 23, 2020