4 Lagi Pemain Perancis Diserang Penyakit Misteri

Kem pasukan Perancis dilaporkan terus bergelut dengan kecergasan. Sebelum ini beberapa pemain mereka diserangn penyakit misteri di Qatar.

Kingsley Coman dan Adrien Rabiot antara pemain yang terkena penyakit misteri itu. Rabiot terpaksa direhatkan dalam aksi sebelum ini. Rabiot merupakan pemain yang sangat cemerlang pada Piala Dunia 2022 kali ini.

Terbaru, kem Perancis dikejutkan dengan 3 lagi pemain mereka diserang penyakit misteri.

Raphael Varane, Ibrahima Konate, Aurelien Tchoumeni dan The Hernandez berada dalam senarai itu.

Serangan penyakit itu berlaku 48 jam sebelum sepak mula aksi final.

Deschamps mengesahkan bahawa mereka kini perlu mengikuti langkah pemulihan yang disarankan oleh doktor.

Deschamps menganggap penyakit itu sebagai misteri dan disebabkan oleh suasana di Qatar yang baharu bagi pemain pemain mereka.

Deschamps bagaimanapun gembira kerana dia masih dapat mengumpulkan kesemua 24 pemainnya dalam padang latihan terakhir mereka.

Namun tidak pasti tahap kecergasan mereka di paras optimum ataupun tidak.

Deschamps menyatakan dia tidak risau tentang peluang para pemain utama untuk beraksi dalam final.

Berita ini membuatkan peminat bola sepak mulai ragu dengan peluang Perancis untuk menjadi juara.

Perkara yang sama pernah terjadi pada Brazil ketika Piala Dunia 1998. Di mana pemain utama mereka, Ronaldo diserang penyakit misteri.

Peminat Perancis berharap tragedi itu tidak melanda Perancis. Dan percaya pasukan mereka lebih daripada individu, kerana mereka memiliki kekuatan secara bepasukan.

Perancis dalam misi mempertahankan kejuaraan mereka menentang Argentina di final.

Baca yang lain