4 Pemain EPL Yang Bagus Tapi Masih Tiada Kaps Kebangsaan

Kaps kebangsaan merujuk kepada jumlah penampilan antarabangsa yang diberikan kepada seseorang pemain.

Konsep kaps ini sendiri merujuk kepada topi yang akan diberikan kepada pemain pada satu ketika dahulu untuk menandakan bahawa mereka diberikan aksi antarabangsa bersama negara mereka.

EPL merupakan liga yang sarat dengan pemain berkualiti. Namun ada 4 pemain yang kami rasakan berhak mendapat kaps kebangsaan pada ketika ini.

1. Allan St Maximin (Newcastle)

Pemain yang pernah menjadi pemain B-21 Perancis ini menyatakan hasratnya mahu beraksi dalam Piala Dunia 2022.

Dia cemerlang sejak menyertai Newcastle. Pep Guardiola dan Jurgen Klopp antara pengurus yang menganggap St Maximin sebagai pemain paling berbahaya di atas padang.

St Maximin menyatakan dia sedar akan persaingan yang sangat sengit untuk menjadi pemain antarabangsa Perancis tetapi dia tetap mencuba.

Pemain yang memiliki kelebihan dari segi kepantasan dan kelicikan ini menjadi igauan ngeri pertahanan.

2. Wesley Fofana (Chelsea)

Pemain yang dibeli oleh Chelsea dengan nilai £75 juta ini merupakan pemain yang dianggap bintang di EPL sejak menyertai Leicester.

Namun sebenarnya dia masih belum mendapat sebarang kaps untuk Perancis pada ketika ini.

Usianya masih muda menjadikannya sebagai pemain yang memiliki masa depan cerah untuk skuad Les Bleus.

3. Ivan Toney

Walaupun dipanggil pada baru baru ini namun dia tidak mendapat sebarang minit dalam minggu antarabangsa.

Toney memiliki rekod jaringan luar biasa bersama dengan Brentford sejak dari Liga Kejuaraan lagi.

4. Gabriel Maghalhaes

Gabriel Maghalhaes tidak dipanggil dalam tugasan antarabangsa terakhir Brazil sebelum ke Piala Dunia.

Menjadi pertahanan utama Arsenal di bawah Mikel Arteta. Mungkinkah dia akan dapat menyusup masuk ke dalam skuad akhir yang akan ke Piala Dunia 2022?

Baca yang lain

Cafu: ‘Hanya Neymar Yang Ada Magis’

Cafu mempertahankan kualiti Neymar dengan menganggap dalam pasukan Brazil sekarang hanya beliau yang benar benar berkelas dunia. Cafu menganggap adalah tidak adil

Real Madrid Pantau Trent Alexander Arnold

Fabrizio Ronano melaporkan bahawa Real Madrid memantau secara dekat perkembangan kontrak Trent Alexander Arnold kerana kelab itu berminat mahu mendapatkannya. Kontrak semasa