4 Protege Pep Guardiola Sedang Membangun Menjadi Pengurus Luar Biasa

Pep Guardiola antara tactician bola sepak terbaik di dalam sejarah. Dikenali dengan pendekatan tiki taka dan kemudian Juego di Posicion.

Sepanjang kariernya, dia sudah menempah kejayaan di Sepanyol, Jerman dan England.

Selain daripada kejayaan dia sebagai pengurus, Guardiola turut mempunyai ramai protege dalam kejurulatihan.

4 daripadanya sedang membangun menjadi pengurus elit.

3 daripada mereka sedang menguasai carta liga mereka bertanding.

Maka tak hairanlah kalau ada yang berseloroh menyatakan bahawa Guardiola sedang mencipta beast yang akan menawan bola sepak di beberapa negara.

Jom semak.

1. Erik Ten Hag

Erik Ten Hag pernah menjadi pembantu Pep Guardiola satu ketika dahulu di Bayern Munich.

Dan dia berjaya mengembalikan Ajax menjadi kuasa bola sepak Belanda sekali lagi selepas melalui fasa yang sukar.

Malah mewujudkan salah satu pasukan dengan pemain muda yang paling mengujakan dalam kempen UCL ketika bersama Ajax.

Kini menjadi pengurus di Manchester United dan memenangi Piala Carabao pada musim debutnya di England. Masih bersasing dalam beberapa pertandingan lagi.

2. Mikel Arteta

Pengurus Arsenal ini menjadi ‘brain’ keapda Guardiola di Man City.

Guardiola sendiri mengakui, Arteta adalah pembantunya yang paling sukar untuk dia lepaskan. Namun setiap jurulatih itu pasti mahu mencari haluan mereka sendiri.

Arteta kini sedang membantu Arsenal mendahului persaingan Liga Perdana Inggeris dengan jurang mata yang besar.

Berpeluang menamatkan kemarau kejuaran EPL sejak 2003.

Arteta menunjukkan potensi sebenarnya dalam pengurusan pasukan dan taktikal.

Seringkali dianggap mini Guardiola oleh media kerana sistem permainan yang hampir serupa cuma diolah dengan cara Arteta.

Dia malah membawa pemain seperti Zinchenko dan Jesus dari City dalam usahanya membentuk kefahaman taktikal di Arsenal.

3. Xavi

Maestro penting dalam karier Guardiola sebagai pengurus ketika di Barcelona.

Memulakan karier pengurusannya dengan cara agak humble di Arab.

Namun kemudian dia kembali ke Barcelona untuk memperbaiki DNA pasukan tersebut.

Kini berpeluang merasai kejuaraan La Liga sebagai pengurus.

Dengan Xavi, Barcelona kembali menjadi pasukan yang bersaing dalam kejuaraan domestik. Walaupun di peringkat eropah masih bergelut.

Menggunakan sumber yang terhad dengan beberapa siri sekatan.

4. Vincent Kompany

Guardiola menganggap Kompany calon terbaik untuk mewarisi kerusinya di City. Kerana menurut Guardiola dia sudah tertulis di bintang.

Kompany mengubah pasukan Burnley yang dijadikan stereotaip pasukan fizikal dan bermain route 1 kepada pasukan yang benar benar bermain bola dan sukakan pertukaran hantaran.

Membantu Burnley kembali ke EPL dengan baki 7 perlawanan lagi.

Kapten legenda Man City ini memang dikenali dengan kepimpinan dan kemampuannya untuk memotivasikan rakan sepasukan. Perkara itu dibawa bersama ketika dia menjadi pengurus.