4 Statistik JDT v Nagoya: Kreativiti Cabrera Dan Decoying Diogo Dirindui

Kali ini kita jengah sedikit analisis statistik aksi JDT berhadapan dengan pasukan Liga J, Nagoya Grampus.

JDT tewas tipis dalam perlawanan ini, namun ada beberapa statistik sebenarnya membuktikan bahawa kelab MSL ini cukup kompeten untuk perlawanan tahap ini.

1. Lebih fizikal

Agak menarik kerana kita seringkali menjadikan isu fizikal sebagai musuh dalam diri kita. Namun JDT semalah membuktikan mereka lebih baik secara fizikal berhadapan dengan Nagoya Grampus.

Di mana JDT memenangi 52 duels berbanding 49 oleh Nagoya. Mereka pasti tak menjangkakan mereka akan berkongsi penguasan duel, malah kalah secara statistiknya.

JDT hanya kalah secara duel udara di mana Nagoya lebih baik dengan 24 berbanding 21 oleh JDT.

Seterusnya dari segi bentesan, JDT lebih banyak memenangi bentesan dengan 12 kali mereka berjaya melakukannya berbanding 10 oleh Nagoya.

Selain itu JDT juga lebih lincah dengan pemain pemain mereka mencatatkan ratio gelecekan sukses yang lebih baik. Ini menandakan JDT lebih bagus dari segi 1 v 1.

2. JDT juga bahaya dalam box

Sebenarnya, JDT mengimbangi ancaman bahaya dari dalam kotak penalti.

Pada separuh masa pertama JDT melakukan lebih banyak percubaan tepat berbanding Nagoya.

Selepas itu, secara keseluruhan, Nagoya dipaksa melakukan 3 hadangan / block.

….sambung dengan point no.3..

3. Kreativiti Nagoya lebih baik

…  Malang sekali bezanya JDT adalah kreativiti. Nagoya mencipta lebih banyak peluang bahaya. JDT tidak mencipta sebarang peluang terhidang/ big chance langsung dalam perlawanan ini.

JDT terus membawa masalah mereka dari MSL ke ACL. Musim ini, mereka bergelut dengan ketiadaan kreativiti. Safawi tidak menunjukkan permainan all rounder beliau.

Safawi gagal mencetak sebarang shot walaupun shot ke bumbung stadium sekalipun.

Sakit juga tengok stats Pawi ni. Sebab dia adalah pemain yang selalu menemui jalan untuk JDT ketika pasukan buntu.

Agak tak adil memberikan tekanan kepada Arif Aiman yang masih muda.

Kehilangga spark pada Cabrera ternyata memberikan kesan kepada barisan serangan. Musim sebelum ini Cabrera menjadi pencipta peluang utama mereka di ACL.

Namun harus diakui juga prestasi malap Cabrera dalam beberapa perlawanan adalah alasan utama Mora meninggalkan namanya.

Selain daripada Cabrera, JDT kehilangan spark daripada Diogo juga menguba perspektif permainan mereka.

Diogo sebenarnya boleh berperanan sebagai decoy selain daripada target man. Menerima bola dan terus mencipta / setting kepada rakan di belakangnya.

JDT jelas sekali perlu mencari kreatitivi yang pernah hadir daripada Cabrera sebelum ini. Sama ada daripada kebangkitan Cabrera sendiri [untuk kempen domestik] dan daripada pemain lain.

4. Nagoya tak dapat buli JDT

Mungkin ramai yang menjangkakan Nagoya akan menikmati penguasaan yang tinggi. Jawapannya tidak!

Malah pada satu fasa, JDT menguasai perlawanan dengan sesuka hati mereka.

Statistik menunjukkan JDT merampas 49% penguasaan dan Nagoya hanya lebih 2% iaitu 51% sahaja.

Boleh dikatakan ianya adalah seimbang.

Rumusan

JDT secara berpasukan bermain dengan baik di tengah dan pertahanan. Namun sampai ke transisi serangan, mereka hilang kreatviti dan ketajaman.

Boleh dikatakan, JDT berpeluang mengejutkan Nagoya semalam. Malangnya, mereka bagus tetapi tak cukup bagus untuk menang dalam aksi ini.

Nagoya menarik nafas lega kerana tidak kalah ataupun keciciran mata dalam perlawanan ini.

Isu yang jelas untuk JDT adalah, kreativiti dan pertukaran corak permainan. Bergson adalah target man yang bagus. Namun tidak ada servis yang lebih baik kepadanya.

Dan mereka jelas merindui plan B yang selalu dilakukan Diogo iaitu decoying.

Tetapi seperkara yang sangat positif adalah prestasi pemain pemain tengah JDT terutamanya Natxo Insa. Masalah di tengah ini juga isu JDT musim ini.

Jika mereka meneruskan prestasi ini, rasanya mereka sudah jumpa semula grip yang merka cari di tengah.