4 Tahun Lalu, Pada Hari Ini, Klopp Mengendalikan Perlawanan Pertama Liverpool

‘Saya cuma The Normal One’ – Jurgen Klopp

Liverpool berjaya mendapatkan satu deal yang tak siapa akan sangka dapat dilakukan.

Ianya adalah mendapatkan Jurgen Klopp sebagai pengurus pasukan. Pengurus yang menempa nama di Borussia Dortmund, yang ketika itu sedang menganggur.

Sepanjang beberapa bulan sebelum menerima tawaran di Anfield, Klopp dikaitkan dengan Bayern Munich. Pelbagai teori konspirasi dibentangkan kenapa Klopp akan ke Bayern.

Antaranya, mengaitkan Klopp dengan beberapa penjualan pemain ke Bayern sebagai salah satu tunjang kepada pembinaan pasukan di sana.

Namun Klopp memilih Liverpool. Satu kejutan!

Klopp menganggap beliau sedang berada di salah sebuah pasukan terbesar di dunia. Beliau mahu mengubah mentaliti beberapa penyokong Liverpool daripada penuh keraguan kepada penuh kepercayaan ke atas pasukan sendiri.

Dan pada 17 Oktober 2015 merupakan aksi pertama Jurgen Klopp menguruskan pasukan Liverpool.

Perlawananan hari itu adalah, away, di Tottenham Hotspur.

Ini adalah barisan kesebelasan pertama Jurgen Klopp ketika itu:

Lord Iggi mengepalai serangan. Tokey G-shock di gawang, Budak sakit belakang ada lagi

Liverpool dan Spurs hanya seri 0-0 dalam perlawanan ini. Dan selepas itu banyak kerja yang Klopp lakukan untuk memperbaiki aspek permainan dalam pasukan.

Perkara paling penting adalah menanam mentaliti yang kuat dalam diri pemain.

Bezakan dengan kesebelasan utama yang kita turunkan pada aksi terakhir menentang Leicester pada beberapa minggu lalu.

Selepas itu, Jurgen Klopp menyemai benih gegenpressing di dalam pasukan beliau. 3 final Eropah dan 1 final Super Eropah kita berjaya dapat di bawah Klopp.

Pada musim 2018/19, Liverpool menamatkan Liga degan 97 mata. Malang betul tak juara kerana harus diakui Man City pasukan lebih baik.

Pep Guardiola sendiri menganggap Liverpool musim 2018/19 sebagai lawan paling sukar. Anda bayangkan betapa banyak kerja tambahan Pep kena buat untuk menang liga musim lalu.

2 final pertama kita kalah tau. Saja ingatkan supaya kau tak lupa diri.

Final di Madrid, kita juara Eropah keenam dan kemudian mendapatkan Piala Super Eropah, dengan kemenangan ke atas Chelsea.

Klopp adalah jurulatih yang dikenali dengan perwatakannya yang santai dan mesra. Namun dalam kerjanya, beliau sangat rajin dan mementingkan pembangunan setiap aspek.

Beliau pun berjaya menjadi Jurulatih Terbaik Dunia pada 2019 di atas kerja keras dan kualiti yang beliau tampilkan.

Beliau juga menjadikan pemain seperti Mohamed Salah dan Sadio Mane sebagai bakat elit dalam bola sepak.

Dan tak lupa Virgil Van Dijk menjadi Pemain Terbaik Eropah 2019.

Antara momen yang aku tak akan lupa ketika kita bangkit di Anfield menentang Barcelona. Korang enjoy balik la.

Baca yang lain

Real Madrid Singkir Juara Bertahan!

Real Madrid menyingkirkan juara bertahan Manchester City dari saingan UCL awal pagi tadi. Skuad Carlo Ancelotti sekali membuktikan bahawa Real Madrid dan