4 Topik Perbincangan Mengenai Persembahan Buruk Liverpool Ketika Tewas Di Tangan Atalanta

Jurgen Klopp mengakui Liverpool tidak mempunyai sebarang alasan selepas mereka gagal menggunakan peluang untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Liverpool tewas 0-2 kepada Atalanta di Anfield dan situasi tersebut membuka peluang kepada 3 pasukan bagi merebut 2 slot tersebut.

Liverpool masih mendahului kumpulan D dengan 9 mata diikuti Ajax dan Atalanta 7 mata. Liverpool dan Atalanta mempunyai peluang lebih cerah berbanding Ajax.

Atalanta akan bertemu Midtjylland pada perlawanan seterusnya manakala Liverpool akan bertemu kelab dari Denmark itu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

Ajax pula perlu menghadapi Atalanta dan Liverpool pada 2 baki perlawanannya.

1. BEBERAPA PEMAIN GAGAL MENGIKUT INTENSITI PERLAWANAN

Pada perlawanan pagi tadi Liverpool boleh mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati tetapi dihukum dengan persembahan buruknya. Liverpool berhak tewas dalam perlawanan tersebut.

Dua gol dalam tempoh 4 minit dari Josip Ilicic dan Robin Gosens pada separuh masa kedua memberi kemenangan yang hebat untuk kelab dari Itali itu.

Mereka mengakhiri rekod kemenangan 100% Liverpool dalam pertandingan Liga Juara-Juara tahun ini.

Sebelum ini Liverpool membelasah Atalanta di Itali pada awal November lepas untuk merakam kemenangan ketiga berturut-turut.

Sejak kali pertama Virgil Van Dijk mengalami kecederaan serius bermula Oktober, The Reds mula merinduinya selepas tewas pada perlawanan semalam.

Ia merupakan kekalahan pertama Liverpool sejak kehilangan Van Dijk dalam 9 perlawanan lepas.

“Berhak kalah dalam perlawanan sukar. Pengadil tidak banyak meniupkan wisel dan ia menjadi (perlawanan) sukar untuk kedua-dua pasukan.”

“Intensiti sangat tinggi dan anda memerlukan sedikit rehat.” kata Klopp

“Selepas babak pertama tamat anda kebiasaanya sudah menyesuaikan diri tetapi bagi beberapa pemain yang kurang bermain sebelumnya intesitinya agak tinggi.”

“Kami tidak mempunyai hala tuju dalam permainan.”

2. JADUAL MENGARUT

Jika Liverpool berjaya layak ke pusingan kalah mati lebih awal mereka boleh merehatkan beberapa pemain utama pada baki 2 perlawanan peringkat kumpulan.

Liverpool bakal berhadapan situasi sukar dan perlu bertemu Ajax yang juga sedang mengintai peluang kuat untuk layak sebelum bertemu Midtjylland.

“Ia bukan perlawanan baik. Kami mempunyai beberapa situasi baik tetapi bukanlah peluang bagus. Situasi ini boleh berlaku kepada semua pasukan.” kata Klopp sebelum mengeluh pasukannya akan bertemu Brighton hujung minggu ini.

“Anda diminta untuk pergi (bermain) pada pukul 12.30 tengahari Sabtu, ia satu ‘jenayah’. Tiada ada apa yang boleh dilakukan dengan keputusan itu.”

“Tahniah, tiada kecederaan dan kami akan pergi sekali lagi.”

3. PERTAHANAN TIDAK TERURUS, PENYERANG TIDAK MENGANCAM

Kemenangan Atalanta menyaksikan mereka mempunyai mata sama (7) dengan Ajax, dua mata dibelakang Liverpool.

Senarai kecederaan Liverpool masih panjang. Van Dijk, Joe Gomez, Jordan Henderson, Thiago Alcantara, Naby Kieta dan Trent Alexander-Arnold semuanya tidak boleh bermain.

Klopp menurukan 3 pertahanan baharu iaitu Neco Williams, Ryhs Williams dan Kostas Tsimikas sebagai pemain kesebelasan utama.

Akhirnya ia membentuk permainan yang tidak terurus di tengah padang.

Atalanta memanfaatkan kekurangan kebersatuaan Liverpool di bahagian pertahanan. Gosens memecah masuk dibelakang Matip dan melepaskan rembatan padu.

Papu Gomez menjadi pemain seterusnya mengucar kacirkan pertahanan buruk namun percubaannya tersasar.

Unit serangan Liverpool tidak mengancam walaupun dengan kehadiran Mohamed Salah selepas dikuarantin akibat positif Covid-19.

Kekecewaan Klopp jelas terpancar apabila pasukannya gagal melakukan sebarang percubaan selepas setengah jam bermain.

Salah akhirnya berjaya melakukan percubaan sebelum tamat separuh masa pertama, satu percubaan yang tersasar.

4. PERUBAHAN TIDAK MEMBAWA KESAN

Liverpool tidak pernah menjadi better side dalam perlawanan ini dan mereka mula ketinggalan pada minit ke-60.

Gomez melakukan hantaran silang yang gagal ditangani oleh pemain Liverpool dan Illicic tidak dijaga mudah menewaskan Alisson pada jarak dekat.

Klopp mula merasakan barisannya gagal dan melakukan 4 pertukaran pemain. Diogo Jota, Roberto Firmino, Fabinho dan Andrew Robertson dikerah masuk untuk mengubah situasi.

Perubahan tersebut gagal mengubah apa-apa malahan Atalanta terus menjaringkan gol kedua pada minit ke-64.

Pemain Liverpool agak lambat memberi respon ketika Gosens melakukan penyudah klinikal selepas menerima bola tandukan dari Hateboer.

Baca yang lain