49 perlawanan menjadikan Shahrul Saad Pemain Paling Kerap Bermain Bagi Musim 2019

Shahrul Saad – Agak sukar kita dapat melihat seorang pemain yang mampu tampil 50 perlawanan semusim di Malaysia. Pada musim 2019, Shahrul Saad mencatat satu pencapaian luar biasa apabila tampil 49 perlawanan sepanjang musim bersama Perak dan Malaysia.

 

Shahrul hanya terlepas 1 perlawanan, kerana digantung ketika menentang Pahang pada perlawanan ke-14 Liga Super pada 19 Mei. Dalam 49 perlawanan tersebut Shahrul hanya terlepas 3 minit permainan apabila dikeluarkan ketika menentang menang ke atas PKNP pada 27 April. Beliau dikeluarkan pada minit ke-87 bagi memberi laluan kepada Nasir Basharuddin.

Selebihnya Shahrul bermain sepenuh masa 90 minit pada 48 perlawanan dan 1 perlawanan melibatkan masa bermain 120 minit.

Di kem negara, beliau juga cemerlang apabila menjadi pemain tunggal bermain kesemua 13 perlawanan melibatkan Malaysia. Tanpa sebarang minit dicicirkan. Pemain ini amat penting bagi TCH berbanding kesemua pertahanan tengah yang ada di Liga Malaysia.

Bagaimana pemain ini mampu menjaga prestasi memikat hati Mehmet Durakovic dan  Tan Cheng Hoe. Bagaimana beliau mampu mengelak dari dari mengalami kecederaan sepanjang musim?

Hanya Shahrul yang tahu.

Pemain pertahanan yang boleh bermain di posisi tengah bertahan ini juga menyumbang 3 gol bersama Perak dan 2 jaringan bersama skuad Harimau Malaya. Jaringan merupakan satu perkara yang perlu ada dalam akaun seorang pertahanan tengah, dan Shahrul mempunyai.

Nama Shahrul kini dalam rumors perbincangan peminat akan kekal bersama Perak tidak kurang juga dikatakan diintai oleh pasukan Selangor.

Melihat kepada ketahanannya pada musim ini pemain ini agak bernilai kerana hampir tiada minit dicicirkan dalam 22 perlawanan Liga, 2 perlawanan kelayakan Liga Juara Asia, 7 perlawanan piala FA, 6 perlawanan Piala Malaysia dan 13 perlawanan Malaysia.

Berikut adalah statistik Shahrul sepanjang musim

Liga Super

  • 21/22 perlawanan
  • 1887/1899 minit
  • 3 jaringan
  • 3 kad kuning/1 kad merah

Piala FA

  • 7/7 perlawanan
  • 660/660 minit
  • 1 kad kuning

Piala Malaysia

  • 6/6 perlawanan
  • 540/540 minit
  • 1 kad kuning

Liga Juara Asia

  • 2/2 perlawanan
  • 210/210 minit

Malaysia

  • 13/13 perlawanan
  • 1140/1140 minit
  • 2 jaringan
  • 1 kad kuning

Shahrul menjadi pemain ke-2 paling kerap bermain di saingan domestik, dibelakang Haris Harun yang tampil 37 kali dalam semua pertandingan dan mengutip 3,310 minit.

JOHOR BAHRU 18 FEBRUARI 2018. Pemain JDT, Hariss Harun ketika perlawanan Liga Super 2018 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin. NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Walaubagaimanapun skuad kebangsaan Singapura hanya mempunyai 11 perlawanan antarabangsa berbanding 13 perlawanan bagi Malaysia. Jika Haris bermain kesemua perlawaman antarabangsa ianya masih kurang 1 perlawanan berbanding Shahrul.

Berikut penampikan pemain bagi setiap pasukan teratas bagi musim 2019,

  • Haris Harun, (3,310 minit/37 perlawanan)
  • Shahrul, (3,297/36)
  • Baddrol, (3,082/36)
  • Davies, (2,861/32)
  • Reagan, (2,430/26)

Sementara itu berikut penampilan 5 pemain di Perak

  • Shahrul, (3,297/36)
  • Norhakim, (2,711/36)
  • Nazirul, (2,681/34)
  • Leandro, (2,657/31)
  • Gan, (2,345/29)

Secara keseluruhan Shahrul menjadi pemain ke-2 paling kerap muncul dalam saingan domestik dan menjadi pemain pemain paling kerap muncul sepanjang 2019 dengan tambahan 13 perlawanan Malaysia menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 49 perlawanan.

Sehingga kini pasukan Perak masih belum membuat sebarang pengumuman berkaitan pemain yang akan dikekalkan pada musim hadapan. Nama Brendan dan Shahrul ada dikaitkan denga  pasukan Selangor tetapi pada masa yang sama ia dikhabarkan mereka kekal.

Sebuah pasukan tidak akan mengalami sebarang kerugian tanggungan gaji apabila seseorang pemain mampu mencatat 65% bersama pasukan apatah lagi Shahrul telah mencatat 98% iaitu hanya kurang 93 minit untuk mencatat 100%.

Overrate juga berlaku apabila pemain tidak kerap bermain.

Adakah Shahrul sudah terlebih digunakan?

Mengikut teori Simon Kuiper seseorang pemain akan mencapai klimaks dan fizikal terbaik sekitar usia 28 tahun sehingga 31 tahun. Shahrul kini berusia 26 tahun dan sememangnya ia sudah menghampiri tempoh itu.

49 perlawanan tidak boleh Shahrul dikatakan sudah terlebih digunakan kerana ia angka perlawanan yang biasa bagi seorang pemain di eropah. Dan sudah semestinya kekuatan dan ketahanan fizikal Shahrul kini setanding mereka.

Baca yang lain