Posisi fullback telah menjadi salah satu posisi yang sangat penting terutama sekali untuk pasukan yang mementingan dinanisme dalam serangan mereka.
Dan pada hari ini, berikut adalah 5 pemain bek kiri dengan nilai harga tertinggi menurut laman penilai harga pasaran Transfermarkt
5. Lucas Hernandez – €50 juga
Pemain bek kiri Bayern Munich ini dibeli dari Atletico Madrid dengan nilai €80 juta pada 2019. Beliau menjadi pemain termahal dalam sejarah Bayern Munich.
Wishing you a speedy recovery, @LucasHernandez 🙏
🔴⚪️ #FCBSVW pic.twitter.com/i0BsLgGGQ3
— FC Bayern English (@FCBayernEN) November 21, 2020
Namun kariernya di Bayern ketika ini penuh dengan ranjau kerana menderita kecederaan. Boleh dikatakan dia tidak lagi dapat memadankan persembahannya dengan harganya.
Hernandes cedera di ligamen pada fasa awal kariernya di Bayern. Kecederaannya membuatkan Bayern memberikan peluang kepada pemain muda Alphonso Davies yang kemudian beraksi sangat cemerlang.
Menjadi nadi utama kejayaan Bayern musim lalu memenangi treble dan membuatkan David Alaba ditolak ke posisi bek tengah.
Harganya mungkin sudah susut namun masih menjadi 5 teratas dalam senarai bek kiri paling bernilai.
4. Ben Chilwell – €50 juta
Chelsea ada nilai sentimental yang kuat dengan posisi bek kiri kerana mereka pernah memiliki salah seorang bek kiri terbaik dunia satu ketika dahulu – Ashley Cole.
Chilwell dibeli dari Leicester selepas Chelsea menolak untuk mengikuti permintaan Real Madrid yang mahu memasukkan klausa beli balik pada Sergio Reguilon.
Chilly causing problems at the back post! 💪@BenChilwell pic.twitter.com/wx4ZAQu1dH
— Chelsea FC (@ChelseaFC) November 22, 2020
Chilwell pastinya mahal, dan ketika ini nilai beliau adalah €50 juta. Kami percaya angka itu patut lebih tinggi berdasarkan prestasi semasa dan durasi kontraknya.
Chilwell pemain yang boleh mencipta dan menjaringkan gol.
3. Renan Lodi – €50 juta
Atletico melahirkan seorang lagi bek sisi yang berkualiti. Renan Lodi menyertai Rojiblancos dengan kontrak 5 tahun. Dan beliau sudah menunjukkan kualitinya.
Nilai pasaran beliau turut meningkat naik, selepas beraksi 28 aksi La Liga musim lalu.
Renan Lodi tak pernah mewakili Brazil di peringkat remaja dan beliau, namun sudah mendapat panggilan skuad senior selepas aksi cemerlang beliau.
Lodi baru berusia 22 tahun dan sudah menunjukkan kematangannya di datas padang. Lodi dianggap antara bek kiri yang paling lengkap. Mampu melakukan bentesan dan juga sangat bagus dengan bola di kaki.
2. Andrew Robertson – €75 juta
Juara Eropah dan Juara England bersama Liverpool, Andy Robertson menjadi bek kiri yang telah memberikan inspirasi kepada ramai. Beliau membangunkan kariernya dengan sangat baik.
Beliau ditandatangani dengan nilai sekitar €10 juta. Namun pada hari ini, beliau meroketkan nilai perpindahannya. Dianggap salah seorang bek kiri terbaik di dunia pada ketika ini.
Prestasinya yang konsisten dan sangat bagus ketika serangan dan bertahan membuatkan Robertson sangat sukar digugat di Liverpool dan Scotland.
1. Alphonso Davies – €80 juta
Sukar untuk menjelaskan betapa bagusnya pemain ini musim lalu. Beliau merampas posisi bek kiri dan menjadikannya miliknya.
Davies pemain yang dikenali dengan kelajuan lariannya bak atlet pecut 100 meter.
What a run by Alphonso Davies #CHEBAY #UCL pic.twitter.com/IU0bM91Dto
— John Weyn (@WeynJohn19) February 25, 2020
Beliau membuatkan David Alaba terpaksa beralah ke posisi bek tengah. Bayern Munich hanya membayar €15 juta – €25 juta (berdasarkan bonus) untuk pemain ini. Dan kini beliau sudah menjadi salah seorang bek sisi termahal di dunia.
Alphonso Davies dingelar roadrunner oleh Thomas Muller yang menggambarkan betapa lajunya pemain itu. Walaupun dia sering terbabas posisi, namun dia akan cover balik dengan lariannya.