5 Best Signing Newcastle Utd Pada Zaman Cemerlangnya

Musim 1992-93 merupakan era kebangkitan Newcastle United tahun dimana Sir John Hall mula menguasai saham kelab yang diuruskan oleh anaknya Douglas Hall.

Ia juga tahun awal Kevin Keegan dilantik menjadi pengurus pasukan sejurus sahaja John Hall membeli kelab itu.

Newcastle berada diambang kejatuhan tersingkir ke divisyen 3 (kini dipanggil League 1), bagaimana pun berjaya diselamatkan oleh duo John Hall dan Keegan apabila menang pada perlawanan terakhir.

Musim baru menyaksikan John Hall menyokong Keegan dengan memberi dana besar untuk membina Newcastle baharu.

Sebelum itu Newcastle tidak terlalu melabur membeli pemain terbaik bagi menguatkan pasukan. Pembelian pemain sebelum itu hanya berkisar di bawah £250 ribu, malahan ramai yang dibeli secara percuma.

Musim pertama, Keegan membuat pembelian 3 kali ganda lebih mahal berbanding sebelumnya dengan membawa masuk Rob Lee dengan harga £700 ribu.

Jumlah itu agak lumayan bagi Charlton yang merupakan pasukan pertengahan divisyen 2 (kini Championship).

Keegan mengakhiri pengurusannya di Newcastle dengan pembelian rekod dunia apabila mengeluarkan wang £15 juta bagi membawa masuk Alan Shearer.

Dalam tempoh 60 bulan Keegan di St James Park, beliau telah menandatangi sekurang-kurangnya 17 major signing.

Siapa 5 pemain terbaik dari senarai tersebut?

ROB LEE

Tidak boleh dinafikan Rob Lee berada di tempat paling atas. Pemain tengah ini dibawa masuk pada musim penuh pertamanya.

Dibeli dari Charlton, Lee diberi jaminan mendapat peluang bermain bersama skuad kebangsaan England jika menyertai Newcastle.

Rob Lee, pemain paling banyak beraksi dibawah Kevin Keegan, menjadi pemain tengah utama 4 musim penuh pengurus tersebut

Benar, selepas 2 musim bersama Newcastle, anak jati London ini menembusi skuad the three lions selepas Newcastle mula mencabar Liga Perdana.

Dalam 4 musim penuh Keegan, Lee menjadi nadi dan pemain utama pengurus itu. 1992-93 bergandingan dengan Liam O’Brian, musim seterusnya bergandingan dengan Paul Bracewell.

1994-95 dan 1995-96 pemain tengah menyerang ini bergandingan dengan Steve Watson, Watson juga boleh bertindak sebagai pemain pertahanan tengah.

Menanmbah lagi kekuatan Newcastle, pemain tengah England dari Blackburn, David Batty dibeli untuk digandingkan dengan Lee.

Lee bermain 138 perlawanan liga dalam skuad Keegan, terlibat dengan 34 jaringan.

Fasa kebangkita Newcastle bermula dengan Lee, meraih tempat ke-2 Liga Perdana sebanyak 2x dan tempat ke-3 sekali.

ANDY COLE

Penghujung musim 1992-93, Keegan sempat membeli Cole dengan memecah rekod kelab. Cole dibeli dari kelab divisyen 2, Bristol City dengan harga £1.75 juta.

Pelaburan Keegan memberi impaksegera. Walaupun penyerang ini dibawa masuk pada Mac 1993 ketika liga sudah hampir tamat tetapi Cole masih mampu menjaringkan 12 gol dari 11 baki perlawanan liga.

Hanya mempunyai 1 musim penuh bersama Newcastle, merekodkan 12 gol pada setengah musim pertama dan 34 gol pada musim berikutnya

Musim seterusnya (1993-94) Cole terus meledak 34 jaringan dari 40 perlawanan menyaksikan Newcastle meraih tempat ke-3 pada musim pertama di Liga Perdana selepas dipromosi.

Tidak sampai 2 musim bersama The Magpies, Man Utd mula menunjukkan minat ke atas pemain ini dan pertengahan musim 1994-95 beliau dibeli dengan harga £6 juta dan diberi percuma Keith Gillespie kepada Newcastle.

Kehilangan Cole pada pertengahan musim itu, melihat Newcastle kehilangan penjaring utama. Paul Kitson tidak mampu menyamai apa yang dilakukan oleh Cole.

Newcastle hanya menamatkan kempen Liga Perdana di tangga ke-6.

LES FERDINAND

Jual Cole £6 juta, beli Ferdinand £6 juta. Itu yang dilakukan Keegan bagi musim 1995-96. Ternyata ia menjadi satu keputusan betul.

Ferdinand mengisi kehilangan Cole malah mungkin lebih baik dalam konteks pasukan Newcastle.

2 musim Les Ferdinand menyaksikan Newcastle meraih naib juara Liga Perdana Inggeris 2 kali

Jika Lee dan Cole pembelian dari pasukan yang bermain di divisyen 2, Ferdinand datang dari pasukan yang bermain di Liga Perdana.

Ferdinand bersama Peter Beardsley membantu Newcastle meraih kedudukan tertinggi dalam sejarahnya dengan menamatkan kempen Liga Perdana di tangga ke-2 di belakang Man Utd.

Penyerang ini berjaya menjaringkan 25 gol dari 35 penampilannya. Agak malang bekas pasukannya Queens Park Rangers tersingkir ke Championship selepas menjualnya.

Newcastle semakin bernafsu, Alan Shearer dibeli untuk digandingkan Ferdinand. Newcastle terus mengekalkan kedudukan ke-2 di Liga Perdana selama 2 musim berturut-turut.

Pada musim itu Keegan melepaskan jawatan secara mengejut pada pertengahan musim. Ferdinand meninggalkan kelab pada penghujung musim yang sama.

Ferdinand pernah menyebut salah satu faktor beliau datang dan meninggalkan Newcastle kerana faktor Keegan.

DAVID GINOLA

Pembelian terbaik Keegan adalah Ginola. Pemain ini telah meningkatkan nilai kelab di eropah.

Musim 1995-96, kelab tidak keperluan menjual Ruel Fox, salah seorang pemain paling menghiburkan dalam pasukan.

Tetapi Ginola mempunyai nilai komersial bagi meningkatkan nama kelab di kancah eropah.

Fox dijual kepada Tottenham dengan harga £4.25 juta dan Keegan membeli Ginola dari Paris St Germain dengan harga £2.5 juta.

Pembelian bijak dari Keegan bagi meningkatkan nilai kelab disamping tidak mengurangkan kualiti yang ditinggalkan Ruel Fox

Dari sudut perniagaan, Keegan melakukan sesuatu yang bagus. Dari sudut meningkatkan tumpuan kepada kelab, bintang Perancis ini lebih baik.

Malahan kualiti Ginola tidak kurang dari Fox.

Musim 1994-95, Fox tampil 40 perlawanan sebagai pemain sayap kiri pasukan dan menjaringkan 10 gol. Musim 1995-96, Ginola mengambil alih peranan itu dengan merekod 5 jaringan dalam 35 penampilan dan membantu Newcastle kekal di tangga ke-2 Liga Perdana berbading Fox (1994-95/ke-6).

WARREN BARTON

Tidak ramai mengenali pemain ini, apabila Keegan sanggup membayar £4 juta bagi seorang pemain pertahanan pada tahun 1995, mesti ia mempunyai sebab kuat.

Ya, pemain ini dilabelkan pemain pertahanan sisi sejati. Agak cemerlang dibawah Keegan yang memberi peranan kepadanya lebih menyerang.

Kemasukan Barton pada musim itu susulan dari 2 penjualan pertahanan kanan secara serentak iaitu Barry Venison (Galatasaray) dan Marc Hottiger (Everton).

Barton seterusnya mengungguli posisi tersebut dalam tempoh lama walaupun hanya sempat beraksi bersama Keegan selama 1 musim setengah sahaja.

Malahan kehilangan Venison dan Hottiger langsung tidak dirasai.

RUMUSAN

Seperti kita faham, apabila satu-satu pasukan itu mahu mencabar kejuaraan atau ingin menjadi kuat, elemen yang tidak boleh dielakkan adalah berbelanja besar.

Pada ketika itu Newcastle merupakan salah satu pasukan yang berbelanja besar melalui John Hall dan Keegan.

Newcastle meraih tempoh masa cemerlang pada 1992 sehingga 1998.

Walaupun tidak meraih sebarang kejuaraan tetapi pencapaian 2x menjadi naib juara Liga Perdana, 2 kali naib juara Piala FA dan 5 kali ke pertandingan eropah merupakan satu catatan terbaik kelab sejak 1954.

Apa yang ditinggalkan pada masa itu, yang boleh dinikmati sekarang adalah pembesaran stadium kepada lebih 50 ribu tempat duduk, menjadi kelab pertengahan bawah yang mencapai kutipan tiket semusim tertinggi di Liga Perdana Inggeris.

(West Ham tidak dikira kerana menyewa Stadium)

TAMBAHAN

Mungkin anda terfikir mengapa Alan Shearer tidak berada dalam 5 best signing Keegan.

Lagenda Newcastle lahir dari pembelian Keegan walaupun pengurus ini hanya sempat setengah musim bersamanya

Shearer dibeli pada musim 1996-97, dimana pada musim itu Keegan melepaskan jawatan pada Januari.

Shearer hanya bermain setengah musim bersama pengurus ini, banyak kecermerlangan beliau berlaku dibawah pengurus lain.